Program Jabatan

01
Program Jabatan

MAJLIS KHATAM QURAN , TAHLIL ARWAH, PERTANDINGAN HAFAZAN, NASYID DAN SUMBANGAN IFTAR ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN JKSM DENGAN KERJASAMA PUSPANITA CAWANGAN KECIL JKSM 2023

14 April 2023| Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) JKSM dengan kerjasama Puspanita Cawangan Kecil JKSM telah menganjurkan Majlis Khatam Quran dan Tahlil Arwah Tahun 2023 bertempat di Dewan Tan Sri Ibrahim Lembut, JKSM. Majlis telah dirasmikan oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM. Usai Majlis Khatam Quran dan Tahlil Arwah tersebut, program diserikan lagi dengan pertandingan hafazan dan nasyid yang disertai oleh pegawai dan kakitangan JKSM. Antara aktiviti yang turut diadakan pada majlis hari ini ialah Penyerahan Bantuan Infak Ramadan & Hari Raya Aidilfitri Kelab Bukit Perdana (JPM) oleh KKS kepada 27 orang penerima yang telah diluluskan permohonan mereka baru-baru ini. Sumbangan berupa wang tunai RM400 dan bakul makanan (barangan keperluan asas) kepada setiap penerima. Sebagai penutup program, di sebelah petangnya, KKS telah menaja nasi arab & bubur lambuk sebagai menu iftar dan mengedarkannya kepada semua warga JKSM. Puspanita JKSM juga turut menghadiahkan bunga telur dan juadah tepung pelita kepada semua. Tahniah diucapkan kepada semua barisan exco KKS dan Puspanita yang terlibat!

01
Program Jabatan

MAJLIS PENUTUPAN KONVENSYEN SEMPENA IJTIMAK PERDANA AGENSI AGAMA SELURUH MALAYSIA (IJPAM) 2023

KOTA KINABALU| YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM telah menghadiri Majlis Penutupan Konvensyen Sempena Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM SABAH 2023) anjuran JAKIM, Agensi Agama Islam Sabah dan Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) dengan tema “Transformasi Pengurusan Hal Ehwal Islam dalam Era Malaysia Madani” bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu, Sabah. . Majlis ini dimulakan dengan ucapan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan ucapan alu-aluan oleh YAB Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji bin Hj. Noor. Manakala Majlis perasmian penutupan konvensyen ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. . Semoga konvensyen seumpama ini dapat membumi dan meningkatkan, sekali gus menjelmakan pengurusan hal ehwal agama Islam di seluruh Negara supaya selaras dengan konsep Malaysia Madani.

01
Program Jabatan

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA WARGA KELAB KEBAJIKAN & SUKAN ANJURAN BIRO KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN BAGI SESI 2024/2026

| Seksyen Sulh, Bahagian Pendaftaran Keurussetiaan dan Rekod, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan Bengkel Penyediaan Buku Panduan Kit Pembimbing Sulh Komuniti Cakna Syariah Lestari Madani yang telah berlangsung pada 9 hingga 11 Mei 2025 bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Arif Tuan Haji Mohd Asri bin Tahir, Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan. Bengkel selama tiga hari ini melibatkan Pegawai-Pegawai Sulh dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Objektif bengkel ini adalah untuk membangunkan sebuah buku panduan komprehensif bagi digunakan oleh Rakan Sulh Komuniti (RSK) dalam memperkasakan program advokasi, sokongan dan intervensi awal terhadap isu-isu kekeluargaan dalam komuniti selaras dengan pendekatan penyelesaian secara aman (Sulh) mengikut prinsip syariah. Peserta telah digerakkan dalam beberapa sesi perbincangan, sumbang saran dan penulisan draf kandungan buku panduan. Antara perkara yang diberi penekanan termasuklah struktur modul, senario kes komuniti, teknik bimbingan awal, komunikasi efektif dan aspek pematuhan syariah dalam pelaksanaan RSK. Puan Juhaida binti Omar dari Seksyen Sulh, BPKR, JKSM telah hadir sebagai wakil jemputan dari JKSM dan turut memberikan pandangan serta input sepanjang sesi bengkel berlangsung.. Inisiatif ini dilihat sebagai satu usaha proaktif yang mampu memperluas keberkesanan amalan penyelesaian pertikaian secara alternatif (ADR) dalam komuniti serta memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara institusi kehakiman syariah dan masyarakat. Seksyen Sulh komited untuk terus menyokong dan menyumbang kepakaran dalam sebarang inisiatif pembangunan modul dan program pemerkasaan komuniti ke arah sebuah sistem perundangan syariah yang lestari, progresif dan inklusif. ,

01 1024x768
Program Jabatan

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA JUBLI PERAK KALI KE-3 BIL 1 TAHUN 2023

10 Januari 2023 | Seksyen Rekod, Bahagian Pendaftaran, Keurussetiaan dan Rekod (BPKR), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan mesyuarat Jawatakusa Kerja Sambutan Jubli Perak Kali Ke-3 Bil 1 Tahun 2023. Mesyuarat kali ini membentangkan keseluruhan cadangan program yang akan dianjurkan sepanjang tahun 2023 bersempena Sambutan Jubli Perak JKSM. Terlebih dahulu Ketua Pendaftar JKSM, Tuan Hj Nassir Bin Hj Abdul Aziz yang mempengerusikan mesyuarat tersebut mengucapkan selamat tahun baharu 2023 kepada ahli mesyuarat dan berharap tahun baharu ini memberikan semangat dan azam yang baru dalam melaksanakan pelbagai program jabatan pada tahun ini termasuk Sambutan Jubli Perak JKSM ini. Pelbagai program menarik telah disusun dan mesyuarat berharap dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat mencapai matlamat sebagai suatu platform mempromosi perkhidmatan JKSM dan mengeratkan ukhuwwah di kalangan warga JKSM secara amnya. Mesyuarat jawatankuasa kerja ini telah dihadiri oleh Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan (Pengurusan) dan jawatankuasa kerja yang telah dilantik.

03
Program Jabatan

SESI BENGKEL PENGURUSAN KES ESV3 (MODUL PENDAFTARAN/PENGURISAN KES,SEMAKAN,RAYUAN DAN PENGURUSAN DOKUMEN) ZON 1 TAHUN 2023

27 FEBRUARI 2022 | Satu Bengkel Pengurusan Kes ESV3 (Modul Pendaftaran/Pengurusan Kes, Semakan, Rayuan, Dan Pengurisan Dokumen) (Zon 1) merangkumi peserta dari negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Negeri Sembilan. Bengkel yang diadakan di Bilik Latihan Komputer, Aras 4, Blok C, Kompleks Islam Putrajaya ini melibatkan seramai 40 orang peserta dari 4 negeri Zon 1. Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz selaku Pengarah BPKR mengalukan kehadiran para peserta dan berharap agar peserta dapat mempelajari tatacara penggunaan sistem ESV3 tersebut untuk diaplikasikan di negeri masing-masing. Sesi latihan yang bermula 27 Februari hingga 1 Mac 2023 ini bertujuan melatih para peserta tentang tatacara pengguna sistem E-Syariah versi 3 yang telah dibangunkan oleh pasukan projek ESV3. Untuk rekod, Sistem ESV3 ini telah mula Go Live di seluruh Mahkamah Syariah Bermula 30 September 2022.

01
Program Jabatan

MAJLIS PERASMIAN TILAWAH & HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA 2023

KUALA LUMPUR | YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM bersama isteri Datin Asmah binti Musa menghadiri Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-63 Tahun 1445H / 2023M yang bermula pada 19 – 24 Ogos 2023 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. . Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10 bertemakan “Perpaduan Teras Malaysia Madani”. . Seramai 72 orang peserta terpilih dari 110 orang peserta dengan penglibatan dari 51 buah negara menyertai MTHQA Ke-63 kali ini yang akan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bertarannum dan hafazan setelah melalui 2 kali saringan yang dibuat secara atas talian pada bulan Mei dan Julai yang lalu. . Seramai 20 orang panel jemaah hakim yang pakar dalam bidang masing-masing akan mengadili majlis tilawah dan hafazan al-Quran pada tahun ini. . Nabi Muhammad SAW bersabda: خَيرُكُم من تعلَّمَ القرآنَ وعلَّمَهُ (رواه البخاري). Siiru ‘Ala Barakatillah.

01
Program Jabatan

MAJLIS PENUTUPAN IJPAM SABAH 2023

KOTA KINABALU | YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM telah berpeluang hadir ke Majlis Penutupan Ijtimak Perdana Agensi Agama seluruh Malaysia (IJPAM) 2023 bertempat di Kompleks Sukan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah. Majlis dimulakan dengan perarakan barisan kontinjen peserta IJPAM dari negeri-negeri dan agensi² agama Persekutuan. Majlis perasmian penutupan IJPAM 2023 telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Semoga IJPAM 2023 ini dapat mengeratkan hubungan erat kerjasama antara agensi-agensi agama di peringkat Persekutuan dan Negeri. In Shaa Allah berjumpa kembali di IJPAM 2025 di Negeri Johor Darul Takzim.

01
Program Jabatan

PELAN OPERASI LATIHAN TAHUN 2025

| Yang Amat Berhormat Yang Amat Arif Dato’ Haji Muhammad Khaldun bin Mohamad Sharif, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor telah mengetuai satu kunjungan hormat ke Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, bertempat di Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor. Kunjungan ini turut disertai oleh delegasi dari Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang diketuai oleh Puan Maria binti Jilani bersama pegawai kanan BSK JKSM dan BSK Seksyen Negeri Johor. Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Fared bin Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor dalam ucapan pembukaan merakamkan perhargaan atas komitmen kerjasama di antara agensi negeri dan persekutuan dalam usaha memperkasa perundangan syariah khususnya di Negeri Johor. Pertemuan ini membuka ruang dialog dua hala yang konstruktif dalam aspek pembangunan institusi kekeluargaan Islam. Antara fokus perbincangan adalah inisiatif pemerkasaan sistem sokongan keluarga melalui program pendidikan masyarakat berasaskan nilai kekeluargaan Islam, serta penganjuran program Literasi Undang-Undang Syariah yang bakal dilaksanakan awal Jun 2025. Selain itu,Yang Berhormat turut berkongsi pengalaman pengurusan hal ehwal melibatkan orang Islam serta cadangan penambahbaikkan sistem pentadbiran agar perkhidmatan yang disediakan kerajaan memberi manfaat yang optimum kepada rakyat.

JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Bahasa

Contact Us

Media Sosial Rasmi

© 2025. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Semua hakcipta terpelihara.