Media

KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN (JKSNS)

Putrajaya– Ketua Hakim Syarie JKSNS yang baharu Tuan Kamal Bashah bin Dato’ Ahmad Tajuddin hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain di Pejabat KP/KHS JKSM.

Di awal kunjungan hormat ini, YAA Dato’ KP/KHS JKSM mengucapkan tahniah dan siiru ‘ala baralatillah kepada YAA Tuan Kamal Bashah atas perlantikan sebagai Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan yang baharu berkuatkuasa pada 23 Jun 2023 yang lalu. Semoga amanah besar ini dapat digalas dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat di Negeri Sembilan.

Kunjungan hormat itu diadakan bertujuan untuk membincangkan perancangan kerja dan perkembangan semasa JKSNS, disamping bertukar-tukar pandangan selain meneruskan kesinambungan silaturahim antara JKSNS dan JKSM.

Semoga dengan kunjungan hormat ini dapat menyemarakkan lagi gerak kerja yang lebih tersusun dalam kerangka meneruskan kecemerlangan JKSM dan JKSNS bagi memartabatkan institusi kehakiman dan perundangan Syariah di negara ini in Shaa Allah.

Kiriman Sebelumnya
Kiriman Seterusnya

JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Bahasa

Hubungi Kami

Media Sosial Rasmi

© 2025. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Semua hakcipta terpelihara.