Keratan Akhbar
Agong terima menghadap Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kiri) berkenan menerima menghadap Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar di Istana Negara hari ini. – Foto Bernama KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar di Istana Negara, di sini. JKSM dalam satu kenyataan menyatakan bahawa pertemuan selama 45 minit itu berlangsung dalam suasana yang sangat mesra. “Banyak perkara berkaitan syariah dan perundangan syariah dibincangkan. “Mohd Na’im juga berkesempatan menyampaikan ucapan tahniah mewakili warga JKSM, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan Mahkamah Syariah Negeri atas pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16,” menurut kenyataan itu. Mohd Na’im dilantik memegang jawatan tersebut pada Mac lepas bagi menggantikan Datuk Mukhyuddin Ibrahim yang menerajui JKSM sejak 2017. -Bernama Sumber: Sinar Harian
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online JKSM 2019
Bilangan Transaksi Bagi Setiap Perkhidmatan Online Bagi Tahun 2019 Yang Disediakan: Maklumat bilangan transaksi Online yang ditawarkan oleh JKSM dikemaskini secara bulanan Bil. Nama Perkhidmatan Online Bilangan Transaksi Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis JUMLAH 1. Pra Pendaftaran Kes Mal – (Portal E-Syariah) 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 2. Aduan/Maklumbalas Melalui Laman Web 5 10 7 22 10 4 5 13 13 89 3. Sistem Pengurusan Latihan Elektronik (ETMS) 0 0 0 99 99 4. Sistem Pertukaran Pegawai dan Kakitangan JKSM (SPPK) 4 6 5 4 4 4 5 2 34 5. Pembaharuan Sijil Amalan – (Portal E-Syariah) 0 0 0 2 0 5 0 2 1 0 0 0 10 6. Pengemaskinian Maklumat Peguam Syarie – (Portal E-Syariah) 3 1 0 0 1 0 1 0 0 5 1 0 12 JUMLAH 12 17 12 127 15 13 11 17 14 5 1 * Sistem Pertukaran Pegawai dan Kakitangan JKSM (SPPK) mula beroperasi pada bulan Julai 2014 dan ditamatkan penggunaan berkuatkuasa September 2019. * Sistem Pengurusan Latihan Elektronik (ETMS) ditamatkan penggunaan berkuatkuasa Jun 2019. * Sistem MySMS ditutup berkuatkuasa pada Januari 2019 dan akan dinaik taraf dalam Sistem Esyariah Versi 3. * Penyelenggaraan aplikasi di dalam Portal E-Syariah dilaksanakan sehingga bulan Mei 2014 dan mula beroperasi semula pada bulan Jun 2014 * Paparan maklumat berdasarkan arahan “Paparan Kemajuan Pelaksanaan Perkhidmatan Online Di Sektor Awam” oleh Ketua Pengarah MAMPU pada 21 Januari 2010, dan dipantau dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kandungan Sektor Awam (ICON) MAMPU
Keratan Akhbar
Mohd Na’im Ketua Pengarah baharu JKSM
DATUK Dr Mohd Na’im Mokhtar dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). – Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat KUALA LUMPUR: Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang baharu. Menurut kenyataan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, Mohd Na’im sebelum ini memegang jawatan Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga di JKSM. Beliau juga pernah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selain itu, beliau berpengalaman menganggotai Panel Majlis Perundingan Islam serta menjadi Ahli Jawatankuasa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Mohd Na’ím juga pernah dilantik sebagai profesor adjung oleh Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 2012. Menurut kenyataan itu lagi, kepakaran beliau turut diperakui dunia luar apabila dilantik sebagai Chevening Felo Pelawat Malaysia di Oxford Centre for Islamic Studies, United Kingdom, bagi 2008/2009, Felo Pelawat di Harvard Law School, Amerika Syarikat, dan berkhidmat di Universiti Harvard dari Februari hingga Mei 2013. Mohd Na’im memulakan kerjaya sebagai pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari 1990 hingga 1997. – BERNAMA Sumber: Berita Harian
Keratan Akhbar
Teliti isu kahwin bawah umur
ISU perkahwinan bawah umur hangat diperkatakan ketika ini. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) merekodkan 5,362 permohonan di antara Januari 2013 hingga Disember 2017. Walau bagaimanapun, terdapat penurunan jumlah permohonan di seluruh negara dalam tempoh sama iaitu dari 1,192 bagi 2013 kepada 877 permohonan pada 2017.Enakmen Keluarga Islam secara umum meletakkan had minimum umur 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan yang boleh berkahwin. Sekiranya mereka di bawah umur yang ditetapkan mereka perlu mendapat kebenaran mahkamah syariah dan persetujuan ibu bapa, contohnya mengikut Seksyen 8 Enakmen Keluarga Islam Kedah 2008. Bagi orang bukan Islam, Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 meletakkan usia minimum 18 tahun bagi kedua-dua lelaki dan perempuan. Namun, kebenaran bertulis hendaklah diperoleh daripada Ketua Menteri berdasarkan Seksyen 10 sekiranya melibatkan pemohon dan pasangan di bawah umur antara 16 ke 18 tahun. Demi menangani isu perkahwinan bawah umur khususnya melibatkan generasi muda beragama Islam, JKSM mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) sebagai rujukan mahkamah syariah seluruh negara berkuat kuasa 23 Julai tahun lalu. Dengan SOP ini, hakim syarie boleh mempertimbangkan permohonan dari sudut dokumentasi seperti laporan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, laporan kesihatan dan polis. Ia juga mengambil kira maklumat latar belakang pemohon dan pasangan antaranya pendapatan, kedudukan sosial, kemampuan dan pendidikan. Mahkamah syariah dapat berfungsi lebih efektif tanpa menggugat bidang kuasanya dalam perihal perkahwinan orang Islam menurut Jadual Kesembilan Senarai II Senarai Negeri. Usaha pemerkasaan undang-undang keluarga Islam sedia ada merupakan langkah membina. Namun, cadangan serta langkah untuk melarang secara mutlak perkahwinan bawah umur perlu penelitian mendalam. Ini kerana larangan itu berisiko menggadai prinsip keadilan serta kemanusiaan. Pasangan yang ingin berkahwin dan mahu mengelak daripada terjebak ke kancah zina akan dinafikan hak dan pilihan. Ada di antara mereka memiliki kematangan untuk memikul tanggungjawab dan bersedia untuk dipertanggungjawabkan walaupun di usia bawah 18 tahun. Oleh yang demikian, ilmuan Islam mengharuskan perkahwinan sebelum umur mencapai 18 tahun dengan syarat tertentu. Tambahan pula, ia merumitkan keadaan bagi pasangan terlanjur dan ingin mengesahkan hubungan di sisi perundangan. Nasib sama turut menimpa pasangan yang menerima kelahiran anak luar nikah kerana larangan perkahwinan bawah umur lantas tidak diiktiraf sebagai unit keluarga yang sah. Akibatnya mereka buntu dan terpaksa mengambil jalan mudah untuk menutup malu dan mengelak kecaman masyarakat. Bahkan, pengabaian elemen pertanggungjawaban dalam kalangan pasangan muda boleh menjurus ke arah hubungan terlarang dan jenayah. Sumber: Sinar Harian





