Media

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN DAN PENGURNIAAN HADIAH MAJLIS TILAWAH & HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA 2023

KUALA LUMPUR | YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM dan isteri YBhg Datin Asmah binti Musa menghadiri Majlis Perasmian Penutupan dan Pengurniaan Hadiah bagi Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-63 Tahun 1445H / 2023M pada 24 Ogos 2023 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

.

Titah Diraja dan Perisytiharan Perasmian Penutupan Majlis ini telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

.

Majlis pada malam ini juga turut diumumkan keputusan majlis tilawah dan menghafaz al-Quran peringkat antarabangsa kali ke-63 oleh pengerusi jemaah hakim dan pengurniaan hadiah oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim kepada para pemenang tilawah dan hafazan al-Quran bagi kategori lelaki dan perempuan.

.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat ayat 49:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرࣲ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبࣰا وَقَبَاۤىِٕلَ لِتَعَارَفُوۤا۟ۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِیمٌ خَبِیرࣱ.

Siiru ‘Ala Barakatillah.

Kiriman Sebelumnya
Kiriman Seterusnya

Recent Post

[recent_posts_exclude_hebahan]

JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Bahasa

[language-switcher]

Hubungi Kami

Media Sosial Rasmi

© 2025. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Semua hakcipta terpelihara.