Glosari Mahkamah

Glosari Mahkamah

Glossary

All | # A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
A

Aduan
Pengataan yang dibuat secara lisan atau bertulis kepada Hakim bahawa seseorang sama ada diketahui atau tidak diketahui telah melakukan atau bersalah atas sesuatu kesalahan, dengan tujuan supaya tindakan diambil oleh Hakim.

Afidavit
Kenyataan bertulis atas nama seorang yang bersumpah dan menandatangani kenyataan-kenyataan tersebut dan orang itu mesti berupaya membuktikan kenyataan-kenyataannya di mahkamah

Ahli Kariah
Seseorang yang tinggal tetap atau pada kelazimannya bermukim dalam sesuatu kariah masjid.

Akuan
Pernyataan formal di Mahkamah oleh atau bagi pihak seseorang yang dituduh sebagai tindak balas kepada dakwaan yang dibuat terhadapnya.

Anak Sah taraf
Anak yang lahir hasil daripada perkahwinan yang sah menurut hukum syarak.

Anak Tak Sah Taraf
Anak yang lahir hasil daripada perkahwinan yang tidak sah menurut hukum syarak.

Anggapan Kematian
Keadaan di mana tiada terdapat berita dan nafi perkhabaran mengenai kematian atau hidupnya seseorang suami atau isteri yang telah hilang sekurang-kurangnya melebihi 4 tahun.

Arahan Amalan
Suatu dokumen bertulis yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berkaitan dengan prosedur atau polisi yang mana ia perlu diikuti dan dipatuhi oleh mahkamah-mahkamah syariah.

JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Bahasa

[language-switcher]

Hubungi Kami

Media Sosial Rasmi

© 2025. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Semua hakcipta terpelihara.