Author name: jksm_admin

syahirah
02
Program Jabatan

LAWATAN JKSM KE KOMPLEKS KEDIAMAN KAKITANGAN AWAM (KKKA) KLIA

NILAI | YAA Dato’ Haji Mohd. Amran Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah mengadakan lawatan ke Kompleks Kediaman Kakitangan Awam (KKKA), Nilai, Negeri Sembilan pada hari ini.Bersama beliau dalam lawatan tersebut adalah Puan Mazlina Hussain, Pengarah Bahagian Latihan JKSM bersama barisan pegawainya yang terdiri daripada Tuan Mohamad Shahidan Abdul Ghapar (Ketua Penolong Pengarah), Dr. Roziana Mat Amin dan Puan Zurina Musa (Penolong Pengarah Kanan) serta Puan Ira Kartini Chairullah (Penolong Pengarah).Lawatan ke Kem Bina Negara tersebut merupakan susulan lawatan yang dilakukan oleh YB Senator Dato’ Setia Hj Mohd. Na’im Hj Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke kompleks berkenaan pada 18 September 2023.Ia merupakan inisiatif JKSM dalam usaha merealisasikan hasrat kewujudan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia (AKSM).Untuk rekod, cadangan penubuhan AKSM telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja yang ke-216 pada 19 Mac 2009 di Istana Negara.Walaubagaimanapun, hasrat berkenaan tertangguh atas faktor ekonomi.Inisiatif penubuhan AKSM ini telah digerakkan semula pada 2020 untuk mendapatkan peruntukan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan AKSM.Demi mencapai maksud penubuhan tersebut, maka beberapa siri perbincangan dan lawatan telah dilakukan ke beberapa lokasi berbeza di tanah air.

01
Program Jabatan

BENGKEL JADUAL PELUPUSAN REKOD URUSAN FUNGSIAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SARAWAK

14 Februari 2023| Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah mengadakan Bengkel Jadual Pelupusan Rekod Urusan Fungsian bertempat di Hotel Merdeka Palace Kuching. Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan Jadual Pelupusan Rekod Urusan Fungsian khusus bagi JKSS selaras dengan keperluan Ordinan dan undang-undang yang berkuatkuasa di negeri Sarawak. Antara objektif bengkel tersebut ialah:- 1. Memastikan rekod yang bernilai sementara dapat dimusnahkan dengan segera manakala rekod yang bernilai kekal dipindahkan ke Pustaka Negeri Sarawak untuk simpanan kekal. 2. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran menerusi pelupusan rekod secara efisien dan sistematik, menjimatkan perbelanjaan pengurusan sesebuah penjawat awam. 3. Mematuhi keperluan perundangan dengan mengenal pasti serta memisahkan bahan-bahan rekod yang berpotensi untuk dijadikan bahan rujukan dan penyelidikan pada masa akan datang. Bengkel ini turut disertai oleh Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak iaitu Yang Amat Arif Datu Haji Awg. Suhaili bin Ledi, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak iaitu Yang Arif Tuan Abdul Karim bin Haji Mohd Nuli, pegawai dan kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak dan wakil JKSM iaitu Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz (Pengarah BPKR), Puan Sofian binti Ahmad (KPP Seksyen Rekod BPKR) dan Puan Hasmaniza binti Ainullah (Wakil BTMK), serta wakil daripada Pustaka Sarawak iaitu Puan Jeysi Halmi dan En Amrul Nasri Mohammed (Pustakawan).

02
Program Jabatan

JKSM DI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN 2023/1445H

PUTRAJAYA | YAA Dato’ Hj Mohd. Amran Hj Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM bersama barisan 50 orang pegawai/kakitangan komited memeriahkan sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Sambutan Maulidur Rasul dimulakan dengan solat subuh berjemaah dan diteruskan dengan acara perarakan yang diketuai oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj Mohd. Na’im Hj Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Dengan jarak perarakan sepanjang 1.1 km dan disertai oleh 131 kontinjen, sekaligus mengembalikan nostalgia perarakan berkenaan selepas tiga tahun ia tidak diadakan. Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba pada jam 10.00 pagi. Seterusnya, Baginda mencemar duli bagi merasmikan sambutan berkenaan yang dihadiri oleh 6,000 peserta dari pelbagai kementerian dan agensi. Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi serta jemaah menteri merupakan antara kenamaan yang hadir bagi menjayakan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Terdahulu, ucapan aluan telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menekankan peri pentingnya bagi setiap individu berakhlak mulia sepertimana yang dizahirkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW agar perpaduan dan keharmonian dapat terus dipelihara. JKSM seterusnya merakamkan infiniti tahniah kepada YBrs. Prof. Dato’ Dr. Syed Othman bin Syed Husin al-Habshi yang dinobatkan sebagai penerima Augerah Perdana Maulidur Rasul SAW 1445H. Manakala, enam orang tokoh dari pelbagai disiplin ilmu diumumkan sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW. Untuk rekod, sambutan ini turut diserikan dengan persembahan nasyid dan deklamasi puisi. Sebelum majlis perasmian bermula, sesi perkongsian ilmu telah dikendalikan oleh Bell Ngasri dengan penceramah jemputannya terdiri daripada Imam Muda Asyraf dan pempengaruh media sosial, Puan Masitah Mohd. Affandy diadakan di Dewan Perdana, PICC. Kurator Berita Unit Komunikasi Korporat, JKSM

01
Program Jabatan

BENGKEL TINTA SULH SIRI 2 TAHUN 2023

PUTRAJAYA, 21 Februari 2023 – Seksyen Sulh, Bahagian Pendaftaran Keurussetiaan dan Rekod, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan Bengkel Tinta Sulh Siri 2 tahun 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat BPKR dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Tinta Sulh ini merupakan bengkel penulisan yang bertujuan untuk memberi galakkan kepada Pegawai Sulh untuk menulis mengenai apa sahaja tajuk yang mereka suka terutamanya dalam bidang perundangan Syariah. Objektif bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk: a. Melatih peserta secara praktikal dalam penulisan Artikel/Buku yang berkualiti dari segi hukum Syarak dan undang-undang; b. Memberi pendedahan kepada Pegawai Sulh agar menguasai ilmu penulisan; c. Memberikan garis panduan dan latihan penulisan kepada Pegawai Sulh untuk untuk menghasilkan artikel yang mengembangkan idea dan kreativiti Pegawai Sulh secara berterusan dalam penulisan; d. Menjelaskan kepada para peserta kriteria penulisan yang berkualiti dan pencarian sumber rujukan yang dipercayai; e. Menghasilkan Jurnal Sulh Malaysia. Bengkel ini dikendalikan oleh YBrs. Dr. Hendun binti Abd Rahman Shah, Pensyarah Kanan/ Fellow Pelawat di JKSM dibantu oleh fasilitator yang dilantik iaitu YBrs. Dr. Wan Azimin bin Wan Adnan Pegawai Sulh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, YBrs. Dr. Hanifah binti Haydar Ali Tajuddin Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dasar dan Penyelidikan JKSM, dan YBrs. Dr. Roziana binti Mat Amin, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Latihan JKSM untuk menyelia penulisan artikel para peserta. Di awal bengkel ini, para peserta telah diberikan taklimat bengkel oleh Puan Norul Aina binti Bahari, Penolong Pengarah Kanan Seksyen Sulh. Bengkel tersebut telah disertai seramai 30 orang peserta terdiri dalam kalangan Pegawai Sulh seluruh Malaysia secara fizikal dan atas talian (online).Di akhir bengkel dijangka setiap Pegawai Sulh berjaya menulis satu artikel berkaitan perundangan syariah untuk diterbitkan dalam Jurnal Sulh.

01
Program Jabatan

ANUGERAH KEMENTERIAN/AGENSI PALING PROAKTIF SEMPENA ANUGERAH MYGOVUC 2.0

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) atas Anugerah Kementerian/Agensi Paling Proaktif sempena Anugerah MyGovUC 2.0 0 Tahun 2023 yang berlangsung pada 28 Februari 2023 di INFRA, Bangi. Untuk makluman, anugerah ini adalah hasil usaha dan inisiatif Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi (BTMK) untuk menggalakkan penggunaan MyGovuc 2.0 secara optimum di kalangan warga JKSM melalui pelbagai mekanisme termasuk klinik-klinik MyGovUC 2.0 yang diadakan secara berkala dan berterusan. MyGovUC 2.0 adalah perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu Kerajaan yang memudahkan tugasan harian penjawat awam iaitu penggunaan e-mel menggunakan platform Google Workspace(GWS). Semoga dengan anugerah ini akan menyemarakkan lagi semangat dan memacu JKSM untuk terus cemerlang dalam usaha memberikan perkhidmatan kehakiman syariah di Malaysia.

01
Program Jabatan

BENGKEL PEMANTAPAN PELAKSANAAN AUDIT EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

21 Februari 2023 ( SELASA )- Jawatankuasa Latihan EKSA JKSM dengan kerjasama Bahagian khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia JKSM telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Pelaksanaan Audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bertempat di Dewan Tan Sri Ibrahim Bin Lembut, Aras 5, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Putrajaya pada hari ini. Penceramah jemputan bagi bengkel adalah Tuan Wan Mohd Farid bin Wan Mahadzer daripada Kementerian Pembangunan dan kerajaan Tempatan. Bengkel telah dihadiri oleh Jawatankuasa Latihan, Jawatankuasa Audit Dalam EKSA, Jawatankuasa Promosi dan ketua-ketua sektor/zon yang dilantik. Bengkel ini turut dihadiri oleh Tuan Nik Bukhari Hashimy bin Nik Yahya selaku Ketua jawatankuasa Latihan EKSA JKSM. Objektif utama bengkel adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan pelaksanaan audit EKSA di JKSM,menjana idea dan kreativiti dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif. Pengisian bengkel ini meliputi amalan EKSA dari jabatan yang cemerlang, strategi/penambahbaikkan amalan EKSA dan simulasi audit EKSA di zon yang terpilih.

01
Program Jabatan

KUNJUNG HORMAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JKSM KE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

GEORGETOWN, 02 Mei 2023 l YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain; Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bersama YAA Dato’ Muhamad Abdul Karim bin Wahab; Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Dato’ Mohd Sayuthi bin Bakar; Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUKPP) di pejabatnya pada pagi ini di sini. Kunjungan hormat ini merupakan kunjungan rasmi pertama YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain ke SUKPP sejak dilantik sebagai Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM pada 10 April 2023 yang lalu. Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik di antara dua agensi persekutuan dan negeri dalam memberikan perkhidmatan kehakiman syariah yang terbaik di negeri ini. Antara yang dibincangkan juga adalah melibatkan isu-isu penempatan pegawai dan kakitangan persekutuan di negeri ini termasuklah juga melibatkan kecukupan pegawai dan kakitangan di JKSNPP. Selain itu, pertemuan ini juga menjadi platform perkongsian pendapat serta pandangan antara JKSM, JKSNPP dan SUKPP dalam memperkasakan amalan tadbir urus yang baik selaras dengan Nilai Teras Keselamatan Negara yang terkandung dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025. Sejurus selepas itu, YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain; Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM telah berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut dan banjir yang melibatkan kakitangan JKSNPP.

01
Program Jabatan

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG DAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA JKSM KE MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG (MUIP)

PEKAN, 20 Jun 2023: Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah dijemput oleh Jabatan Kehakiman Syariah Pahang ( JKSP ) untuk mengadakan kunjungan hormat ke atas Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang(MUIP) bertempat di Kompleks MUIP bagi membincangkan program promosi dan kesedaran yang boleh dianjurkan bersama antara agensi – agensi di bawah MUIP. Perbincangan telah dipengerusikan oleh YH Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain selaku CEO MUIP. Terdahulu, deligasi yang diketuai oleh YAA Dato’ Haji Abdul Walid bin Haji Abu Hassan telah diberikan penerangan berkaitan fungsi dan peranan MUIP dalam memartabat syiar Islam khususnya di Negeri Pahang. Objektif utama perbincangan ini adalah untuk berkongsi pandangan dan idea kaedah terbaik untuk memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh BSK Seksyen Negeri Pahang dalam urusan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah dan mut’ah khususnya kepada masyarakat Pahang. Turut serta dalam kunjungan hormat ini ialah Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Pengarah Kanan (Kehakiman),Puan Maria binti Jilani, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga JKSM,Tuan Mohd Yusof bin Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah BSK JKSM berserta pegawai dari JKSP dan BSK Seksyen Negeri Pahang.

JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Bahasa

Hubungi Kami

Media Sosial Rasmi

© 2025. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Semua hakcipta terpelihara.