Media

LAWATAN INSPEKTORAT SISTEM E-SYARIAH VERSI 3 (ESV3) DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH PASIR PUTIH, KELANTAN

| Seksyen Rekod, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Klasifikasi Fail Urusan Am dan Fungsian Tahun 2024 pada 21-23 Oktober 2024 bertempat di Dewan Tan Sri Ibrahim Lembut, Aras 5, JKSM.

Penceramah dan Fasilitator jemputan adalah dari Arkib Negara Malaysia (ANM) iaitu Puan Hapiza binti Osman, Ketua Seksyen Pengurusan Rekod Elektronik (SPRE) dan Puan Fadzlette Azra binti Fesal, Pegawai Arkib Kanan (SPRE)

Peserta Bengkel terdiri dari Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan Pengurusan, Pengarah Kanan Kehakiman, Pengarah-pengarah Bahagian, Ketua-ketua unit, Pegawai Rekod Jabatan dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan dari setiap bahagian.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk memurnikan klasifikasi fail tahun 2013 JKSM kepada template klasifikasi fail tahun 2018 yang telah disediakan oleh pihak ANM.

,

Previous Post
Next Post

JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Bahasa

Contact Us

Media Sosial Rasmi

© 2025. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Semua hakcipta terpelihara.