Media

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA WARGA KELAB KEBAJIKAN & SUKAN ANJURAN BIRO KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN BAGI SESI 2024/2026

| Seksyen Sulh, Bahagian Pendaftaran Keurussetiaan dan Rekod, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan Bengkel Penyediaan Buku Panduan Kit Pembimbing Sulh Komuniti Cakna Syariah Lestari Madani yang telah berlangsung pada 9 hingga 11 Mei 2025 bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Arif Tuan Haji Mohd Asri bin Tahir, Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan.

Bengkel selama tiga hari ini melibatkan Pegawai-Pegawai Sulh dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Objektif bengkel ini adalah untuk membangunkan sebuah buku panduan komprehensif bagi digunakan oleh Rakan Sulh Komuniti (RSK) dalam memperkasakan program advokasi, sokongan dan intervensi awal terhadap isu-isu kekeluargaan dalam komuniti selaras dengan pendekatan penyelesaian secara aman (Sulh) mengikut prinsip syariah.

Peserta telah digerakkan dalam beberapa sesi perbincangan, sumbang saran dan penulisan draf kandungan buku panduan. Antara perkara yang diberi penekanan termasuklah struktur modul, senario kes komuniti, teknik bimbingan awal, komunikasi efektif dan aspek pematuhan syariah dalam pelaksanaan RSK.

Puan Juhaida binti Omar dari Seksyen Sulh, BPKR, JKSM telah hadir sebagai wakil jemputan dari JKSM dan turut memberikan pandangan serta input sepanjang sesi bengkel berlangsung.. Inisiatif ini dilihat sebagai satu usaha proaktif yang mampu memperluas keberkesanan amalan penyelesaian pertikaian secara alternatif (ADR) dalam komuniti serta memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara institusi kehakiman syariah dan masyarakat.

Seksyen Sulh komited untuk terus menyokong dan menyumbang kepakaran dalam sebarang inisiatif pembangunan modul dan program pemerkasaan komuniti ke arah sebuah sistem perundangan syariah yang lestari, progresif dan inklusif.

,

Kiriman Sebelumnya
Kiriman Seterusnya

JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Bahasa

Hubungi Kami

Media Sosial Rasmi

© 2025. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Semua hakcipta terpelihara.