Media

KURSUS PENGUATKUASAAN, PELAKSANAAN PERINTAH DAN PERINTAH BERSALING HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH ZON BORNEO DAN ZON UTARA

10 Mei 2023: Bahagian Latihan (BL), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Kursus Penguatkuasaan, Pelaksanaan Perintah dan Perintah Bersaling Hakim Mahkamah Rendah Syariah Zon Borneo Dan Zon Utara kepada Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Zon Borneo dan Zon Utara bermula 9 Mei 2023 hingga 10 Mei 2023.

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu, Tuan Mohd Hirman bin Ab Raub, Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya, Klang Selangor. Kumpulan sasaran peserta wajib bagi kursus kali ini ialah seramai 55 orang Hakim Syarie MRS Zon Borneo dan Zon Utara, iaitu daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) Sarawak, JKSN Sabah, JKSN Perak, JKSN Pulau Pinang, JKSN Kedah dan JKSN Perlis.

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta berhubung kaedah-kaedah dan bentuk-bentuk penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah di Mahkamah Syariah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta/Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah. Selain itu, kursus ini juga bertujuan memberi panduan kepada peserta dalam pendengaran dan penghakiman kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah Mahkamah Syariah dan pengendorsan Perintah Bersaling.

Semua peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang kursus ini berlangsung selama dua hari. Semoga kecekapan para peserta dalam menjalankan tugasan hakiki sebagai Hakim Syarie di MRS akan dapat dipertingkatkan hasil daripada kursus ini.

Previous Post
Next Post

JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Bahasa

Contact Us

Media Sosial Rasmi

© 2025. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Semua hakcipta terpelihara.