Keratan Akhbar

1277593
Keratan Akhbar

JKSM jadi agensi penyelaras Mahkamah Syariah seluruh negara

Mohd Na’im (kiri) menjadi menjadi salah seorang panel pembentang Kolokium Perundangan dan Kehakiman Syariah Tahun 2021 di Dewan Bankuet Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Ipoh pada Selasa. IPOH – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) akan menjadi agensi penyelaras bagi Mahkamah Syariah di seluruh negara dalam usaha meningkatkan martabat dan membawa pembaharuan terhadap institusi itu. Ketua Pengarah JKSM, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, antara yang sedang diusahakan adalah menambah hierarki Mahkamah Syariah negeri-negeri menjadi empat tingkat seperti yang dilaksanakan di Perak. Menurut beliau, ketika ini semua Mahkamah Syariah negeri hanya mempunyai Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah kecuali Perak yang mempunyai Mahkamah Utama Syariah. “Saya dalam dua minggu lepas ada perbincangan khas dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membentangkan tentang pemerkasaan Mahkamah Syariah ini dengan peningkatan mahkamah seperti berlaku di Perak. “Alhamdulillah, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan dan JKSM akan menjadi agensi penyelaras Mahkamah Syariah seluruh negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menjadi salah seorang panel pembentang Kolokium Perundangan dan Kehakiman Syariah Tahun 2021 di Dewan Bankuet Jabatan Kehakiman Syariah Perak di sini pada Selasa. Perasmian kolokium tersebut disempurnakan Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin mewakili Menteri Besar Perak. Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang. Mohd Na’im berkata, dengan kewujudan satu lagi Mahkamah Syariah seperti Mahkamah Utama Syariah di Perak itu akan memberikan keadilan kepada kes-kes lebih besar nilainya. Sumber : Sinar Harian

Nafkah22
Keratan Akhbar

Akaun disekat jika culas bayar nafkah

PUTRAJAYA: Suami atau bekas suami yang culas memberi nafkah berdepan tindakan sekatan akaun bank selepas pindaan terhadap Jadual 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 diluluskan dan diwartakan pada 10 Februari lalu. Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dalam satu kenyataan hari ini, berkata pindaan pada perenggan lima Jadual 11 itu memasukkan pematuhan dan penzahiran maklumat bawah hiwalah, iaitu pemindahan hutang daripada Penghutang Penghakiman kepada pihak ketiga, iaitu institusi kewangan kepada Pemiutang Penghakiman. Kenyataan itu menyebut, selain itu, perenggan enam jadual sama berhubung penzahiran maklumat pemilik akaun di institusi kewangan melalui perintah mahkamah, tidak kurang daripada Mahkamah Sesyen turut diperluaskan kepada perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Katanya, berikutan pindaan itu, perintah hiwalah yang dikeluarkan oleh mana-mana peringkat Mahkamah Syariah boleh dilaksanakan oleh institusi kewangan berdasarkan kepada peruntukan undang-undang berkuat kuasa. “JKSM melalui Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) yang melaksanakan fungsi penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah terhadap bekas suami atau bapa yang culas dalam pembayaran nafkah dan mut’ah, sentiasa mencari kaedah terbaik dalam membantu ibu dan anak-anak yang dinafikan hak mereka. “Antara usaha atau mekanisme yang cuba diterokai sejak 2019 adalah melalui sekatan akaun bank ke atas bekas suami yang culas memberikan nafkah,” katanya. JKSM berkata, melalui kunjungan hormat BSK ke Jabatan Undang-Undang, Bank Negara Malaysia (BNM) pada 14 Mac 2019 pihak itu membincangkan dengan lebih lanjut berhubung cadangan sekatan bank terhadap bekas suami atau bapa yang culas dalam pembayaran nafkah. Katanya, berdasarkan perbincangan itu, pihak BNM menjelaskan bahawa peruntukan sedia ada dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) adalah berhubung dengan pendedahan maklumat akaun pelanggan bagi mematuhi perintah mahkamah yang tidak rendah dari Mahkamah Sesyen dan bagi mematuhi perintah mahkamah garnishee yang menahan wang dalam akaun pelanggan sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 134 (1)(1) Akta 758 yang dibaca bersama Jadual 11 Akta 758. Satu perbincangan bersama Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang, Jabatan Peguam Negara, BSK dan BNM kemudian diadakan pada 11 Jun 2019 bagi membincangkan pelaksanaan itu. “Satu permohonan bagi mendapatkan pandangan undang-undang diangkat pada 5 Ogos 2019 bagi dua isu utama iaitu prosiding hiwalah terhadap pihak bank bagi menguatkuasakan perintah nafkah dan mut’ah yang dikeluarkan oleh mahkamah Syariah; dan penzahiran maklumat akaun bank penghutang penghakiman bagi tujuan pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah nafkah dan mut’ah mahkamah Syariah. “Kaedah penzahiran maklumat dan mendapatkan wang penghutang penghakiman yang disimpan oleh pihak ketiga termasuk institusi kewangan adalah sebahagian daripada prosiding hiwalah yang diperuntukkan bawah akta atau enakmen tatacara mal mahkamah Syariah seluruh Malaysia. “Sebagai contoh peruntukan bawah Akta 585 Seksyen 148(1)(a) dibaca bersama Seksyen 155, seksyen 159(1)(b) dan seksyen 161(2) (b). Semasa pendengaran prosiding hiwalah, atas permohonan pemiutang mahkamah boleh mengeluarkan perintah penahanan sejumlah wang yang terhutang kepada pihak institusi kewangan daripada sebarang transaksi pengeluaran,” katanya. Sementara itu, Ketua Pengarah JKSM yang juga Ketua Hakim Syarie, Datuk Mohd Na’im Mokhtar, berkata tindakan sekatan terhadap akaun itu dilaksanakan sehingga suami atau bekas suami penghutang penghakiman menyelesaikan hutang nafkah mereka. Sumber: Berita Harian

18 kahwin kiribaru
Keratan Akhbar

Sudah kahwin lagi banyak kena sabar

PASANGAN perlu bijak mengatasi sesuatu masalah dalam memastikan perkahwinan terus kekal bahagia.-GAMBAR HIASAN SAUDARA PENGARANG,  BARU-BARU ini dilaporkan 212,080 pasangan bercerai sejak 2018 hingga 2021 seperti direkodkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Difahamkan antara punca penceraian adalah perkara kecil atau remeh- temeh. Nampaknya isu remeh dalam rumah tangga tidak boleh dipandang ringan oleh pasangan, apatah lagi isu besar seperti kewangan dan sebagainya. Isu remeh-temeh atau kecil ini boleh menjadi besar kalau ia berulang dan akhirnya boleh menggugat keharmonian dalam rumah tangga.  Oleh itu, persefahaman antara suami isteri diperlukan jika berhadapan dengan isu remeh-temeh dalam rumah tangga. Antaranya, jangan cuba menimbulkan sesuatu isu yang tidak disukai oleh pasangan walaupun kecil seperti  leka bermain permainan video, rumah bersepah, terlalu meminati pelakon dan banyak lagi. Kadangkala isu besar tidak menggugat keharmonian suami isteri tetapi isu kecil boleh mengheret pasangan kepada rasa tidak puas hati dan cemburu. Lama- kelamaan  rumah tangga yang dibina itu hanya menunggu retak menanti belah.  Apabila sudah bergelar suami isteri dan mempunyai anak, had kesabaran perlu ditingkatkan berbanding sebelum berkahwin. Ini kerana kehidupan berpasangan dan tinggal sebumbung sudah tentu berkongsi dan merasai segala masalah secara bersama walaupun kecil. Kedua-dua pasangan  cubalah menasihati dan memberi cadangan jika timbul sebarang masalah walaupun kecil. Di sinilah pasangan boleh berkongsi pendapat, memberikan pandangan dan cuba menyelesaikan masalah bersama. Selain itu, pasangan suami isteri perlulah menyedari hidup ini bukanlah senang sentiasa, sebaliknya  umpama roda. Ada ketika senang, ada ketika susah seperti dalam situasi pandemik Covid-19 ini. Di sinilah pengorbanan pasangan diperlukan untuk memelihara kelangsungan hidup dan mengekalkan keharmonian rumah tangga. Mereka perlu bersabar dalam apa jua keadaan dan elakkan mencipta dan  memperbesarkan perkara remeh terutama dalam situasi yang mencengkam seperti sekarang.  Pasangan juga perlu reda dan banyak berdoa kepada Allah SWT agar hidup diberkati dan diringankan daripada sebarang kesusahan. Anggaplah kesukaran dalam kehidupan berumahtangga sebagai ujian yang perlu ditempuh agar dilimpahi pahala yang banyak untuk dibawa ke akhirat kelak. ABDUL HAMID, Temerloh, Pahang Sumber: Utusan

1 nikah
Keratan Akhbar

Elak cerai sebab remeh-temeh

Mengadakan kenduri kahwin yang sederhana lebih menepati syarak dan tetap mencapai objektifnya iaitu memaklumkan kepada masyarakat. – GAMBAR HIASAN Mukadimah Laporan Utusan Malaysia hari ini tentang sejumlah 86,468 kes perceraian berlaku dalam tempoh wabak Covid-19 sejak tahun 2020 hingga bulan lalu adalah sesuatu yang menggusarkan. Isteri suka menghabiskan masa melayan permainan dalam talian, PUBG antara punca remeh kes perceraian berlaku melibatkan pasangan Islam di negara ini yang direkodkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Kepada Utusan Malaysia, Ketua Hakim… Sumber: Utusan

MAJLIS PENYAMPAIAN MUSAADAH
Keratan Akhbar

JKSM lancar dua buku berkaitan pesalah syariah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad. – NSTP/Ghazali Kori PUTRAJAYA: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) hari ini melancarkan dua buku iaitu Prosedur Operasi Standard Pelaksanaan Hukuman Sebatan di Luar Penjara Bagi Pesalah Syariah dan Garis Panduan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) Bagi Pesalah Syariah. JKSM dalam satu kenyataan, berkata pelancaran diadakan dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan Mahkamah Syariah Negeri yang berlangsung, hari ini di Kuantan, Pahang. Majlis perasmian disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad. Menurut kenyataan itu, Idris berkata, buku itu diterbitkan bagi memberi panduan berguna kepada semua pihak yang terbabit dalam melaksanakan hukuman alternatif berkenaan. Katanya, pelaksanaan hukuman alternatif itu diharap dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan lancar serta paling utama pelaksanaannya diseragamkan di seluruh negara. “Pelancaran dua buku ini akan menjadi titik permulaan ke arah kecemerlangan dan menjadi sejarah kepada sisitem kehakiman dan perundangan syariah di negara ini,” katanya ketika melancarkan kedua-dua buku berkenaan. Yang turut hadir, Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie JKSM, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional) Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Abdul Aziz Abd Razak. Idris turut merakamkan tahniah dan terima kasih kepada Jabatan Penjara dan Kementerian Kesihatan (KKM) atas kerjasama yang diberikan kepada JKSM dalam penyediaan kedua-dua buku terbabit. “Usaha untuk menyediakan buku itu sudah bermula sejak pertengahan 2019, membabitkan JKSM sebagai urusetia, pegawai dari Jabatan Penjara Malaysia dan KKM,” katanya. Buku Prosedur Operasi Standard Pelaksanaan Hukuman Sebatan Di Luar Penjara Bagi Pesalah Syariah ini mengandungi enam perkara dengan tiga jadual merangkumi panduan kerja untuk semua agensi yang berkaitan. Antaranya, Mahkamah Syariah, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara dan KKM, bagi melaksanakan hukuman sebatan di luar penjara untuk pesalah jenayah syariah. Buku Garis Panduan Perintah Kehadiran Wajib pula mengandungi sembilan perkara dengan tiga jadual, menerangkan proses pengendalian PKW bermula daripada prosedur menjatuhkan hukuman oleh hakim, pra dan peringkat pasca PKW. Sumber: Berita Harian

IMG 20211020 WA0025 768x432
Keratan Akhbar

Usaha perkasa Syariah tidak terhenti, malah diperhebat

BARU-baru ini, kita telah dilanda satu ujian besar dari Allah S.W.T iaitu pandemik COVID-19, yang telah memberi kesan yang amat mendalam kepada masyarakat Malaysia. Ini salah satu peringatan dari Allah untuk kita sedar dan insaf akan kekuatan dan kelemahan kita sebagai manusia.  Banyak perkara yang terkesan akibat pandemik yang melanda, dari segi pengurusan mahupun pentadbiran. Walaupun begitu, usaha bagi memperkasa perundangan syariah tidak pernah terhenti, malah terus diperhebatkan. Saya bersama YB Menteri, dengan sinergi dan keterlibatan semua agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), sentiasa berusaha 24 jam sehari 7 hari seminggu tanpa henti, dalam memberikan penerangan dan kesedaran berkenaan Undang-undang Syariah. Alhamdulillah, beberapa program telah disusun dan digerakkan di bawah JAKIM, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) serta Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS). Baru-baru ini, kita telah mengadakan satu konvensyen berkenaan Kesedaran Terhadap Pematuhan Undang-undang Syariah pada 13 Oktober 2021. Dan berbagai lagi program sedang disusun dan dirangka untuk agenda ini. Ini semua adalah usaha kita dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan dan komuniti di negara Malaysia, agar kita dapat melahirkan sebuah khaira ummah seperti mana yang disebut dalam Quran surah Ali Imran ayat 110:  ‎كُنْتُمْ خَيْرَ اُمَّةٍ اُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُوْنَ بِاللّٰهِ ۗ وَلَوْ اٰمَنَ اَهْلُ الْكِتٰبِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ ۗ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُوْنَ وَاَكْثَرُهُمُ الْفٰسِقُوْنَ “Kamu adalah khaira ummah (Jemaat, golongan, orang-orang terbaik), yang diciptakan untuk kemanfaatan umat manusia; kamu memberi petunjuk ke arah berbuat kebaikan dan menghentikan berbuat keburukan, dan beriman kepada Allah. Dan, sekiranya Ahli kitab beriman, nescaya akan lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah fasik.” (Ali-Imran: 110) Diharapkan agar dengan secebis usaha ini, dapatlah kita membawa kerahmatan kepada Malaysia sebagai sebuah negara ‘baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur’, seperti mana Allah memberkati Kaum Saba di dalam surah Saba ayat 15: ‎لَقَدْ كَانَ لِسَبَاٍ فِيْ مَسْكَنِهِمْ اٰيَةٌ ۚجَنَّتٰنِ عَنْ يَّمِيْنٍ وَّشِمَالٍ ەۗ كُلُوْا مِنْ رِّزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوْا لَهٗ ۗبَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَّرَبٌّ غَفُوْرٌ “Sungguh bagi Kaum Saba’ ada tanda (kebesaran Rabb) di kediaman mereka, iaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (Kepada mereka dikatakan:) “Makanlah dari rezeki yang dianugerahkan Tuhan kalian dan bersyukurlah kepadaNya!’. Negara yang baik dan Tuhan yang Maha Pengampun.”  (Saba’: 15) “Perkasa Syariah”“Pelan Pemerkasaan Syariah”“Agensi Agama” YB USTAZ DATO’ AHMAD MARZUK SHAARYTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 20/10/2021 Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=427439298943116&id=100050311487174 Sumber: Harakah Daily

Idris yadim
Keratan Akhbar

Perlu bincang dengan JKSM, elak langgar undang-undang – Idris

Idris (tengah) menyampaikan surat tawaran pelatih DMY sambil disaksikan Nasrudin (kanan). – NSTP/OWEE AH CHUN HULU LANGAT: Cadangan mewajibkan sesi kaunseling terhadap pasangan Islam yang hendak memfailkan permohonan cerai, perlu dibincang lebih lanjut dengan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sebelum sebarang keputusan mengenainya dimuktamadkan. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, menyifatkan saranan itu sebagai baik untuk membendung kes perceraian dalam kalangan pasangan Islam, namun ia perlu diteliti bagi mengelakkan sebarang pelanggaran undang-undang sedia ada. “Perkara ini perlu dirujuk dengan JKSM terlebih dahulu kerana mereka lebih tahu. Jika saya beritahu boleh atau tidak boleh (mewajibkan sesi kaunseling), mungkin akan bertentangan dengan undang-undang. “Apatah lagi sekiranya sudah diwajibkan nanti tetapi tidak dilaksanakan pula, ia akan menjadi perkara yang salah. “Oleh itu, isu ini perlu dibincangkan dengan JKSM dan penasihat undang-undang kita terlebih dahulu,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian dan Pelancaran Akademi Dai’e Muda (DMY) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Institut Latihan Dakwah YADIM, di sini, hari ini. Yang turut hadir, Yang Dipertua YADIM, Nasrudin Hassan. Sebelum ini, BH melaporkan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) serta Perikatan Wanita Antarabangsa untuk Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) mencadangkan supaya kerajaan mewajibkan sesi kaunseling kepada pasangan yang hendak memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah, bagi menangani peningkatan kes cerai terutama dalam kalangan pasangan Islam. Ia susulan pendedahan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin, di Dewan Rakyat, baru-baru ini, bahawa kira-kira lima permohonan cerai membabitkan pasangan Islam diterima Mahkamah Syariah seluruh negara, setiap jam ketika pandemik COVID-19 bermula Mac 2020 hingga Ogos lalu. Ditanya mengenai prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti di masjid dan surau termasuk cadangan agar saf kembali dirapatkan untuk solat berjemaah pula, Idris berkata, Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan mengambil pandangan semua pihak berkaitan sebelum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu. Bagaimanapun secara umum, beliau menjelaskan, antara indikator utama akan diambil kira ialah memastikan jemaah lengkap vaksinasi COVID-19. “Selain Sahibus Samahah serta ahli MKI, mesyuarat itu nanti akan turut disertai pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya. Sumber: Berita Harian

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
Keratan Akhbar

PM calls on syariah officers to imbibe ‘Malaysian Family’ spirit

Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob delivers his speech in conjunction with the Unition Nations General Assembly on Sept 25. – Bernama photo KUALA LUMPUR (Sept 29): Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob today urged syariah officers to imbibe the ‘Malaysian Family’ spirit and responsibilities for fair and equitable implementation of Islamic law by placing a high standard in ensuring justice in Islam. He said although the syariah courts in each state of Malaysia had their own and exclusive jurisdiction, this was no obstacle for the institution to move together in the spirit of the ‘Malaysian Family’. “The ‘Malaysian Family’ concept introduced by my administration has placed the interest of society at the top. “The ‘Malaysian Family’ will always compromise, promote understanding, work together for the greater good, avoid destructive conflicts and focus on the goal of equality,” he said when opening the virtual International Syariah Judiciary Conference (PKA) 2021, here, today. Ismail Sabri also wants the syariah judges and officers in this country to have a high level of integrity and to always be calm in making a decision or in carrying out their work and responsibilities. He stressed that they also needed to close ranks and be on the same wavelength with the current leaders to uplift the syariah judicial system in the country. “The spirit of togetherness and consultation is the pillar of the family principles that I wish for, so let’s together bring this to reality in the syariah legal and judicial institution,” he said. The prime minister also suggested that the syariah judicial institution continue to be proactive in exploring new and more effective service norms. These include utilising long-distance communications technology in delivering services by the syariah courts, which is in tandem with the country’s current situation of being in the transition phase of recovery due to the Covid-19 pandemic. The two-day PKA 2021 from today is organised by the Malaysia Department of Syariah Judiciary (JKSM) with the cooperation of the Melaka state government, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (Federal Territories Islamic Religious Department), Melaka Islamic Religious Department and Melaka Syariah Court. Besides Malaysian religious officers, the participants are from Singapore, Palestine, Brunei, Indonesia, Maldives, Papua New Guinea, Australia, Yemen and Qatar. – Bernama Sumber: The Borneo Post

JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Bahasa

Contact Us

Media Sosial Rasmi

© 2025. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Semua hakcipta terpelihara.