Bahagian Sokongan Keluarga
Objektif BSK:
Terdapat 2 jenis pendaftaran kes MAL yang boleh dibuat di Mahkamah Syariah iaitu TUNTUTAN ialah tiap – tiap tindakan atau prosiding kes MAL yang dimulakan dengan saman beserta penyata tuntutan. PERMOHONAN ialah tiap – tiap tindakan atau prosiding kes MAL yang dimulakan dengan notis permohonan beserta afidavit sokongan.
Perceraian yang terdapat di dalam Akta/Enakmen/Ordinan Undang – Undang Keluarga Islam Negeri yang sedang berkuatkuasa di negeri – negeri adalah seperti berikut: Akat/Enakmen/Ordinan Undang – Undang Keluarga Islam Negeri telah memperuntukkan bahawa semua lafaz talaq hendaklah dilafazkan di hadapan Mahkamah dan dengan Kebenaran Mahkamah. Adalah menjadi kesalahan sekiranya lafaq talaq tersebut dilafazkan di luar Mahkamah dan Tanpa Kebenaran Mahkamah
Mengikut Undang – Undang Keluarga Islam yang sedang berkuatkuasa di semua negeri di Malaysia, permohonan kebenaran berkahwin hendaklah memohon melalui pejabat Pendaftaran Nikah, Cerai dan Rujuk di mana tempat perempuan itu bermastautin. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kes yang perlu dirujuk oleh Pendaftar Nikah kepada Mahkamah Syariah untuk tindakan Hakim Syarie bagi mengeluarkan kebenaran berkahwin.
Di antara yang boleh dituntut oleh isteri dalam tempoh perkahwinannya ialah:
Hubungan kekeluargaan dalam sistem rumahtangga Islam tidak terhenti setakat lafaz cerai dilafazkan. Sistem kekeluargaan dalam Islam amat sempurna dan adil kepada semua pihak dikalangan ahli keluarga. Sungguhpun ikatan pernikahan telah putus akibat jatuh talaq, Islam masih memberi ruang kepada pasangan suami isteri untuk terus berhubungan diantara satu sama lain dengan batas-batas pergaulan yang diharuskan oleh Hukum Syara’. Matlamat ini amat murni bagi memastikan hak-hak bekas suami isteri dan anak-anak dilindungi.