Media

TEMU BUAL BAGI PENGESAHAN DAPATAN PENYELIDIKAN DOKTOR FALSAFAH (PHD)

PUTRAJAYA| YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM berkesempatan meluangkan masa untuk sesi temu bual pengesahan dapatan penyelidikan peringkat Doktor Falsafah (PhD) bertempat di pejabat beliau hari ini.

Temu bual tersebut dijalankan oleh Tuan Hammad bin Mohamad Dahalan, pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang merupakan calon PhD di Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Calon Phd ini berada di peringkat akhir menyiapkan tesisnya yang bertajuk “Tadbir Urus Tata Tertib Peguam Syarie di Malaysia: Analisis di bawah Kaedah-Kaedah Peguam Syarie”.

Semoga segala input dan pandangan yang disampaikan oleh YAA Dato’ dapat membantu dalam melengkapkan kajian ini dan diharapkan agar hasil kajian tersebut dapat dimanfaatkan oleh warga kerja JKSM/JKSN/MSN dan pihak-pihak yang terlibat dalam hal ehwal kepeguaman syarie di negara ini.

Siiru ‘Ala Barakatillah.

Selamat maju jaya Tuan Hammad!

Kiriman Sebelumnya
Kiriman Seterusnya

JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Bahasa

Hubungi Kami

Media Sosial Rasmi

© 2025. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Semua hakcipta terpelihara.