Author name: jksm_admin

Program Jabatan

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM KE PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

08 Jun 2023| Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke pejabat S.S. Prof Madya Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan. Antara objektif perbincangan dua hala tersebut adalah bagi mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua agensi, di samping merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih daripada JKSM kepada Pejabat Mufti atas pelawaan bagi menyertai kursus Al-Ifta’ di Mesir. Turut hadir ialah Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM.

Program Jabatan

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA RASMI. NO. SEBUT HARGA QT240000000028715

| Pejabat Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah hari ini bertujuan untuk membincangkan usaha-usaha pemerkasaan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah serta mengeratkan hubungan antara agensi. Kunjungan hormat ini telah diketuai oleh Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM; YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain, yang telah disambut mesra oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP. Turut serta dalam kunjungan hormat ini ialah Datuk Hajah Nor Asiah binti Yusof; Penasihat Ketua Menteri Sabah. Sesi kunjungan hormat itu juga disertai Pengarah Kanan Pengurusan JKSM; Puan Azlina binti Abdul Aziz.

Program Jabatan

KUNJUNGAN HORMAT DAN DIALOG PENGOPERASIAN INSTITUSI LATIHAN BERSAMA ILKEM DAN AKEPT

Nilai, 26 Januari 2023- YBhg Tuan Haji Nassir Abdul Aziz, Ketua Pendaftar telah mengetuai delegasi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ketika sesi kunjungan hormat ke Institut Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia (ILKEM) dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) yang berlokasi di Nilai, Negeri Sembilan. Kunjungan hormat ini dilaksanakan bagi mendapatkan input dan perkongsian pandangan dalam merealisasikan penubuhan Akademi Latihan Kehakiman Syariah Malaysia (AKSM), JKSM. Sesi dialog ini dimulakan di ILKEM dengan penyampaian taklimat disampaikan oleh Encik Azarul Zaman Eliah, Ketua Program Akademik dan Kompetensi berhubung penubuhan ILKEM serta penjelasan berkenaan isu berbangkit daripada penubuhan institusi tersebut. “Adalah dinasihatkan agar pihak JKSM meneliti setiap sudut pelan pembinaan, infrastruktur, kos dan keperluan latihan sedari awal cadangan penubuhan AKSM bagi mengelakkan timbulnya isu di kemudian hari. Untuk itu, adalah dicadangkan agar diwujudkan _task-force_ terutamanya dalam memastikan keperluan kursus/latihan sama ada dari aspek fizikal, reka bentuk dan perabot dapat dirancang dengan baik,” ujar beliau. “Pada asalnya hanya terdapat 10 perjawatan di ILKEM, namun kami telah memohon pertambahan perjawatan kepada 42 orang bagi memastikan kursus/latihan dalam dikendalikan seoptimumnya. Manakala bagi urusan keselamatan, pembersihan dan katerer pula kami lantik syarikat/vendor luar,” tambah beliau lagi. Seterusnya, pada sesi petang pula delegasi JKSM berkunjung ke AKEPT bagi mendapatkan pencerahan dan perkongsian pengalaman dalam pewujudan akademi latihan tersebut. “AKEPT berbeza dengan kebanyakan institusi latihan lain. Ini kerana semenjak 2019 AKEPT dijenamakan semula sebagai sebuah agensi yang berdiri sendiri. Sehubungan itu, kami berperanan sebagai sebuah entiti khusus, mempunyai Pusat Tanggungjawab (PTJ) tersendiri serta perlu menjalankan fungsi sebagaimana jabatan lainnya seperti dalam pengendalian Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP), Mesyuarat bersama Jabatan, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan lain-lain mesyuarat/plan jabatan,” ujar YBhg Puan Hanis Huzaira Abd Hanan, Pendaftar AKEPT semasa menyampaikan taklimat. Di akhir setiap kunjungan hormat tersebut, delegasi ditunjukkan fasiliti yang disediakan di institusi berkenaan seperti auditorium, dewan, bilik kursus, makmal, asrama dan kemudahan lainnya. Selain ketua pendaftar, delegasi JKSM turut disertai oleh Puan Azlina Abdul Aziz (Pengarah Kanan Pengurusan), Puan Nenney Shuhaidah Shamsuddin (Pengarah Bahagian Latihan), En. Ahmad Mukrim Mohd. Noor (Ketua Penolong Pengarah BKPSM), Puan Roziana Mat Amin dan Tuan Mohd Khairul Hamiz Mohd Hussin (Pen. Pengarah Kanan, Bahagian Latihan), Puan Ira Kartini Chairullah (Pen. Pengarah Bahagian Latihan) serta Encik Ahmad bin Lakibul (Penolong Jurutera). Untuk rekod, peruntukan kewangan bagi penubuhan AKSM JKSM akan dimasukkan dalam _Rolling Plan_ ke-Empat, Rancangan Malaysia Ke-12 Tahun 2024.

Program Jabatan

KURSUS PENGUATKUASAAN, PELAKSANAAN PERINTAH DAN PERINTAH BERSALING HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH ZON BORNEO DAN ZON UTARA

10 Mei 2023: Bahagian Latihan (BL), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Kursus Penguatkuasaan, Pelaksanaan Perintah dan Perintah Bersaling Hakim Mahkamah Rendah Syariah Zon Borneo Dan Zon Utara kepada Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Zon Borneo dan Zon Utara bermula 9 Mei 2023 hingga 10 Mei 2023. Kursus ini dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu, Tuan Mohd Hirman bin Ab Raub, Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya, Klang Selangor. Kumpulan sasaran peserta wajib bagi kursus kali ini ialah seramai 55 orang Hakim Syarie MRS Zon Borneo dan Zon Utara, iaitu daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) Sarawak, JKSN Sabah, JKSN Perak, JKSN Pulau Pinang, JKSN Kedah dan JKSN Perlis. Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta berhubung kaedah-kaedah dan bentuk-bentuk penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah di Mahkamah Syariah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta/Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah. Selain itu, kursus ini juga bertujuan memberi panduan kepada peserta dalam pendengaran dan penghakiman kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah Mahkamah Syariah dan pengendorsan Perintah Bersaling. Semua peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang kursus ini berlangsung selama dua hari. Semoga kecekapan para peserta dalam menjalankan tugasan hakiki sebagai Hakim Syarie di MRS akan dapat dipertingkatkan hasil daripada kursus ini.

Program Jabatan

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN DAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA JKSM KE MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (MAINS)

SEREMBAN| Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah dijemput oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) untuk mengadakan kunjungan hormat ke atas Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bertempat di Menara MAINS bagi membincangkan mengenai kaedah penentuan kadar had kifayah Negeri Sembilan serta isu-isu yang berkaitan dengannya. Perbincangan telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Dr. Abdul Aziz bin Sheikh Abdul Kadir selaku Pengerusi MAINS dan turut dihadiri oleh YBhg. Tuan Zainal bin Said, Setiausaha MAINS serta pegawai-pegawai kanan MAINS Terdahulu, deligasi yang diketuai oleh YAA Tuan Kamal Bashah bin Dato’ Ahmad Tajuddin telah diberikan penerangan berkaitan fungsi dan peranan MAINS dalam memartabat syiar Islam khususnya di Negeri Sembilan. Perbincangan mengenai had kifayah ini adalah penting bagi menentukan kelayakan pemohon iaitu isteri/bekas isteri terhadap tuntutan BSK Transit yang meliputi tuntutan kospenginapan, makan minum dan pengangkutanbagi menghadiri prosiding berkaitan dengan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah di mana-mana Mahkamah Syariah seluruhMalaysia termasuk kehadiran ke sesi rundingcara BSK yang terhadkepada enam (6) kali sahaja bagi setiaptindakan penguatkuasaan untuk seorangpemohon. Selain itu, perbincangan turut dimaklumkan bahawa BSK boleh menyalurkan maklumat bekas isteri atau bekas suami yang berada di bawah had kifayah bagi skim bantuan yang bersesuaian. Turut serta dalam kunjungan hormat ini ialah Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Pengarah Kanan (Kehakiman), Puan Maria binti Jilani, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga JKSM,Tuan Mohd Yusof bin Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah BSK JKSM berserta pegawai dari JKSNS, BSK JKSM dan BSK Seksyen Negeri Sembilan.

Program Jabatan

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA RASMI. NO. SEBUT HARGA QT240000000028670

| Ketua Hakim Syarie, YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, telah turun padang menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Angkat Madani beliau di Pasir Puteh, Kelantan. Ia sebagai tanda solidariti terhadap arahan YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Inisiatif ini dilaksanakan bertujuan membantu meringankan beban mangsa yang terkesan akibat bencana banjir. Penyampaian sumbangan awal ini adalah sejajar dengan seruan YB Menteri menerusi Kenyataan Media beliau semalam agar semua agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berganding bahu dalam membantu masyarakat terjejas. YAA Dato’ Haji Mohd Amran menegaskan bahawa sumbangan ini mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan agensi kerajaan terhadap nasib mangsa bencana. Ia adalah usaha kolektif bagi menyahut arahan kerajaan Madani untuk mendekati masyarakat dan membantu mereka mengatasi cabaran pasca banjir dan berharap bantuan awal ini mampu memberi kelegaan kepada saudara-saudara kita yang sedang diuji. Selain itu, Beliau juga menyeru seluruh masyarakat khususnya Persatuan Pegawai Syariah Malaysia melancarkan tabung kutipan Derma dan mengatur gerak kerja membantu mangsa banjir yang terlibat dalam bencana dibeberapa buah negeri yang terkesan. Untuk Rekod, penyerahan awal sumbangan ini dilaksanakan oleh YAA Dato Haji Amran bin Haji Mat Zain sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat penyelarasan Program Santuni Madani Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM di sini hari ini.

Program Jabatan

KURSUS PENGUATKUASAAN, PELAKSANAAN PERINTAH DAN PERINTAH BERSALING HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH ZON TENGAH

8 Mac 2023: Bahagian Latihan (BL), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Kursus Penguatkuasaan, Pelaksanaan Perintah dan Perintah Bersaling Hakim Mahkamah Rendah Syariah Zon Tengah kepada Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Zon Tengah bermula 7 Mac 2023 hingga 8 Mac 2023. Kursus ini dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu, Tuan Mohd Hirman bin Ab Raub, Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya, Klang Selangor. Kumpulan sasaran peserta wajib bagi kursus kali ini ialah seramai 42 orang Hakim Syarie MRS Zon Tengah, iaitu daripada Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta berhubung kaedah-kaedah dan bentuk-bentuk penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah di Mahkamah Syariah yang diperuntukkan dalam Akta/Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah serta memberi panduan kepada peserta dalam pendengaran dan penghakiman kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah Mahkamah Syariah dan pengendorsan Perintah Bersaling. Semua peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang kursus ini berlangsung selama dua hari. Semoga kecekapan para peserta dalam menjalankan tugasan hakiki sebagai Hakim Syarie di MRS akan dapat dipertingkatkan hasil daripada kursus ini.

Program Jabatan

KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM MERAFAK SEMBAH MENJUNJUNG KASIH MENGADAP KDYMM TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS

SEPANG- KDYMM Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan KDYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berkenan menerima mengadap YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, YA Dato’ Haji Mohd Shukor bin Sabudin dan YA Dato’ Mohamad Shakir bin Haji Abdul Hamid yang merupakan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSN Perlis. Sayugia, YAA Dato’ yang mengetuai delegasi JKSM merafak sembah dan menjunjung kasih atas perkenan KDYMM Tuanku menerima mengadap delegasi JKSM berkenaan. YAA Dato’ juga dengan penuh takzimnya merafak sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada KDYTM Raja Puan Muda Perlis yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D), Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Pertemuan bersama KDYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis berlangsung penuh harmoni dengan kehadiran bersama Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis serta YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Hadir sama, Ketua Pendaftar JKSN Perlis selaku wakil Ketua Hakim Syarie negeri Indera Kayangan tersebut. Dirgahayu KDYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis.

JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Bahasa

[language-switcher]

Hubungi Kami

Media Sosial Rasmi

© 2025. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Semua hakcipta terpelihara.