Keratan Akhbar

1639729
Keratan Akhbar

Akaun Pendeposit TH Culas Bayar Nafkah Dicadang Dibekukan

PUTRAJAYA – Akaun pendeposit Tabung Haji (TH) yang culas membayar tuntutan nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak dicadang dibekukan. Ketua Hakim Syarie Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, langkah itu bertujuan memastikan setiap pendeposit yang merupakan bakal jemaah haji bebas daripada sebarang hutang terutama hutang tuntutan nafkah. Beliau berkata, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) akan mengadakan pertemuan dengan Lembaga Tabung Haji minggu depan bagi membincangkan… Sumber: Sinar Harian

01
Keratan Akhbar

Perintah cerai, nafkah serentak jika ada persetujuan bersama

Perintah perceraian dan perintah nafkah hanya boleh dilaksanakan serentak sekiranya mendapat persetujuan bersama antara suami dengan isteri yang memfailkan kes, kata Ketua Hakim Syarie Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Beliau berkata apabila Mahkamah Syariah menerima permohonan perceraian yang disertai dengan persetujuan kedua-dua pihak ke atas perintah nafkah, maka hakim syarie akan mengeluarkan perintah perceraian… Sumber: Malaysia Kini

01
Keratan Akhbar

Hak isteri mahu bercerai tergantung

MOHD. Na’im Mokhtar bercakap dalam sidang akhbar di Kompleks Islam Putrajaya. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA PUTRAJAYA: Perintah perceraian dan nafkah hanya boleh dikeluarkan secara serentak apabila terdapat persetujuan bersama daripada dua pihak yang memfailkan kes tersebut di mahkamah syariah. Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, bagi pasangan yang tidak mencapai persetujuan bersama isu nafkah, perintah perceraian dikeluarkan terlebih dahulu bagi… Sumber: Utusan Malaysia

01
Keratan Akhbar

Selangor, Johor catat kes cerai paling tinggi

KUALA LUMPUR: Kes perceraian pasangan Islam paling tinggi yang direkodkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu membabitkan negeri maju seperti Selangor dan Johor. Daripada keseluruhan 45,420 kes penceraian yang didaftarkan di seluruh negara pada 2021, Selangor mencatatkan 8,811 kes, diikuti Johor 5,058 kes, Perak 4,215 kes dan Kelantan 4,093 kes. Kedah merekodkan 3,873 kes penceraian, Pahang (3,409), Terengganu (3,358), Sabah (3,027), Wilayah Persekutuan (2,785), Negeri Sembilan (2,477), Pulau Pinang (1,932), Melaka (1,597) dan Perlis (785). Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar, berkata pelbagai punca yang mendorong kepada perpisahan pasangan suami isteri iaitu… Sumber: Berita Harian

Pintu masuk sempadan re
Keratan Akhbar

‘Jangan ghairah nikah siam’

KIRA-KIRA 50 ejen terpaksa menutup ‘fail nikah’ di Thailand berikutan la­rangan rentas daerah dan negeri pada sepanjang tempoh PKP. PUTRAJAYA: Umat Islam dinasihat supaya jangan terlalu ghairah untuk berkahwin di sempadan atau di luar negara terutama di Thailand selepas kerajaan membenarkan pintu sempadan negara dibuka semula kerana dibimbangi terjerat dengan sindiket pernikahan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Hakim Syarie, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, mereka yang ingin berpoligami diingatkan tidak memperjudikan hukum hakam kerana sekiranya pernikahan tidak mengikut peraturan atau undang-undang, ia boleh mengakibatkan perkahwinan berkenaan tidak sah. Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menegaskan… Sumber: Utusan Malaysia

Ddvvd
Keratan Akhbar

Ada keluarga lain alasan culas bayar nafkah

JELAS Dr. Mohd. Na’im, tiada persefahaman, masalah kewangan, pengabaian tanggungjawab nafkah, hubungan pihak ketiga dan tekanan emosi menjadi punca utama percaraian. SEMUA orang mendambakan hubungan perkahwinan disulami dengan kebahagiaan sampai ke hujung nyawa, namun setiap yang kita rancang tidak semua akan menjadi kenyataan. Bahtera rumah tangga yang dibina selalu dilanda badai yang deras dan akhirnya tidak dapat menahan asakan berpanjangan dan karam di lautan tidak bertepi. Itu yang cuba dikupas oleh Ketua Hakim Syarie yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Setia Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menerusi kolum Wawancara minggu ini. Beliau membicarakan antara lain soal faktor utama… Sumber: Kosmo

IMG 20211124 WA0018 696x391
Keratan Akhbar

Pemerkasaan wanita melalui pengukuhan institusi keluarga

WALAUPUN kita ada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), agenda pemerkasaan wanita tetap menjadi tumpuan hampir semua kementerian. Hal ini kerana wanita adalah nadi kepada semua sektor penting dalam pembinaan negara.  Selain daripada peruntukan yang besar diberikan kepada golongan wanita dalam Belanjawan 2022, Kerajaan sebelum itu lagi telah meluluskan dan menggazetkan satu rang undang-undang bagi meminda Jadual 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002. Kenapa pindaan-pindaan ini begitu penting untuk memperkasa wanita? Pindaan ini sangat besar maknanya bagi membela bekas isteri dan anak-anak daripada bekas suami atau bapa yang culas dalam pembayaran nafkah dan mut’ah selepas perceraian. Melalui pindaan ini antaranya, perintah Mahkamah Syariah telah diberikan kedudukan yang setaraf dengan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sivil, justeru kesukaran untuk melaksanakan perintah Mahkamah Syariah dalam mengadakan sekatan akaun bank ke atas bekas suami yang culas memberikan nafkah boleh diatasi. Sebelum ini, ramai golongan wanita yang teraniaya kerana walaupun Mahkamah Syariah sudah mengeluarkan perintah sekatan akaun bank, institusi kewangan tidak tertakluk untuk melaksanakan perintah tersebut berdasarkan kedudukan undang-undang sebelum ia dipinda. Usaha bagi membela golongan wanita ini telah dijayakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sebagai salah satu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama. Bahagian Sokongan Keluarga – BSK telah ditubuhkan khusus bagi menangani masalah tunggakan nafkah melalui proses penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah Mahkamah Syariah negeri-negeri di seluruh Malaysia. Terkini, di bawah Piagam COVID-19, agensi-agensi agama komited untuk terus memperkasa institusi kekeluargaan. Alhamdulillah, sehingga 14 November, sebanyak 30 aktiviti telah berjaya dilaksanakan antaranya Diskusi Kekeluargaan Islam, Kelas Tafaqquh Munakahat dan Kursus Asas Rumah Tangga yang kesemuanya tertumpu kepada masyarakat awam bagi memberikan pendedahan berkenaan tanggungjawab dalam berkeluarga dan hak-hak seorang isteri dan wanita.  Berdasarkan perkembangan yang ada, jelas bahawa agenda pemerkasaan wanita tidak sesekali dikesampingkan oleh agensi-agensi agama. Langkah dan inisiatif yang telah dirangka pula akan memberikan fokus kepada strategi pengukuhan institusi keluarga, selaras dengan anjuran Islam melalui hadis Nabi Muhammad S.A.W: Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي “Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku.”  (Riwayat al-Tirmidzi (3895)) Pembinaan Keluarga Malaysia tidak akan sempurna tanpa pengukuhan agenda wanita yang menjadi tiang serinya. Oleh itu, agensi-agensi agama akan terus berusaha merealisasikan agenda pemerkasaan wanita dengan memberikan tumpuan utama kepada pengukuhan institusi keluarga. YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARYTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 24/11/2021 Sumber: Harakah Daily

51637718523 MohdNaim
Keratan Akhbar

Akaun bank suami, bekas suami culas bayar nafkah bakal disekat – JKSM

Mohd Na’im (kiri) menerima penghargaan selepas menjadi panel pembentang Kolokium Perundangan dan Kehakiman Syariah Tahun 2021 di Dewan Bankuet Jabatan Kehakiman Syariah Perak, di Ipoh, 23 Nov 2021. – Foto Sinar Harian IPOH: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) akan ke peringkat seterusnya bagi melaksanakan tindakan sekatan akaun bank kepada suami atau bekas suami yang culas memberi nafkah. Ketua Pengarah JKSM, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, perbincangan bersama Bank Negara dan institusi bank di negara ini telah dibuat sebelum ini bagi merealisasikan perkara tersebut. Menurut Mohd Na’im, ketika ini pihaknya sedang mempersiapkan pegawai Bahagian Sokongan Keluarga (BKS) dengan kemahiran yang betul supaya tidak melakukan kesilapan dalam membuat penguatkuasaan dan pelaksanaan berkaitan sekatan akaun tersebut. “Pemerkasaan kemahiran perlu ada dalam kalangan pegawai ini agar usaha menyekat akaun suami yang culas akan dilaksanakan secara adil dan saksama. “Kita akan pastikan pegawai di BKS yang bertanggungjawab menguatkuasa dan melaksanakan perintah nafkah ini untuk mendapatkan latihan yang secukupnya,” katanya kepada pemberita selepas menjadi panel pembentang Kolokium Perundangan dan Kehakiman Syariah Tahun 2021 di Dewan Bankuet Jabatan Kehakiman Syariah Perak di sini pada Selasa. Perasmian kolokium tersebut disempurnakan Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin mewakili Menteri Besar Perak. Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang. Sementara itu, Mohd Na’im berkata, langkah sekatan akaun itu dilaksanakan bagi memastikan isteri, bekas isteri serta anak tidak dizalimi oleh suami atau bapa yang culas ini. Menurutnya, pelaksanaan tindakan itu merupakan salah satu prosiding hiwalah iaitu pemindahan hutang daripada Penghutang Penghakiman di bawah Akta atau Enakmen Tatacara Mal sedia ada. “Dalam konteks ini, kita bukan sahaja membantu isteri mendapatkan nafkah, malah membantu suami yang culas untuk melaksanakan tanggungjawabnya supaya ia tidak berterusan melakukan kezaliman dengan tidak membayar nafkah. “Sebelum ini, kita banyak menggunakan tatacara yang lain contohnya sita jual ataupun kita ada satu tatacara disebut saman penghutang kehakiman dan kita juga ada cara untuk tahan pendapatan termasuklah perintah komital suami yang culas kerana jelas ingkar perintah mahkamah, ada setengah dihantar ke penjara. “Ini adalah cara-cara bagaimana perintah mahkamah itu dikuatkuasakan termasuk yang akan dilaksana iaitu sekatan akaun,” katanya. Menurut Mohd Na’im, sejak tahun 2016 sebanyak 147 kes suami atau bekas suami culas membayar nafkah walaupun sudah mendapat perintah mahkamah. Pada Isnin, JKSM dalam satu kenyataan memaklumkan suami atau bekas suami yang culas memberi nafkah kini berdepan tindakan sekatan akaun bank selepas pindaan terhadap Jadual 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 diluluskan dan digazetkan pada 10 Februari lalu. Pindaan pada perenggan lima Jadual 11 itu memasukkan pematuhan dan penzahiran maklumat bawah hiwalah iaitu pemindahan hutang daripada Penghutang Penghakiman kepada pihak ketiga iaitu institusi kewangan kepada Pemiutang Penghakiman. Selain itu, perenggan enam jadual sama berhubung penzahiran maklumat pemilik akaun di institusi kewangan melalui perintah mahkamah, tidak kurang daripada Mahkamah Sesyen turut diperluaskan kepada perintah dikeluarkan Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Berikutan pindaan itu, perintah hiwalah dikeluarkan mana-mana peringkat Mahkamah Syariah boleh dilaksanakan institusi kewangan berdasarkan kepada peruntukan undang-undang berkuatkuasa. Sumber: Sinar Harian

JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Bahasa

Hubungi Kami

Media Sosial Rasmi

© 2025. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Semua hakcipta terpelihara.