Media

TEMU RAMAH BERSAMA RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM-JAKIM)

Satu sesi temu ramah bersama YAA Dato’ Hj. Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM bagi siaran berita RTM TV1 dengan wartawan Seksyen Berita Ehwal Semasa RTM telah diadakan pada hari ini bertempat di Pejabat Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Kompleks Islam Putrajaya.

Dalam sesi tersebut, YAA Dato’ berkongsikan tentang langkah-langkah dan peranan JKSM sebagai agensi Persekutuan dalam memartabatkan Mahkamah Syariah.

YAA Dato’ turut menjelaskan bahawa JKSM sentiasa prihatin dan mengambil maklum akan isu yang sentiasa dibangkitkan oleh masyarakat terutama kes-kes di Mahkamah Syariah serta isu-isu pentadbiran yang berkaitan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

YAA Dato’ juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada RTM-JAKIM dan berharap agar hubungan baik dengan para media seumpama ini dapat diteruskan dalam kerangka membantu menyebarluaskan peranan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKSM kepada masyarakat.

31 Mei 2023.

JKSM, Putrajaya

Kiriman Sebelumnya
Kiriman Seterusnya

JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Bahasa

Hubungi Kami

Media Sosial Rasmi

© 2025. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Semua hakcipta terpelihara.