𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐓𝐄𝐑𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐉𝐊𝐒𝐌
Roslina binti Sulaiman, 17 Julai 2025, 2.40 petang.
𝙋𝙐𝙏𝙍𝘼𝙅𝘼𝙔𝘼 | Mesyuarat Tindakan Susulan bagi Minit Mesyuarat Ketua-Ketua Pendaftar dan Mesyuarat Pegawai Syariah Kader telah berlangsung pada 17 Julai 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Pengarah Kanan, Aras 7, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).
Mesyuarat yang bermula pada jam 9.30 pagi ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Mohd Zakian bin Dio, Ketua Pendaftar JKSM. Turut hadir ialah Pengarah Kanan Pengurusan, Pengarah-Pengarah Bahagian dan Ketua-Ketua Unit JKSM.
Penganjuran mesyuarat ini merupakan langkah susulan bagi meneliti status pelaksanaan dan tindakan lanjut terhadap keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam siri mesyuarat peringkat tertinggi sebelum ini. Perbincangan juga memberi fokus kepada penambahbaikan proses kerja, penyeragaman pelaksanaan dasar serta pemantauan terhadap isu-isu yang memerlukan perhatian segera.
Sepanjang sesi, laporan kemajuan dan cadangan tindakan baharu telah dikemukakan bagi memastikan segala ketetapan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.
Mesyuarat ini diakhiri dengan penegasan daripada pengerusi agar semua pihak yang terlibat terus memberikan komitmen tinggi serta mempercepatkan pelaksanaan tindakan yang telah dipersetujui demi memperkukuh kecemerlangan pengurusan dan pentadbiran JKSM.
𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒏𝒅𝒂𝒇𝒕𝒂𝒓𝒂𝒏, 𝑲𝒆𝒖𝒓𝒖𝒔𝒆𝒕𝒊𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑹𝒆𝒌𝒐𝒅
𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒉𝒂𝒌𝒊𝒎𝒂𝒏 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒊𝒂𝒉 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂
#𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢𝘔𝘈𝘋𝘈𝘕𝘐
#𝘙𝘢𝘯𝘤𝘢𝘬𝘬𝘢𝘯𝘔𝘈𝘋𝘈𝘕𝘐
#𝘔𝘈𝘋𝘈𝘕𝘐𝘉𝘦𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢
#𝘗𝘦𝘭𝘢𝘯𝘈𝘭𝘍𝘢𝘭𝘢𝘩
#𝘚𝘺𝘢𝘳𝘪𝘢𝘩𝘈𝘴𝘢𝘴𝘒𝘦𝘢𝘥𝘪𝘭𝘢𝘯
#𝘛𝘢𝘢𝘵𝘚𝘦𝘵𝘪𝘢
... See MoreSee Less