Author name: jksm_admin

syahirah
Bb5b327e3fcbfc009b7cd7ef28c4c838jpgs800
Keratan Akhbar

Divorced parents urged to be more tolerant during MCO

CORONAVIRUS | Divorced couples need to be more tolerant in exercising custody and visitation rights of their children especially during the movement control order (MCO) period, said the Syariah Judicial Department (JKSM) director-general Mohd Na’im Mokhtar. “I would like to advise divorced couples to always keep the welfare of the children in mind. These small children are vulnerable, just imagine that they have to move from place to place (due to visitation rights), this would surely endanger them and expose them to Covid-19. “This is where the divorced couples need to practice tolerance. If before this the visitation right is once a week, try to minimise it for the children’s safety,” he said in an exclusive interview with Bernama Radio today. Asked about the alleged rise in domestic violence and abuse cases by an NGO, Mohd Na’im said in the event of abuse, those who were being abused should not remain silent. “Those abused should act immediately to seek protection from the authorities such as by contacting Talian Kasih at 15999,” he said. In another development, he said the Syariah Court had applied to the National Security Council to allow the hearing of cases such as abuse and divorce to continue during the MCO. – Bernama  Sumber: Malaysia Kini

Jakim
Keratan Akhbar

COVID-19: JAKIM tubuh MyCareCov19, bagi sokongan emosi

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menubuhkan Bilik Gerakan MyCareCov19 yang beroperasi di Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM, Aras 4, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff, berkata Bilik Gerakan MyCareCoV19 yang mula beroperasi sepenuhnya mulai semalam sebahagian inisiatifMyCareCoV19 ditubuhkan JAKIM. Menurutnya, ia turut mendapat kerjasama agensi agama lain di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) seperti Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). “Inisiatif ini juga mendapat sokongan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). “Modus operandi Bilik Gerakan MyCareCoV19 ini ialah sedaya upaya untuk memeluk emosi golongan yang terjejas akibat PKP tanpa mengira kaum dan agama melalui perkongsian rasa, khidmat nasihat dan bimbingan yang diberikan kepada mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Hakimah berkata, selain itu langkah proaktif dilakukan MyCareCoV19 itu adalah dengan menghubungi kumpulan sasar dicadangkan KPWKM, KPKT, KBS dan KWP. “Seramai lapan petugas dan 20 kaunselor akan terbabit secara harian dalam memberi khidmat kepada kumpulan sasar. “Bilik Gerakan MyCareCov19 boleh dihubungi melalui talian 03-8870519/7527/7528 atau boleh juga menulis melalui emel kepada mycarecov19@islam.gov.my,” katanya. Beliau berkata, petugas juga akan menghubungi kumpulan sasar melalui talian 03-88707000. “Hari pertama bilik gerakan ini beroperasi semalam, sebanyak 43 panggilan dan 12 e-mel yang diterima daripada pelanggan dan lima panggilan susulan kes,” katanya. Sumber: Berita Harian

661997
Keratan Akhbar

‘Pasangan bercerai perlu kompromi jaga anak sepanjang PKP’

Gambar hiasan KUALA LUMPUR – Pasangan bercerai yang bergilir menjaga anak disaran agar berkompromi dan melihat kebajikan anak masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19). Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, setiap ibu bapa harus berbincang untuk mendapatkan penyelesaian terbaik bagi melaksana perintah mahkamah dengan mengambil kira kebajikan serta keselamatan anak-anak mereka. Katanya, walaupun kesan PKP yang bermula pada 18 Mac hingga 14 April depan akan menyulitkan pelaksanaan perintah Mahkamah Syariah, semua pihak harus akur dan mengikut arahan kerajaan itu. “Kita menyokong arahan kerajaan…ini adalah demi keselamatan dan kepentingan negara dalam membendung wabak Covid-19 yang semakin merebak,” katanya ketika dihubungi Bernama. Mohd Na’im menjelaskan antara yang terkesan adalah perintah hak penjagaan anak-anak, contohnya dalam situasi hak penjagaan diberikan kepada ibu dan pada masa yang sama, bapa diberi akses hak lawatan serta bermalam pada Sabtu dan Ahad. “Perintah yang dikeluarkan itu haruslah dipatuhi. Namun dalam keadaan PKP ini, bagaimana kedudukan anak itu. Kalau anak duduk bersama ibu dan akan berpindah ke rumah bapa pada Sabtu dan Ahad. “Ia akan membahayakan keselamatan anak-anak malah si ibu atau bapa juga akan terdedah dengan wabak yang menular di negara kita ini,” katanya. Beliau berkata dalam konteks PKP ini, ibu dan bapa perlu saling bekerjasama dan mengetepikan ego masing-masing dalam melaksanakan perintah mahkamah dan pada masa sama mengambil kira kepentingan anak-anak. “Ibu bapa yang beriman perintah Allah di dalam al-Quran yang menyeru hamba-hambaNya bersulh yakni menyelesaikan sebarang pertikaian secara perbincangan secara damai hendaklah sentiasa diutamakan khususnya dalam keadaan kritikal sebegini,” katanya. Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 Bahagian VII, Hadhanah atau Jagaan Kanak-Kanak, Seksyen 81 menyatakan orang yang berhak menjaga kanak-kanak, tertakluk kepada Seksyen 82 adalah ibu yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan. – Bernama Sumber: Sinar Harian

9da2199d069676b1c40eed01d07ed0cbjpgs800
Keratan Akhbar

PKP: Urusan mahkamah syariah seluruh Malaysia ditangguh

Susulan arahan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkaitan penularan wabak Covid-19, segala urusan di semua Mahkamah Syariah seluruh negara ditangguh, dan dilaksanakan melalui dalam talian. Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya telah mengeluarkan arahan tersebut kepada semua Mahkamah Syariah dan JKS Negeri, pada 17 Mac lepas. Katanya, penutupan semua Mahkamah Syariah dan segala operasinya mulai 18 hingga 31 Mac dan arahan gerak kerja dari rumah, hendaklah dilaksanakan secara dalam talian seperti melalui telefon, emel atau aplikasi Whatsapp. Bagaimanapun beliau berkata jika terdapat keperluan untuk pendaftaran kes baharu, pegawai penguatkuasa hendaklah memaklumkan lebih awal kepada ketua pendaftar, bagi tujuan persediaan oleh pihak mahkamah. “Bagi kesalahan yang boleh dijamin, ketua pendaftar hendaklah memastikan urusan jamin dapat diproses seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata antara urusan yang ditangguh adalah seperti prosedur perbicaraan dan pengurusan kes di Mahkamah Syariah, sama ada kes mal atau jenayah di mahkamah terbuka, mahupun di mahkamah tertutup. “Selain itu, semua kes yang melibatkan Sulh, Runding Cara Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) dan Majlis Tahkim, yang melibatkan kehadiran pihak-pihak di hadapan pegawai Sulh, BSK dan Hakam juga ditangguhkan sehingga 31 Mac,” katanya. Sulh merupakan suatu proses, di mana pihak-pihak yang terlibat di dalam suatu pertikaian terhadap satu atau beberapa tuntutan. Mohd Na’im menjelaskan bagi pemfailan atau pengurusan kes, petugas yang dibenarkan bertugas terdiri daripada seorang hakim, seorang pendaftar, seorang pembantu syariah dan seorang dari bahagian kewangan, sekiranya ada kes yang difailkan secara perakuan segera dan pemfailan notis rayuan, dalam tempoh 14 hari sahaja. “Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah, ketua pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, pendaftar atau penolong pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan penolong pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, akan mengendalikan dokumen perakuan segera dan mendapatkan arahan selanjutnya dari Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah,” katanya. Mohd Na’im turut menasihati pegawai dan kakitangan Mahkamah Syariah supaya sentiasa peka dan mengikut arahan-arahan, yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa. “Saya mendoakan semoga kita semua berada di bawah perlindungan Allah SWT dan warga MSN dan JKSN dijauhi dari wabak Covid-19,” katanya. – Bernama Sumber: Malaysia Kini

IMG 9908 3
Keratan Akhbar

Unit Sulh bantu segerakan penyelesaian kes

NAIM Mokhtar (kiri barisan belakang) dan Aminuddin Harun (barisan belakang kanan) menyaksikan MoU antara JKSNS dengan UIAM dan USIM di Bandar Sri Sendayan. FOTO MOHD AMIN JALIL. PENUBUHAN unit sulh amat penting dalam menyelesaikan pertikaian antara dua pihak sebelum sesuatu kes itu dibawa ke peringkat perbicaraan di mahkamah. Ketua Pengarah yang juga Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Mohd Naim Mokhtar berkata, unit itu membantu menyelesaikan kes dengan lebih mudah, pantas dan menjimatkan kos. “Ia membantu pihak terbabit dalam menyelesaikan pertikaian mereka melalui perundingan bersama secara damai tanpa perlu hadir ke prosidin gperbicaraan dalam mahkamah. “Malah melalui unit itu boleh mengurangkan kadar kes tertunggak di Mahkamah Syariah. “Melalui penaiktarafan unit sulh ini, saya mengharapkan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Naik Taraf Unit Sulh, JKSNS dan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Antara JKSNS dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di JKSNS, di Bandar Sri Sendayan, Seremban, hari ini. Majlis disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Razali Ab Malik; Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan dan Ketua Hakim Syarie JKSNS, Datuk Abas Nordin. Unit Sulh di JKSNS ditubuhkan pada 1 September 2006 berdasarkan kepada Seksyen 99 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (NS) 2003. Dalam perkembangan lain, Mohd Naim berkata, JKSM sentiasa menggalakkan kakitangan jabatan itu terutama Hakim Syarie, Ketua Pendaftar dan pegawai sulh menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Sumber: Harian Metro

JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Bahasa

Hubungi Kami

Media Sosial Rasmi

© 2025. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Semua hakcipta terpelihara.