Author name: jksm_admin

syahirah
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

Bilangan Transaski Perkhidmatan Dalam Talian 2018

Bilangan Transaksi Bagi Setiap Perkhidmatan Dalam Talian Bagi Tahun 2018 Yang Disediakan: Maklumat bilangan transaksi dalam talian yang ditawarkan oleh JKSM dikemaskini secara bulanan Bil. Nama Perkhidmatan Dalam Talian Bilangan Transaksi Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis JUMLAH 1. Pra Pendaftaran Kes Mal – (Portal E-Syariah) 0 0 0 0 0 0 0 0 0       0 2. MySMS Lokasi Mahkamah 5 1 0 2 0 0 2 5 0 0     15 3. MySMS Kod Kes 2 0 0 0 0 0 1 0 0 1     4 4. MySMS Status Kes 0 0 0 0 0 0 0 4 2 2     8 5. Aduan/Maklumbalas Melalui Laman Web 11 10 15 13   10 23           92 6. Sistem Pengurusan Latihan Elektronik (ETMS) 0 0 0 158 57 0 27 31   0     273 7. Sistem Pertukaran Pegawai dan Kakitangan JKSM (SPPK) 10 8 7 6 7 4 6 4 9 4     67 8. Pembaharuan Sijil Amalan – (Portal E-Syariah) 0 0 0 2 0 0 2 48 35       87 9. Pengemaskinian Maklumat Peguam Syarie – (Portal E-Syariah) 1 1 0 2 1 0 2 1 2       10   JUMLAH 29 20 22 193 65 14 73 93 48 7       * Sistem Pertukaran Pegawai dan Kakitangan JKSM (SPPK) mula beroperasi pada bulan Julai 2014 * Penyelenggaraan aplikasi di dalam Portal E-Syariah dilaksanakan sehingga bulan Mei 2014 dan mula beroperasi semula pada bulan Jun 2014 * Paparan maklumat berdasarkan arahan “Paparan Kemajuan Pelaksanaan Perkhidmatan Online Di Sektor Awam” oleh Ketua Pengarah MAMPU pada 21 Januari 2010, dan dipantau dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kandungan Sektor Awam (ICON) MAMPU

MUJAHIT YUSOF RAWA MUZAKARAH PENASIHAT SYARIAH
Keratan Akhbar

‘Sekatan bank jika bekas suami degil’

DATUK Dr Mujahid Yusuf Rawa. FOTO Arkib NSTP TINDAKAN lebih tegas sedang dipertimbangkan kerajaan termasuk cadangan mengenakan sekatan bank terhadap bekas suami yang ‘culas’ memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak selepas perceraian. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, kerajaan sedang memperincikan pelaksanaan penguat kuasaan keadilan syariah yang memberi tumpuan kepada wanita yang diceraikan dan tidak mendapat pembelaan. “Kebanyakan wanita tidak ada tempat untuk mengadu, jadi kita melihat keperluan penguat kuasaan kepada wanita yang tidak diberikan keadilan dari sudut nafkah yang sudah diputuskan mahkamah syariah. “Perkara itu sudah dibincang di peringkat Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), dibincang peringkat kami, dan saya harap penguat kuasaan itu perlu dipertingkatkan contohnya mengenakan sekatan bank. “Jadi kita perlukan penguat kuasaan ke atas suami yang liat untuk membayar nafkah kepada bekas isteri mereka,” katanya kepada pemberita selepas program Town Hall Maqasid: Tadbir Urus Maqasid Syariah di Putrajaya, hari ini. Ditanya jumlah dan peratusan lelaki yang gagal membayar nafkah seperti diperintahkan mahkamah, katanya, beliau tidak mempunyai statistik itu, namun tidak menafikan jumlahnya ramai. “Ramai yang terbabit dalam hal ini berdasarkan aduan yang diterima daripada bekas isteri yang tidak dibela kerana kegagalan dan kecuaian suami untuk membayar nafkah yang sudah diputuskan mahkamah. “Jadi kita perlu ada penguat kuasaan lebih tegas agar mereka tahu bahawa keputusan mahkamah perlu dihormati dan kalau mereka tidak buat akan ada tindakan penguat kuasaan ke atas diri mereka,” katanya. Sumber: Harian Metro

JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Bahasa

Contact Us

Media Sosial Rasmi

© 2025. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Semua hakcipta terpelihara.