Media

RERUAI PAMERAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA DAN SULH SEMPENA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MATAHARI DAN PROGRAM IRIS ANJURAN JABATAN PEMBANGUNAN WANITA TAHUN 2023

2 Februari 2023 | Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) JKSM telah mengambil bahagian dengan membuka reruai pameran sempena Majlis Pelancaran Program MATAHARI (Meningkatkan Daya Tahan dan Psikologi Wanita) dan Program IRIS (Literasi Perundangan dan Hak Wanita) di Dewan Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) anjuran Jabatan Pembangunan Wanita.

Turut terlibat dalam pameran ini ialah Bahagian Sokongan Keluarga Seksyen Wilayah Persekutuan dan Seksyen Sulh, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Reruai pameran ini telah menerima kunjungan yang sangat menggalakkan daripada peserta yang ingin mendapatkan khidmat nasihat berkaitan perkhidmatan BSK dan Sulh di Mahkamah Syariah.

BSK dan Seksyen Sulh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan juga berbesar hati menerima lawatan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan YB Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke reruai BSK pada program hari ini.

Previous Post
Next Post

JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Bahasa

Contact Us

Media Sosial Rasmi

© 2025. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Semua hakcipta terpelihara.