Author name: jksm_admin

syahirah
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian

Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online JKSM 2020

Bilangan Transaksi Bagi Setiap Perkhidmatan Online Bagi Tahun 2020 Yang Disediakan: Maklumat bilangan transaksi Online yang ditawarkan oleh JKSM dikemaskini secara bulanan Bil. Nama Perkhidmatan Online Bilangan Transaksi Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis JUMLAH 1. Pra Pendaftaran Kes Mal – (Portal E-Syariah) 0 0 0 0 0 0 0  0 0  0 0 0 0 2. Aduan/Maklumbalas Melalui Laman Web                           5. Pembaharuan Sijil Amalan – (Portal E-Syariah)  0  0  0 0  0  0  0 0  0  0  0 1  1 6. Pengemaskinian Maklumat Peguam Syarie – (Portal E-Syariah) 0  0  0  0 0  0  0  0  0  0 2 1  3   JUMLAH                         * Paparan maklumat berdasarkan arahan “Paparan Kemajuan Pelaksanaan Perkhidmatan Online Di Sektor Awam” oleh Ketua Pengarah MAMPU pada 21 Januari 2010, dan dipantau dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kandungan Sektor Awam (ICON) MAMPU

ABDUL RAHMAN JUNAIDI WARISAN
Keratan Akhbar

Sarawak perketat syarat kahwin bawah umur

MENTERI Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. KUCHING: Kebenaran perkahwinan bagi pasangan bawah umur membabitkan masyarakat Islam di negeri ini tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira aspek emosi, fizikal dan kesediaan untuk berumah tangga. Keseluruhannya, jumlah pasangan Islam bawah umur yang dibenarkan berkahwin di negeri ini menunjukkan penurunan iaitu 114 individu pada tahun lalu berbanding 127 individu pada 2017. Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, berkata Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak sudah menerima pakai prosedur operasi standard (SOP) Permohonan Perkahwinan Bawah Umur dikeluarkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). “SOP itu menyediakan garis panduan kepada Hakim Syarie membuat penilaian sebelum memberi kebenaran bagi permohonan perkahwinan bawah umur. Ia mengambil kira kemampuan, kesihatan dan pendidikan selaras dengan undang-undang syarak,” katanya kepada BH, di sini hari ini. Dr Abdul Rahman ketika mengulas lanjut, bagi tempoh 2018 hingga kini, lelaki Islam dibenarkan berkahwin pada usia 17 tahun berjumlah 30 orang; berusia 16 tahun (7 orang) dan berusia 15 tahun (seorang). “Bagi tempoh yang sama, perempuan Islam yang dibenarkan berkahwin pada usia 16 tahun ialah 60 orang, diikuti 15 tahun (52 orang), 14 tahun (14 orang) dan 13 tahun (seorang). Mengikut Seksyen 7 Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Sarawak, 2001, perkahwinan membabitkan lelaki berumur kurang daripada 18 tahun dan perempuan berumur kurang 16 tahun perlu mendapatkan kebenaran Hakim Syarie,” katanya. Khamis lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mendedahkan tujuh negeri termasuk Sarawak belum bersetuju meminda enakmen berkaitan penetapan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun. Sementara itu, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata kerajaan negeri secara konsisten melakukan hubungan dan kerjasama dengan pihak berkepentingan bagi menyokong had perkahwinan 18 tahun dapat dilaksanakan merangkumi semua lapisan kaum dan agama. “Jadi, adalah tidak tepat mendakwa Sarawak tidak menyokong pelaksanaan had umur perkahwinan. Usaha ke arah itu memerlukan masa,” katanya. Sumber: BH Online

Jakim
Keratan Akhbar

Rundingan undang-undang untuk beku, potong wang bekas suami culas nafkah

KUALA LUMPUR: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sedang berunding dengan Kementerian Kewangan supaya arahan mahkamah syariah berhubung pembayaran nafkah oleh bekas suami boleh dikuatkuasakan mengikut akta berkaitan. Pada masa ini, perintah mahkamah syariah tidak terikat dengan beberapa akta berkaitan seperti yang dikuatkuasakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ini menyebabkan keputusan mahkamah syariah itu tidak membolehkan harta bekas suami dibekukan atau pemotongan wang daripada akaun bank dilakukan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata melalui Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadanah dan Nafkah yang ditubuhkan JKSM, peruntukan bagi penguatkuasaan tindakan seperti pembekuan aset dan pemotongan wang KWSP atau bank, diwujudkan, namun tidak dapat dilaksanakan walaupun dipersetujui Kabinet. “Apabila kita cuba ambil tindakan susulan terhadap pihak lain yang akan terbabit dalam penguatkuasaan ini, kita terpaksa berbincang dengan Kementerian Kewangan kerana dalam akta di bawah BNM, keputusan mahkamah syariah tidak terikat. Begitu juga dengan KWSP. “Justeru, kami sekarang dalam rundingan intensif dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai bagaimana keputusan mahkamah ini juga terikat dalam akta mereka,” katanya pada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini. Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Amzad Mohamed@Hashim (PAS-Kuala Terengganu) yang bertanya mengenai langkah yang dilaksanakan kerajaan bagi memperkasa mahkamah syariah terutama dalam membela hak wanita dalam isu perkahwinan dan penceraian, di bawah dasar Rahmatan lil Alamin. Menjawab soalan asal Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (PH-Kapar), Mujahid berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai agensi pusat dan rakan strategik lain seperti kerajaan negeri dan agensi agama di bawah menteri sudah dan sedang giat melaksanakan program penerangan, penjelasan dan pembudayaan konsep Rahmah kepada masyarakat. Katanya, tiga pendekatan yang dilaksanakan adalah penerangan dan penjelasan, pembudayaan serta penyelarasan agensi, membabitkan 14 siri ‘townhall’ dan wacana eksekutif yang diadakan di tujuh negeri dan empat kementerian, selain sesi libat urus bersama kementerian, jabatan serta agensi kerajaan. “Sehingga Oktober lalu, sebanyak enam negeri sudah melancarkan Program Rahmah, membabitkan 12,000 peserta dan bakinya akan dilaksanakan pada fasa kedua. “Selain itu, kerajaan juga melantik 215 pendakwah dan profesional daripada pelbagai bidang sebagai “Duta Rahmah” yang berperanan menyampaikan dasar ini kepada masyarakat di negeri dan daerah seluruh negara. “Siri jelajah penerangan konsep Rahmah ini juga mula diperluaskan ke kampus dan sebanyak 10 kampus melaksanakan ‘townhall’ Rahmatan lil Alamin bersama mahasiswa mahasiswi,” katanya. Selain itu katanya, program pembudayaan Rahmah turut diperluaskan melalui video pendek dan secara langsung melalui laman Facebook, dan sehingga kini sebanyak 30 siri video diterbitkan. Malah, katanya, beliau juga bertemu dengan duta negara Kesatuan Eropah baru-baru ini untuk menjelaskan pendekatan Rahmatan Lil Alamin yang diambil Malaysia. Sumber: Berita Harian

JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Bahasa

Hubungi Kami

Media Sosial Rasmi

© 2025. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Semua hakcipta terpelihara.