Author name: jksm_admin

syahirah
MOHD NA'IM MOKHTAR/HAKIM SYARIE SELANGOR
Keratan Akhbar

Mahkamah Syariah mungkin laksana semula prosiding hingga malam

Datuk Dr Mohd Na’im. FOTO NSTP JABATAN Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mungkin melaksanakan semula prosiding mahkamah sehingga malam. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya menggalakkan mahkamah malam mengambil kira tiga bulan tidak mendengar kes susulan pandemik Covid-19. Menurutnya, mahkamah ditutup dan sebahagian beroperasi susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu diikuti PKP Bersyarat (PKPB). “Berlaku lambakan kes, jadi akan wujudkan semula mahkamah malam bergantung kepada mahkamah syariah di negeri. “Mahkamah akan bersidang dari 6 petang hingga 8 malam atau 7 hingga 9 malam. Kemungkinan besar mahkamah malam akan dihidupkan semula,” katanya. Beliau berkata demikian di siaran langsung di Facebook malam tadi ketika soal jawab dalam talian bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang. Soal jawab itu mengupas normal baharu operasi dan prosedur operasi standard (SOP) Mahkamah Syariah seluruh negara pasca PKP/PKPB. Mohd Na’im berkata, mahkamah syariah pada bila-bila masa sudah bersedia untuk beroperasi dengan kelaziman baharu menerusi SOP yang dikeluarkan JKSM selaras garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). “Selain itu, pindaan dicadangkan nanti kita juga akan melihat bagaimana melaksanakan persidangan atau perbicaraan secara dalam talian. “Saya percaya persidangan, seminar, pengurusan kes dan bicara dalam talian akan jadi normal baharu yang tidak biasa dilaksanakan sebelum PKP. “Jadi untuk warga mahkamah syariah di seluruh negara termasuk saya, mengambil kesempatan ini mengajak peguam syarie menerima normal baharu ini sebagai menunjukkan fleksibiliti dan keanjalan syariat Islam kepada penyelesaian masalah yang ada,” katanya. Beliau berkata, kegagalan untuk menerima dan mengadaptasi normal baharu itu seterusnya menyebabkan warga kerja serta sistem mahkamah syariah akan ketinggalan. Terdahulu, katanya, dalam tempoh PKP sejak 18 Mac lalu pihaknya sudah mengadakan lima siri mesyuarat khas untuk membangunkan SOP pengendalian kes di Mahkamah Syariah di seluruh negara. “Ia bagi membolehkan kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan mahkamah syariah untuk beroperasi. “”Kita sudah menulis surat kepada MKN pada 14 April dan dapat jawapan pada 24 April untuk membenarkan mahkamah syariah beroperasi secara terhad. “Ia bertujuan mengimbangi keperluan PKP dengan pada masa sama membenarkan mahkamah syariah mengendalikan beberapa kes yang dikategorikan sebagai kes terdesak,” katanya. Sumber: Harian Metro

690875
Keratan Akhbar

Benarkan Mahkamah Syariah beroperasi ikut SOP tertentu

Musa Awang SHAH ALAM – Kerajaan digesa membenarkan Mahkamah Syariah meneruskan operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan banyak aduan berkaitan permasalahan rumahtangga yang dilaporkan berlaku dalam tempoh tersebut. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, operasi tersebut bagaimanapun perlu dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Beliau berkata, SOP itu adalah waktu operasi dibenarkan daripada hari Isnin sehingga Rabu sahaja bermula jam 8 pagi hingga jam 1 petang sahaja. “Perlu ada penjarakan sosial serta wajib pemakaian topeng muka bagi kakitangan mahkamah syariah yang bertugas, pelanggan dan Peguam Syarie,” katanya. Selain itu katanya, kes perlu didengar dalam mahkamah terbuka sahaja, dengan jarak lebih satu meter antara satu individu dan individu lain, selain hanya pihak-pihak litigant dan/atau Peguam Syarie sahaja dibenarkan hadir. Menurutnya, kehadiran pihak-pihak dan/atau Peguam Syarie adalah dengan menunjukkan Notis Panggilan Kes daripada pihak mahkamah sekiranya terdapat sekatan jalan raya (SJR) oleh pihak berkuasa dan Mahkamah syariah perlu melakukan sanitasi nyah cemar dalam semua dewan mahkamah, kaunter dan bangunan. “Kebenaran memfailkan kes baharu ialah bagi kes-kes yang mustahak atau mendesak sahaja seperti tuntutan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah, atau permohonan yang melibatkan Perakuan Segera seperti Permohonan Interim Hadhanah, Interim Nafkah Isteri, Interim Nafkah Anak, Permohonan Injunksi Tegahan atau Pelupusan Harta dan seumpamanya. “Kes atau tuntutan baharu hendaklah difailkan oleh Peguam Syarie yang dilantik sahaja, sementara bagi yang tidak mampu melantik Peguam Syarie swasta, mereka boleh menggunakan khidmat Jabatan Bantuan Guaman (JBG) yang seharusnya juga dibenarkan beroperasi sepanjang PKP ini. “Hanya Peguam Syarie yang dilantik sahaja dibenarkan ke mahkamah untuk memfailkan tuntutan atau memfailkan secara dalam talian (bagi mahkamah syariah yang menyediakan aplikasi sedemikian),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Terdahulu, PGSM melancarkan program Konsultasi Guaman Syariah Secara Atas Talian pada 7 April lalu dan menerima banyak aduan tentang permasalahan rumahtangga yang berlaku semasa PKP antaranya lafaz perceraian yang tidak dapat disahkan, isu perebutan hadhanah termasuk pengabaian atau kecuaian nafkah isteri dan/atau nafkah anak-anak. Pada 14 April pula Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) difahamkan menghantar surat permohonan bagi mendapatkan pandangan dan kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi perbicaraan kes syariah semasa dalam tempoh PKP. Selang tiga hari kemudian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sebanyak 353 kes keganasan rumahtangga dilaporkan berlaku sepanjang PKP bermula 18 Mac lalu. Dalam pada itu, Musa berkata, jika kerajaan membenarkan Mahkamah Syariah beroperasi mengikut SOP ditetapkan ia pasti akan dapat mengurangkan keadaan ‘justice delayed is justice denied’ yang melibatkan pihak-pihak yang memerlukan keadilan dan penghakiman dalam tempoh segera. “Usaha ini juga akan dapat memartabatkan institusi mahkamah syariah sebagai salah satu institusi penyelesaian masalah bagi umat Islam di negara ini,” katanya. Sumber: Sinar Harian

Ringgit 2210
Keratan Akhbar

More complaints about non-payment of alimony during MCO, says shariah CJ

Shariah chief judge Datuk Mohd Na’im Mokhtar said under current Shariah Court provisions, if the husband or ex-husband intentionally refuses to pay alimony after an order has been made out, they can be sentenced to imprisonment as provided under the state shariah laws. — Reuters pic KUALA LUMPUR, April 17 —Complaints of husbands and ex-husbands not paying their wives or ex-wives alimony have increased during the movement control order (MCO) period compared to before this. Malaysian Syariah Judiciary Department (JKSM) director-general and shariah chief judge Datuk Mohd Na’im Mokhtar said previously, the department only received about five complaints a month through the department’s official Family Support Division (BSK) Facebook account or the state BSK email. “Now, we get five complaints in five days,” he told Bernama when asked about the number of complaints received from wives or ex-wives about husbands or ex-husbands who do not make their alimony or child support payments. He said the number of these complaints increased after the department announced that they could be made on the official BSK Facebook account. Mohd Na’im said each complaint that is lodged should include a telephone number or e-mail address through which the BSK can contact the complainant for further information. He said if the husband or ex-husband refuses to pay alimony as ordered, a complaint of non-compliance could be submitted to BSK through the official Facebook account ‘Bahagian Sokongan Keluarga-BSK’ or email the complaint to the state BSK sections. “The BSK will investigate and process each complaint,” he said, adding that the husband or ex-husband will be served a reminder before further action is taken after the MCO period. Mohd Na’im said besides getting complaints through FB and e-mail, BSK officers throughout the country are also pro-active and contact their clients to find out their problems and between April 13 and 16, have helped 437 people. He said under current Shariah Court provisions, if the husband or ex-husband intentionally refuses to pay alimony after an order has been made out, they can be sentenced to imprisonment as provided under the state shariah laws. He said the court can order the payments to be paid in a lump sum or in monthly instalments. The Shariah Court can also order the salary of the husband or ex-husband to be withheld or salary deductions to be made and the money banked into the bank accounts of the children and wife or ex-wife. He said wives or ex-wives who fail to get the alimony payments from their husband or ex-husbands can apply for aid from the BSK JKSM or the state BSK. — Bernama Sumber: Malay Mail

JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Bahasa

Hubungi Kami

Media Sosial Rasmi

© 2025. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Semua hakcipta terpelihara.