Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) atas Anugerah Kementerian/Agensi Paling Proaktif sempena Anugerah MyGovUC 2.0 0 Tahun 2023 yang berlangsung pada 28 Februari 2023 di INFRA, Bangi.
Untuk makluman, anugerah ini adalah hasil usaha dan inisiatif Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi (BTMK) untuk menggalakkan penggunaan MyGovuc 2.0 secara optimum di kalangan warga JKSM melalui pelbagai mekanisme termasuk klinik-klinik MyGovUC 2.0 yang diadakan secara berkala dan berterusan.
MyGovUC 2.0 adalah perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu Kerajaan yang memudahkan tugasan harian penjawat awam iaitu penggunaan e-mel menggunakan platform Google Workspace(GWS).
Semoga dengan anugerah ini akan menyemarakkan lagi semangat dan memacu JKSM untuk terus cemerlang dalam usaha memberikan perkhidmatan kehakiman syariah di Malaysia.




