Prosedur Mahkamah

Prosedur Mahkamah

Prosedur Mahkamah Mengikut Peringkat Mahkamah Rayuan

1) Pihak yang terkilan menfailkan Notis Rayuan dengan menggunakan Borang MS 29 mengikut peringkat Mahkamah dalam masa empat belas (14) hari selepas kes diputuskan bersama Kebenaran Merayu (jika perlu); 2) Sesalinan Notis Rayuan diserahkan kepada Penentang Rayuan (Responden); 3) Responden menfailkan Notis Rayuan Balas dalam Borang MS 31 dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh menerima Notis Rayuan; 4) Perayu mendapat Nota Keterangan bersama-sama Notis dalam tempoh enam belas (16) minggu dari Notis Rayuan difailkan; 5) Perayu hendaklah menfailkan Petisyen Rayuan dalam tempoh sepuluh (10) hari dari tarikh Nota Keterangan dan alasan keputusan diterima.     – lima (5) salinan Rekod Rayuan mesti disediakan Perayu untuk Rayuan Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi;     – tujuh (7) salinan Rekod Rayuan mesti disediakan Perayu untuk Rayuan Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan. 6) Rekod Rayuan bersama Notis diserahkan kepada Responden untuk pendengaran; 7) Pendengaran kes rayuan dimulakan;     – dengan hujah Perayu berdasarkan Petesyen Rayuan;     – dihujah balas oleh Responden; dan     – didengar hujah semula Perayu (jika ada). 8) Mahkamah Rayuan membuat keputusan sama ada diakaskan, diubah, dipinda, diperintah bicara semula, dikekalkan mengikut yang berkenaan. Bagi Kes Jenayah sahaja 1)  Tiada rayuan boleh dibuat jika seseorang tertuduh telah mengaku salah dan disabitkan atas akuan itu, kecuali tentang takat ataukesalahan hukum. 2)   Jika Perayu berada di penjara, dia bolehlah memberikan pegawai yang menjaga penjara itu suatu notis rayuan sama ada secara lisan atau bertulis dan butir-butir yang dikehendaki dimasukkan di dalam Petisyen Rayuan. 3)   Pegawai penjara itu hendaklah dengan segera menghantar notis dan petisyen itu kepada mahkamah yang keputusannya dirayu.

Prosedur Mahkamah

Prosedur Mahkamah Mengikut Peringkat Mahkamah Tinggi

1) Prosedur pengurusan permohonan memfailkan kes sama dengan permohonan di Mahkamah Rendah di para 1.1 berdasarkan: kesalahan dilakukan oleh seorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen berkuatkuasa; kesalahan dilakukan atau akibat kesalahan itu di dalam bidangkuasa tempatan Mahkamah; hukuman maksimum yang diperuntukan Enakmen melebihi Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) atau penjara bagi tempoh yang melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali; permohonan disertakan dengan kertas pertuduhan, borang permohonan mendaftarkan kes, salinan kad pengenalan Orang Kena Tuduh; sekiranya kes jenayah, tangkapan tanpa waran dan tiada jaminan. 2) Pendaftar tetapkan tarikh sebutan. 3) Jika Saman / Waran tangkap telah sempurna dan Orang Kena Tuduh hadir, perbicaraan dimulakan dengan: Baca pertuduhan kepada Orang Kena Tuduh; Pastikan Orang Kena Tuduh faham dengan tuduhan dikenakan ke atasnya; Jika Orang Kena Tuduh tidak faham dengan pertuduhan, perlu dibacakan sekali lagi sehingga faham; Orang Kena Tuduh diminta pengakuan sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan; Jika mengaku salah hendaklah secara sukarela dan faham akibat pengakuan salah; Pendakwa Syarie diminta membentangkan fakta kes yang berkaitan; Sekali lagi pengakuan Orang Kena Tuduh terhadap fakta kes yang dibentangkan; Jika bersetuju, Orang Kena Tuduh disabitkan dengan pertuduhan yang dikenakan; Orang Kena Tuduh diberi peluang merayu agar diringankan hukuman yang akan dikenakan; Pendakwa Syarie diberi peluang berhujah balas di atas rayuan Orang kena Tuduh. Hakim jatuhkan hukuman. 4) Jika Orang Kena Tuduh tidak mengaku bersalah, Hakim perintah kes dibicarakan dengan: Dengar pemeriksaan utama saksi Pendakwa Syarie; Dengar pemeriksaan balas saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada); Dengar pemeriksaan semula saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada); Hakim perintahkan Orang Kena Tuduh mengemukakan hujah penggulungan dan kemudian diikuti dengan hujah Pendakwa Syarie; Jika kes tidak mencapai ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh tidak perlu dipanggil membela diri dan dibebaskan; Jika kes mencapai tahap ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh diperintah membela diri dengan tiga (3) cara iaitu:        – memberi keterangan bersumpah; atau        – memberi keterangan tidak bersumpah; atau        – berdiam diri.   Sekiranya Orang Kena Tuduh membela diri dengan cara (a), Orang Kena Tuduh boleh disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan Orang Kena Tuduh berhak memberi keterangan semula (jika ada); Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (b), tiada proses keterangan soal balas dan soal semula; Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (c), Hakim terus perintah saksi-saksi Orang Kena Tuduh memberi keterangan (jika ada), disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan disoal semula oleh Orang Kena Tuduh (jika ada); Setelah selesai sesi Orang Kena Tuduh memberi keterangan, Hakim perintah Pendakwa Syarie mengemukakan hujah terakhir dan diikuti hujah Orang Kena Tuduh; Hakim memberi keputusan sama ada Orang Kena Tuduh bersalah atau tidak; Jika Orang Kena Tuduh tidak bersalah, dilepas dan dibebaskan. Sekiranya Orang Kena Tuduh bersalah, Hakim jatuhkan hukuman; Mana-mana pihak yang terkilan, boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dalam tempoh empat belas (14) hari.

Prosedur Mahkamah

Prosedur Mahkamah Mengikut Peringkat Mahkamah Rendah

1) Pendaftar menyemak permohonan untuk memastikan sama ada Mahkamah berbidangkuasa atau tidak bagi mendaftarkan permohonan tersebut berdasarkan: Kesalahan dilakukan oleh seorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen berkuatkuasa; Kesalahan dilakukan atau akibat kesalahan itu di dalam bidangkuasa tempatan Mahkamah; Hukuman maksimum yang diperuntukan Enakmen tidak melebihi Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) atau penjara bagi tempoh yang tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali; Permohonan disertakan dengan kertas pertuduhan, borang permohonan mendaftarkan kes, salinan kad pengenalan Orang Kena Tuduh; sekiranya kes jenayah, tangkapan tanpa waran dan tiada jaminan. 2) Pendaftar tetapkan tarikh sebutan. 3) Jika Saman / Waran tangkap telah sempurna dan Orang Kena Tuduh hadir, perbicaraan dimulakan:  Baca pertuduhan kepada Orang Kena Tuduh; Pastikan Orang Kena Tuduh faham dengan tuduhan dikenakan ke atasnya; Jika Orang Kena Tuduh tidak faham dengan pertuduhan, perlu dibacakan sekali lagi sehingga faham; Orang Kena Tuduh diminta pengakuan sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan; Jika mengaku salah hendaklah secara sukarela dan faham akibat pengakuan salah; Pendakwa Syarie diminta membentangkan fakta kes yang berkaitan; Sekali lagi pengakuan Orang Kena Tuduh terhadap fakta kes yang dibentangkan; Jika bersetuju, Orang Kena Tuduh disabitkan dengan pertuduhan yang dikenakan, Orang Kena Tuduh diberi peluang merayu agar diringankan hukuman yang akan dikenakan,Pendakwa Syarie diberi peluang berhujah balas di atas rayuan Orang Kena Tuduh. Hakim jatuhkan hukuman. 4) Jika Orang Kena Tuduh tidak mengaku bersalah, Hakim perintah kes dibicarakan: Dengar pemeriksaan utama Pendakwa Syarie; Dengar pemeriksaan balas saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada); Dengar pemeriksaan semula saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada); Hakim perintahkan Orang Kena Tuduh mengemukakan hujah penggulungan dan kemudian diikuti dengan hujah Pendakwa Syarie; Jika kes tidak mencapai ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh tidak perlu dipanggil membela diri dan dibebaskan; Jika kes mencapai tahap ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh diperintah membela diri dengan tiga (3) cara iaitu:        – Memberi keterangan bersumpah; atau        – Memberi keterangan tidak bersumpah; atau        – Berdiam diri.       Sekiranya Orang Kena Tuduh membela diri dengan cara (a), Orang Kena Tuduh boleh disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan Orang Kena Tuduh berhak memberi keterangan semula (jika ada); Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (b), tiada proses keterangan soal balas dan soal semula; Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (c), Hakim terus perintah saksi-saksi Orang Kena Tuduh memberi keterangan (jika ada), disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan disoal semula oleh Orang Kena Tuduh (jika ada); Setelah selesai sesi Orang Kena Tuduh memberi keterangan, Hakim perintah Pendakwa Syarie mengemukakan hujah terakhir dan diikuti hujah Orang Kena Tuduh; Hakim memberi keputusan sama ada Orang Kena Tuduh bersalah atau tidak; Jika Orang Kena Tuduh tidak bersalah, dilepas dan dibebaskan. Sekiranya Orang Kena Tuduh bersalah, Hakim jatuhkan hukuman; Mana-mana pihak yang terkilan, boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah dalam tempoh empat belas (14) hari.

Prosedur Mahkamah

Penerangan Kes Mal

Istilah ‘mal’ sebenarnya merujuk kepada harta tetapi dalam konteks perundangan, ia merujuk kepada kes-kes bukan jenayah. Bidang kuasa mal bagi Mahkamah Syariah terpakai kepada semua orang Islam yang tinggal pemastautin negeri-negeri. Dan sebenarnya, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa mal yang hampir menyeluruh dan merangkumi banyak aspek kekeluargaan Islam: Berkaitan dengan isu-isu sebelum perkahwinan.Seperti putus tunang, permohonan kebenaran untuk berkahwin dan permohonan untuk berpoligami. Berkaitan dengan persoalan semasa perkahwinan.Seperti permohonan mengesahkan perkahwinan, permohonan membatalkan perkahwinan yang tidak sah, permohonan nafkah diri, nafkah anak, mensabitkan isteri nusyuz, permohonan isteri supaya suami hidup bersama semula dan sebagainya. Berkaitan dengan persoalan pembubaran perkahwinan.Permohonan cerai khulu’,li’an, fasakh, talak, ta’liq, perceraian dengan perintah, kerana murtad dan juga secara anggapan mati. Sebarang permohonan di dalam sesuatu kes sedang berjalan (interlocutory order)Contohnya, permohonan sementara nafkah sama ada diri dan anak, hadanah, perintah larangan terhadap harta dan gangguan.Bagi perkara ini, bukanlah sesuatu yang luar biasa satu-satu kes perbicaraan mengambil masa yang lama, kerana terlalu banyak isu yang perlu diselesaikan. Dalam sepanjang tempoh berkenaan, banyak perkara yang timbul yang perlu diselesaikan oleh pihak mahkamah. Sekiranya tidak diselesaikan, akan menyebabkan ketidakadilan dan aniaya kepada pihak-pihak yang terlibat. Oleh yang demikian, undang-undang memberikan ruang supaya pihak-pihak yang terlibat ketika menanti keputusan yang jelas dari pihak mahkamah dibenarkan untuk membuat permohonan sementara, sementara perbicaraan dijalankan. Umpamanya, adalah sangat wajar bagi seorang wanita memohon larangan (injunksi) terhadap bekas suaminya untuk tidak mengganggunya. Begitu juga memohon perintah larangan agar harta yang dimiliki secara bersama tidak dibenarkan untuk dilibatkan dalam sebarang urusan. Isu-isu yang berbangkit selepas perceraian.Perkara-perkara ini boleh dirujuk di mahkamah yang ada bidang kuasanya, iaitu selepas perceraian berlaku. Umpamanya, sagu hati (mutaah) selepas perceraian, harta sepencarian, nafkah iddah, nafkah anak, nafkah tertunggak dan juga soal hadanah (penjagaan anak). Permohonan-permohonan mengenai wasiat, wakaf dan harta pusaka. Permohonan penguatkuasaan perintah mahkamah.Ini berlaku apabila keputusan yang dikeluarkan tidak diikuti oleh pihak yang kena tanggungan. Maka, pihak-pihak yang satu lagi boleh menuntut supaya perintah-perintah yang dikeluarkan itu dikuatkuasakan oleh pihak mahkamah.

Prosedur Mahkamah

Pengkelasan Kes Mal

Terdapat 2 jenis kategori pendaftaran kes MAL yang boleh dibuat di Mahkamah Syariah iaitu: 1. Kes Tuntutan2. Kes Permohonan Kes Tuntutan ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes mal yang dimulakan dengan  SAMAN berserta PENYATA TUNTUTAN. Kes Permohonan ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes mal yang dimulakan dengan NOTIS PERMOHONAN berserta AFIDAVIT SOKONGAN. Berikut adalah kategori jenis kes:   

JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Bahasa

Hubungi Kami

Media Sosial Rasmi

© 2025. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Semua hakcipta terpelihara.