Author name: jksm_admin

Program Jabatan

PERSIDANGAN PEMERKASAAN INTEGRITI BERSAMA KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM, KETUA AUDIT NEGARA DAN PENGERUSI JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA [PUBLIC ACCOUNTS COMMITTEE] (PAC) PARLIMEN 2023

SEPANG- YAA. Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM telah menghadiri Persidangan Pemerkasaan Integriti bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Audit Negara dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara [Public Accounts Committee] (PAC) Parlimen yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Dewan Mentari, Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Kompleks TH, Sepang, Selangor Darul Ehsan. . Objektif penganjuran persidangan ini adalah untuk menyemarak prinsip tatakelola yang terbaik dan semangat akauntabiliti yang tinggi terhadap aspek pengurusan wang awam, selain menambah baik tindakan susulan oleh Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan berhubung isu-isu auditan yang telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN). . Persidangan dimulakan dengan ikrar integriti. Diikuti dengan ucaptama persidangan oleh KPPA. . Terdapat dua kertas kerja yang dibentangkan, pertama kertas daripada Timbalan Ketua Audit Negara dan kertas ke-2 dibentangkan oleh Pengerusi PAC Parlimen Malaysia, kemudian persidangan ditutup dengan sesi soal jawab bersama ahli-ahli panel.

Program Jabatan

MEREALISASIKAN WAwasan KEILMUAN: PROJEK AKSM DIMULAKAN

| Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menerima kunjungan rasmi delegasi Bangsamoro Attorney General’s Office (BAGO), Filipina, sempena program Public Policy & Syariah Law Programme yang berlangsung dari 27 April hingga 1 Mei 2025. Delegasi seramai 18 orang peserta ini diketuai oleh Atty. Bantuas M. Lucman, Bangsamoro Attorney General. Turut serta adalah pegawai kanan dari BAGO, pegawai dari Bangsamoro Planning and Development Authority (BPDA), serta urus setia dari Universiti Malaya. Bagi pihak JKSM, sesi lawatan ini telah disambut mesra oleh YAA Dato’ Mohd Shukor Sabudin, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah selaku Pengerusi lawatan dan taklimat, bersama barisan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah iaitu YA Puan Hajah Noor Hadina Ahmad Zabidi, YA Datuk Mohd Radzi Ab. Latif, dan YA Dato’ Mohd Nadzri Abdul Rahman. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Noor Huda binti Roslan, Pengarah Bahagian Latihan JKSM, yang memperincikan struktur, dasar dan evolusi sistem kehakiman Syariah di Malaysia. Manakala sesi dialog turut dihadiri oleh YBhg. Dr. Jazilah Mohd Saad, Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan JKSM, serta Puan Maria binti Jilani, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga JKSM, bersama barisan pegawai kanan jabatan. Delegasi turut dibawa melawat ke Galeri Kehakiman Syariah, JKSM yang dikendalikan oleh Bahagian Pendaftaran, Keurussetiaan dan Rekod JKSM. Lawatan ini memberikan pendedahan kepada sejarah, perkembangan institusi serta peranan JKSM dalam memperkasa sistem perundangan Islam di Malaysia. Program ini merupakan salah satu komponen penting dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi keadilan Syariah Malaysia dan komuniti perundangan antarabangsa, khususnya dari rantau ASEAN.

Program Jabatan

MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

14 April 2023| Satu Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah diadakan pada tengahari ini bertempat di Pejabat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM telah menerima Nota Serah Tugas terbabit daripada YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang juga merupakan mantan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM dari April 2019 sehingga Dec 2022. YAA Dato’ Haji Mohd Amran dilantik sebagai Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie secara rasmi pada 10 April 2023. Turut hadir dalam sesi tersebut ialah YBrs. Tuan Haji Nassir bin Abd Aziz; Ketua Pendaftar JKSM dan Tuan Shaiful Azli bin Jamaludin, Ketua Unit Komunikasi Korporat JKSM.

Program Jabatan

POLISI DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN JKK JKSM

| Seramai 41 warga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Agensi Hal Ehwal Agama Tahun 2024 yang berlangsung penuh gemilang di Hotel Everly, Putrajaya. Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diiringi bersama Timbalan Menteri, YB Dr. Zulkifli Hasan, dengan disaksikan oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM. Penganjuran majlis ini merupakan kolaborasi bersama antara agensi-agensi Hal Ehwal Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri dan bertujuan untuk menghargai serta memberi pengiktirafan kepada penjawat awam yang menunjukkan prestasi luar biasa, dedikasi tinggi dan komitmen berterusan dalam perkhidmatan. Keseluruhan adalah seramai 377 warga agensi Hal Ehwal Agama yang diraikan dimana ia merupakan simbol kecekalan, integriti dan itqan mereka! JKSM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 atas kecemerlangan yang ditunjukkan. Semoga kecemerlangan ini terus subur dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja JKSM dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan. “ .”

Program Jabatan

MAJLIS KHATAM QURAN , TAHLIL ARWAH, PERTANDINGAN HAFAZAN, NASYID DAN SUMBANGAN IFTAR ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN JKSM DENGAN KERJASAMA PUSPANITA CAWANGAN KECIL JKSM 2023

14 April 2023| Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) JKSM dengan kerjasama Puspanita Cawangan Kecil JKSM telah menganjurkan Majlis Khatam Quran dan Tahlil Arwah Tahun 2023 bertempat di Dewan Tan Sri Ibrahim Lembut, JKSM. Majlis telah dirasmikan oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM. Usai Majlis Khatam Quran dan Tahlil Arwah tersebut, program diserikan lagi dengan pertandingan hafazan dan nasyid yang disertai oleh pegawai dan kakitangan JKSM. Antara aktiviti yang turut diadakan pada majlis hari ini ialah Penyerahan Bantuan Infak Ramadan & Hari Raya Aidilfitri Kelab Bukit Perdana (JPM) oleh KKS kepada 27 orang penerima yang telah diluluskan permohonan mereka baru-baru ini. Sumbangan berupa wang tunai RM400 dan bakul makanan (barangan keperluan asas) kepada setiap penerima. Sebagai penutup program, di sebelah petangnya, KKS telah menaja nasi arab & bubur lambuk sebagai menu iftar dan mengedarkannya kepada semua warga JKSM. Puspanita JKSM juga turut menghadiahkan bunga telur dan juadah tepung pelita kepada semua. Tahniah diucapkan kepada semua barisan exco KKS dan Puspanita yang terlibat!

Program Jabatan

MAJLIS PENUTUPAN KONVENSYEN SEMPENA IJTIMAK PERDANA AGENSI AGAMA SELURUH MALAYSIA (IJPAM) 2023

KOTA KINABALU| YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM telah menghadiri Majlis Penutupan Konvensyen Sempena Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM SABAH 2023) anjuran JAKIM, Agensi Agama Islam Sabah dan Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) dengan tema “Transformasi Pengurusan Hal Ehwal Islam dalam Era Malaysia Madani” bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu, Sabah. . Majlis ini dimulakan dengan ucapan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan ucapan alu-aluan oleh YAB Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji bin Hj. Noor. Manakala Majlis perasmian penutupan konvensyen ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. . Semoga konvensyen seumpama ini dapat membumi dan meningkatkan, sekali gus menjelmakan pengurusan hal ehwal agama Islam di seluruh Negara supaya selaras dengan konsep Malaysia Madani.

Program Jabatan

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA WARGA KELAB KEBAJIKAN & SUKAN ANJURAN BIRO KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN BAGI SESI 2024/2026

| Seksyen Sulh, Bahagian Pendaftaran Keurussetiaan dan Rekod, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan Bengkel Penyediaan Buku Panduan Kit Pembimbing Sulh Komuniti Cakna Syariah Lestari Madani yang telah berlangsung pada 9 hingga 11 Mei 2025 bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Arif Tuan Haji Mohd Asri bin Tahir, Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan. Bengkel selama tiga hari ini melibatkan Pegawai-Pegawai Sulh dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Objektif bengkel ini adalah untuk membangunkan sebuah buku panduan komprehensif bagi digunakan oleh Rakan Sulh Komuniti (RSK) dalam memperkasakan program advokasi, sokongan dan intervensi awal terhadap isu-isu kekeluargaan dalam komuniti selaras dengan pendekatan penyelesaian secara aman (Sulh) mengikut prinsip syariah. Peserta telah digerakkan dalam beberapa sesi perbincangan, sumbang saran dan penulisan draf kandungan buku panduan. Antara perkara yang diberi penekanan termasuklah struktur modul, senario kes komuniti, teknik bimbingan awal, komunikasi efektif dan aspek pematuhan syariah dalam pelaksanaan RSK. Puan Juhaida binti Omar dari Seksyen Sulh, BPKR, JKSM telah hadir sebagai wakil jemputan dari JKSM dan turut memberikan pandangan serta input sepanjang sesi bengkel berlangsung.. Inisiatif ini dilihat sebagai satu usaha proaktif yang mampu memperluas keberkesanan amalan penyelesaian pertikaian secara alternatif (ADR) dalam komuniti serta memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara institusi kehakiman syariah dan masyarakat. Seksyen Sulh komited untuk terus menyokong dan menyumbang kepakaran dalam sebarang inisiatif pembangunan modul dan program pemerkasaan komuniti ke arah sebuah sistem perundangan syariah yang lestari, progresif dan inklusif. ,

Program Jabatan

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA JUBLI PERAK KALI KE-3 BIL 1 TAHUN 2023

10 Januari 2023 | Seksyen Rekod, Bahagian Pendaftaran, Keurussetiaan dan Rekod (BPKR), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan mesyuarat Jawatakusa Kerja Sambutan Jubli Perak Kali Ke-3 Bil 1 Tahun 2023. Mesyuarat kali ini membentangkan keseluruhan cadangan program yang akan dianjurkan sepanjang tahun 2023 bersempena Sambutan Jubli Perak JKSM. Terlebih dahulu Ketua Pendaftar JKSM, Tuan Hj Nassir Bin Hj Abdul Aziz yang mempengerusikan mesyuarat tersebut mengucapkan selamat tahun baharu 2023 kepada ahli mesyuarat dan berharap tahun baharu ini memberikan semangat dan azam yang baru dalam melaksanakan pelbagai program jabatan pada tahun ini termasuk Sambutan Jubli Perak JKSM ini. Pelbagai program menarik telah disusun dan mesyuarat berharap dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat mencapai matlamat sebagai suatu platform mempromosi perkhidmatan JKSM dan mengeratkan ukhuwwah di kalangan warga JKSM secara amnya. Mesyuarat jawatankuasa kerja ini telah dihadiri oleh Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan (Pengurusan) dan jawatankuasa kerja yang telah dilantik.

JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Bahasa

[language-switcher]

Hubungi Kami

Media Sosial Rasmi

© 2025. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Semua hakcipta terpelihara.