Author name: jksm_admin

syahirah
WhatsApp Image 2021 02 24 at 4.55.58 PM 750x563
Keratan Akhbar

JKSM tiada kuasa bicara kes murtad bukan warganegara

MOHD. Na’im Mokhtar (kiri) menunjukkan kenyataan media penghakiman pertama Mahkamah Utama Syariah Perak yang didengar keputusannya di Ipoh hari ini. – UTUSAN/SHAARANI ISMAIL IPOH: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) tidak mempunyai kuasa untuk membicarakan kes membabitkan wanita Islam bukan warganegara yang tular dalam media sosial baru-baru ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, ini kerana perbuatan itu dipercayai dilakukan individu berkenaan di negara asalnya dan bukan Malaysia. Beliau berkata, tindakan terhadap individu itu hanya boleh diambil sekiranya ia dilakukan di negara ini yang boleh dikenakan tindakan di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1992. “Kalau kesalahan percubaan untuk murtad contohnya, sudah tentu dalam konteks syariah ini tidak melihat kepada negara. Contohnya, kalau ada orang Indonesia atau Arab yang beragama Islam melakukan satu-satu kesalahan dalam negara ini yang jatuh di bawah Enakmen Jenayah Syariah. “Contoh isu khalwat, dia warga Indonesia dan beragama Islam ditangkap di Malaysia, jadi, dia boleh dihukum di bawah undang-undang negara kita. Kita tidak melihat dari mana orang itu selagi dia beragama Islam. “Tetapi, kalau kesalahan itu berlaku melibatkan orang Indonesia,di negara Indonesia (kesalahan murtad), sudah tentulah kita tidak ada bidang kuasa untuk membicarakan.  “Mahkamah Syariah tidak ada bidang kuasa untuk membicarakan perkara tersebut,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar perbicaraan pertama di Mahkamah Utama Syariah Perak di Kompleks Mahkamah Syariah Ipoh, di sini hari ini. . Baru-baru ini tular video yang memaparkan pengakuan seorang lelaki bukan Muslim mendakwa memurtadkan seorang wanita Islam dan berkahwin dengan wanita terbabit yang bukan warga tempatan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, kes itu kini dalam siasatan dan tindakan pihak polis. Mohd. Na’im berkata, tindakan terhadap individu terbabit mungkin boleh diambil oleh mahkamah sivil sekiranya berlaku elemen berkaitan hasutan atau perkara yang menimbulkan rasa ketegangan antara kaum dan huru hara. Sementara itu, mengulas penghakiman Mahkamah Utama Syariah yang telah memulakan sidang pertamanya pada 16 Julai 2020 lalu, Mohd. Na’im berkata, ia telah mencapai keputusan penuh merit rayuan pada hari ini. Beliau berkata, keputusan itu rayuan bantahan awal terhadap rayuan harta sepencarian di Mahkamah Rayuan Syariah. Katanya, keputusan hari ini telah didengari dan dihadiri oleh kedua pihak-pihak bersama peguam masing-masing. “Mahkamah Utama Syariah yang telah ditubuhkan dan diluluskan penubuhannya oleh Dewan Undangan Negeri Perak pada Mei 2018 merupakan hierarki tertinggi mahkamah yang mempunyai bidang kuasa mendengar rayuan daripada keputusan Mahkamah Rayuan Syariah dan keputusan kes ini telah dicapai dan diselesaikan dalam tempoh tujuh bulan bermula daripada pemfailan notis rayuan yang telah dibenarkan,” katanya. -UTUSAN ONLINE Sumber: Utusan Malaysia

933195
Keratan Akhbar

Banyak kes scam poligami babit suami umur 40 tahun ke atas

SCAM poligami yang dibongkarkan oleh Sinar Harian se jak minggu hari lalu membuktikan individu yang terlibat dalam scam berkenaan licik menyalahgunakan kuasa dan prosedur permohonan sehingga mampu memperdayakan pihak mahkamah. Bagi Pejabat Agama Kota Setar, Kedah mereka saban tahun turut menerima kes pasangan yang terlibat dengan scam poligami ini terutamanya melibatan sindiket poligami. Ikuti temubual eksk lusif wartawan Sinar Harian, Roshila Murni Rosli bersama Pe gawai Agama Daerah Kota Setar, Syeikh Ahmad Faisol Omar. Sinar Harian: Adakah kes scam atau penipuan dokumen poligami seperti yang didedahkan Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah (JKSM) turut berlaku di daerah Kota Setar? Syeikh Ahmad Faisol: Scam poligami ini pada dasarnya sudah lama berlaku cuma istilah yang baharu digunakan itu sahaja kita dengar menarik. Tetapi apa yang saya hendak terangkan scam ini bukan sahaja melibatkan poligami malahan juga scam monogami iaitu pernikahan kali pertama. Scammer atau sindiket yang terlibat ini menjadikan scam sebagai hasil pendapatan mereka dan sentiasa mencari mangsa untuk mengaut keuntungan mencecah RM8,000 bagi setiap pasangan. Pasangan yang terlibat pula adalah mereka yang mencari jalan mudah untuk melangsungkan pernikahan yang berpunca daripada sebab-sebab tertentu seperti tidak mendapat restu atau untuk menyembunyikan perkahwinan daripada isteri pertama. Berkaitan kes di daerah Kota Setar, secara purata dianggarkan kira-kira 60 kes dilaporkan setiap tahun berkaitan scam poligami termasuk scam perkahwinan. Namun kami di pihak pejabat agama tidak akan berkompromi dengan sindiket berkenaan. Dan berdasarkan siasatan kita didapati pasangan yang terlibat dengan scam poligami ini berusia 40 tahun ke atas bagi lelaki dan wanita antara 20-30-an Bagaimana pejabat agama dapat mengenal pasti taktik scammer ini? Dalam isu ini kita turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Ketika pasangan ingin melakukan pendaftaran kelahiran, mereka perlu menunjukkan surat nikah terlebih dahulu kepada JPN. Lazimnya sekiranya terdapat keraguan, pihak JPN akan merujuk sijil nikah terbabit kepada mana-mana pejabat agama terlibat untuk mendapatkan kesahihan. Apabila semakan dibuat, ternyata surat nikah berkenaan palsu selain terdapat beberapa ciri sijil yang sangat ketara perbezaannya termasuk tandatangan pendaftar nikah yang meragukan. Keduanya, kita turut menerima surat daripada JIM yang mana mereka memerlukan surat nikah sebagai pengesahan kerana ada pernikahan yang membabitkan rakyat negara jiran seperti Thailand. Jadi apabila terima surat berkenaan kita akan buat semakan. Daripada situ kita dapat mengetahui sama ada ia palsu atau tidak berdasarkan rekod pendaftaran nikah. Apakah masalah yang timbul kesan daripada penipuan perkahwinan ini dan apakah tindakan ke atas mereka? Masalah ini tidak timbul serta merta sebaliknya akan terjadi apabila mereka hendak mendaftarkan kelahiran anak di kemudian hari. Boleh jadi anak yang dilahirkan itu tidak dapat dibinkan kepada nama bapa kerana surat nikah itu palsu atau bagi warganegara luar yang ingin menyambung visa kemungkinan besar mereka tidak akan boleh menyambung visa terbabit. Berkaitan tindakan pula mereka ini boleh dikenakan tindakan kerana berkahwin tanpa kebenaran. Cuma masalah yang timbul sekarang ini adalah pelaku berkenaan tidak berasal dari daerah ini, mereka cuma menggunakan alamat di sini, jadi agak sukar untuk kita ambil tindakan. Akhir sekali saya juga ingin menasihati semua pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan agar tidak terjebak dengan scam ini. Bagi mereka yang ingin berpoligami haruslah melalui Mahkamah Syariah, yang mana Mahkamah Syariah akan mengeluarkan surat kebenaran poligami yang seterusnya perlu dikemukakan kepada pejabat agama untuk mendapatkan kebenaran berkahwin. Saya juga hendak ingatkan bahawa urusan pernikahan hanya boleh dilakukan oleh pejabat agama dan dalam premis pejabat agama sahaja. Jika ada mana-mana individu yang mendakwa boleh membantu anda melaksanakan proses pendaftaran nikah termasuk mendapatkan sijil pernikahan dengan kos mencecah ribuan ringgit jangan percaya, ia adalah sindiket. Sumber: Sinar Harian

Bendera malaysia ilustrasi 140530084157
Keratan Akhbar

Malaysia akan Tindak Sindikat Poligami Ilegal

Sindikat poligami ilegal di Malaysia melakukan penipuan dokumen. Bendera Malaysia (ilustrasi) REPUBLIKA.CO.ID, KUALA LUMPUR— Pemerintah Malaysia akan segera melakukan penyelidikan atas dugaan adanya sindikat poligami yang diklaim dipimpin seseorang dalam sistem pengadilan syariah, dan jika pengacara atau pejabat pengadilan syariah terlibat, maka tindakan tegas akan diambil. “Departemen Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan berbagai pengadilan syariah negara bagian tidak akan berkompromi apapun dengan kegiatan tidak bermoral yang melibatkan personelnya,” kata Menteri Urusan Islam, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dalam sebuah pernyataan yang dikutip di Malay Mail, Senin (4/1). Menteri Urusan Islam menambahkan bahwa JKSM sebagai badan di bawahnya akan bekerja sama dengan pengadilan Syariah negara bagian, Departemen Penegakan Islam negara bagian, polisi dan Komisi Anti Korupsi Malaysia (MACC) untuk mengekang penipuan tersebut.  Wakil Menteri Urusan Islam, Ahmad Marzuk Shaary, mengatakan hal tersebut seharusnya tidak muncul, mengingat tata cara pernikahan poligami di tanah air sudah disederhanakan secara optimal. “Saya tidak yakin apakah ada pejabat (pengadilan) yang terlibat. Jika benar, maka tindakan akan diambil tanpa ragu-ragu. Karena itu juga menyangkut standar operasional prosedur (SOP) pengadilan yang seharusnya ditaati,” ujarnya. Ahmad menambahkan, pasangan yang memilih menikah secara poligami dengan cara seperti ini tanpa mengikuti SOP bukan dilatarbelakangi oleh sulitnya menikah, melainkan didorong oleh niat untuk menikah dengan cara yang salah.  “Mereka yang menikah lewat sindikat ini tak akan luput dari aksi pengadilan. Memang perkawinan itu tidak sesuai dengan hukum dan oleh karena itu dianggap tidak sah,” jelasnya. Sebuah surat kabar Malaysia pada Ahad (3/1) kemarin membeberkan sebuah sindikat yang diduga menyediakan jalan pintas bagi laki-laki yang ingin menikahi satu atau lebih istri tanpa sepengetahuan pasangan pertamanya, dengan menipu pengadilan syariah dengan informasi palsu. Sumber: Republika

928734
Keratan Akhbar

Scam poligami: Zulkifli mahu siasatan dalaman dilakukan

Kenyataan media oleh Zulkifli pada Sabtu. SHAH ALAM – Satu siasatan dalaman akan dilakukan bagi menyiasat tentang kewujudan sindiket poligami dipercayai didalangi orang dalam di institusi kehakiman syariah negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, jika terdapat sebarang aduan penipuan melibatkan kakitangan mahkamah, maka tindakan tegas akan diambil berdasarkan peraturan-peraturan sedia ada penjawat awam. “Pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Mahkamah Syariah Negeri-Negeri sama sekali tidak akan berkompromi dengan perbuatan warganya yang tidak amanah dalam menjalankan tugas dan kewajipan yang diberikan. “Sebagai sebuah agensi di bawah tanggungjawab saya, JKSM selaku agensi penyelaras Mahkamah Syariah di negara ini akan bekerjasama rapat dengan pihak Mahkamah Syariah Negeri-Negeri, Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam mengekang gejala tipuan poligami ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian berhubung sindiket tersebut yang dikesan menyediakan jalan pintas kepada lelaki yang ingin berkahwin lebih daripada satu tanpa pengetahuan isteri pertama. Kegiatan yang digelar ‘scam poligami’ membabitkan penipuan maklumat dalam dokumen permohonan poligami itu dikhuatiri boleh menjejaskan institusi kehakiman syariah di Malaysia jika dibiarkan terus berleluasa. Berdasarkan maklumat yang diperoleh Sinar Harian, pihak yang terlibat dalam scam poligami berkenaan licik menyalahgunakan kuasa dan prosedur permohonan sehingga mampu memperdaya pihak mahkamah. Mengulas lanjut berhubung perkara tersebut, Zulkifli berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pihak JKSM, mereka tidak menolak kemungkinan berlakunya penipuan tersebut. Jelas beliau, ia dilakukan sama ada oleh pemohon sendiri atau oleh ejen luar yang menawarkan khidmat pernikahan sindiket atau oleh Peguam Syarie atau oleh kakitangan mahkamah sendiri. “Merujuk kepada isu penipuan dalam kes permohonan poligami, ianya boleh berlaku sama ada melalui penipuan atau pemalsuan dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah seperti tandatangan isteri sedia dalam akuan penerimaan dokumen mahkamah ataupun penipuan berkenaan alamat sebenar tempat tinggal pemohon. “Penipuan ini, walau dilakukan oleh sesiapapun, adalah merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang,” ujar beliau. Sehubungan itu, beliau meminta agar pihak yang mempunyai sebarang maklumat untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa sama ada kepada pihak PDRM, Bahagian Penguat Kuasa JAIN atau SPRM. Sementara itu, Zulkifli menjelaskan, perkahwinan poligami adalah dibenarkan menurut hukum syarak dan undang-undang dan seseorang yang hendak berpoligami perlu mengemukakan satu permohonan kebenaran berpoligami kepada Mahkamah Syariah berdasarkan Seksyen 23 Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-negeri. Beliau bagaimanapun berkata, Undang-Undang Keluarga Islam menetapkan mana-mana pihak yang berpoligami tanpa mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Syariah adalah melakukan kesalahan dan boleh didakwa di Mahkamah Syariah. Jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. “Undang-undang juga menetapkan bahawa mana-mana perkahwinan, sama ada perkahwinan pertama atau perkahwinan poligami, yang jika dilakukan tanpa mendapat kebenaran oleh pihak berkuasa hendaklah didaftarkan di JAIN. “Sebelum pendaftaran perkahwinan tersebut dapat dilakukan, satu permohonan perlulah dikemukakan kepada Mahkamah Syariah bagi menentukan akad nikah yang dikatakan berlawanan dengan undang-undang tersebut adalah sah menurut hukum syarak ataupun tidak. “Jika ianya sah, Mahkamah Syariah akan mengeluarkan satu perintah untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut,” katanya. Sindiket poligami dipercayai didalangi orang dalam di institusi kehakiman syariah negara dikesan menjadi jalan pintas kepada lelaki yang ingin berkahwin lebih daripada satu tanpa pengetahuan isteri pertama. Kegiatan yang digelar ‘scam poligami’ membabitkan penipuan maklumat dalam dokumen permohonan poligami itu dikhuatiri boleh menjejaskan institusi kehakiman syariah di Malaysia jika dibiarkan terus berleluasa. Berdasarkan maklumat yang diperoleh Sinar Harian, pihak yang terlibat dalam scam poligami berkenaan licik menyalahgunakan kuasa dan prosedur permohonan sehingga mampu memperdaya pihak mahkamah. Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam program Sinar Live bertajuk ‘Pendedahan Scam Poligami’ di Shah Alam malam tadi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak terlibat termasuk memberi amaran dan mengingatkan hakim-hakim, peguam syarie dan kakitangan mahkamah tentang tanggungjawab mereka.. Beliau turut mengesahkan telah menerima aduan berkaitan scam poligami melibatkan tandatangan beberapa minggu lalu. Sumber: Sinar Harian

JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Bahasa

Hubungi Kami

Media Sosial Rasmi

© 2025. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Semua hakcipta terpelihara.