Author name: jksm_admin

syahirah
01
Program Jabatan

KUNJUNGAN MAHABBAH KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM KEPADA KETUA HAKIM SYARIE KELANTAN

Kota Bharu | Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain telah mengadakan kunjungan mahabbah kepada YAA Tuan Hj. Ibrahim bin Deris bertempat di Kompleks Mahkamah Syariah, Kota Bharu, Kelantan. YAA Dato’ KP/KHS JKSM menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YAA KHS dan warga JKSN Kelantan atas kesudian meluangkan masa menerima kunjungan ini dan atas komitmen yang tinggi terhadap pelbagai program anjuran JKSM. Kunjungan ini mengetengahkan perancangan kerja dan perkembangan terkini JKSM dan JKSNK, di samping bertukar-tukar pandangan dan idea-idea baharu selain mengukuhkan hubungan silaturrahim antara JKSM dan JKSNK. Kunjungan ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati antara JKSM dan JKSNK. Turut serta dalam kunjungan mahabbah ini ialah Pengarah Kanan (Kehakiman) JKSM, Tuan Mohamad Zakian bin Dio dan pegawai-pegawai Syariah negeri Kelantan.

01
Program Jabatan

KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN (JKSNS)

Putrajaya– Ketua Hakim Syarie JKSNS yang baharu Tuan Kamal Bashah bin Dato’ Ahmad Tajuddin hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain di Pejabat KP/KHS JKSM. Di awal kunjungan hormat ini, YAA Dato’ KP/KHS JKSM mengucapkan tahniah dan siiru ‘ala baralatillah kepada YAA Tuan Kamal Bashah atas perlantikan sebagai Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan yang baharu berkuatkuasa pada 23 Jun 2023 yang lalu. Semoga amanah besar ini dapat digalas dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat di Negeri Sembilan. Kunjungan hormat itu diadakan bertujuan untuk membincangkan perancangan kerja dan perkembangan semasa JKSNS, disamping bertukar-tukar pandangan selain meneruskan kesinambungan silaturahim antara JKSNS dan JKSM. Semoga dengan kunjungan hormat ini dapat menyemarakkan lagi gerak kerja yang lebih tersusun dalam kerangka meneruskan kecemerlangan JKSM dan JKSNS bagi memartabatkan institusi kehakiman dan perundangan Syariah di negara ini in Shaa Allah.

01
Program Jabatan

KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT JABATAN PENDAKWAAN SYARIE WILAYAH PERSEKUTUAN (JAPENSWP)

PUTRAJAYA | Pengarah/Ketua Pendakwa Syarie JAPENSWP yang baharu Tuan Abdul Razak bin Nayan bersama delegasi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain di Pejabat KP/KHS JKSM, pagi ini. Kunjungan hormat itu diadakan bertujuan untuk membincangkan hal ehwal kerja dan perkembangan semasa JAPENSWP, disamping bertukar-tukar pandangan secara efektif selain meneruskan kesinambungan silaturahim antara agensi Hal Ehwal Agama di peringkat Perekutuan. Semoga dengan kunjungan hormat seumpama ini dapat menyemarakkan lagi gerak kerja yang lebih tersusun dalam kerangka meneruskan kecemerlangan JKSM dan JAPENSWP bagi memartabatkan institusi kehakiman dan perundangan Syariah di negara ini. Turut hadir dalam sesi kunjungan hormat tersebut, Timbalan Pengarah Bahagian Perbicaraan, Rayuan dan Penyelidikan iaitu Tuan Mawardi bin Che Man dan Timbalan Pengarah Bahagian Pendaftaran dan Khidmat Pengurusan, Puan Wan Aizaa binti Wan Abdullah.

02
Program Jabatan

LAWATAN KERJA DAN DISKUSI ISU PERNIKAHAN YANG BERLAWANAN DENGAN AKTA/ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NIKAH SENDIKET) WARGANEGARA MALAYSIA DI SELATAN THAILAND BERSAMA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH SELATAN THAILAND KERJASAMA JAKIM DAN JKSM

20 hingga 23 Jun 2023| Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan lawatan kerja dan diskusi isu pernikahan yang berlawanan dengan Akta/Enakmen Undang-undang Keluarga Islam warganegara Malaysia di Selatan Thailand bersama Majlis Agama Islam Wilayah Selatan Thailand. Lawatan dan diskusi tersebut melibatkan kelima-lima Wilayah Selatan Thailand iaitu Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun, selain perbincangan dan kunjungan turut diadakan bersama Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla. Tujuan lawatan kerja ini adalah bagi membincangkan isu berkaitan perkahwinan yang melibatkan warganegara Malaysia di Selatan Thailand terutamanya yang melibatkan perkahwinan sindiket. Lawatan kerja ini telah berjaya dilaksanakan melalui kerjasama semua Majlis Agama Islam Selatan Thailand yang bersedia memberikan kerjasama dan komitmen bagi memudahkan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dan Mahkamah Syariah negeri-negeri dalam membuat pengesahan selain membincangkan langkah bagi membendung perkahwinan dilangsungkan di selatan Thailand. Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Tuan Hj. Ruslan bin Said Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM manakala JKSM diketuai oleh YBrs. Tuan Hj Nassir bin Hj Abdul Aziz Ketua Pendaftar JKSM. Selain itu, rombongan turut disertai seramai 41 orang yang terdiri daripada KPNCR Jabatan Agama Islam Negeri-negeri, Ketua Pendaftar JKSN dan MSN, Hakim-Hakim Syarie, Pendaftar, urusetia JAKIM dan JKSM. Turut hadir YBrs. Tuan Hj. Norizan bin Abd Ghani Pengarah KSK JAKIM, YAA Tuan Kamal Bashah bin Dato’ Ahmad Tajuddin, Ketua Hakim Syarie JKSM Negeri Sembilan dan Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz Pengarah BPKR JKSM. Lawatan ini adalah susulan daripada persetujuan Persidangan KPNCR dan KP JKSN/MSN pada tahun 2022. Hasil lawatan akan disediakan laporan bagi tujuan penambahbaikan sama ada di peringkat KPNCR Jabatan Agama Islam Negeri-negeri mahupun Mahkamah Syariah negeri-negeri. Pandangan dan nasihat terutama daripada pejabat Konsulat akan diberikan perhatian dan perbincangan lanjut akan diadakan secara bersama antara JAKIM, JKSM dan Wisma Putra. Semoga hubungan dan kerjasama erat di antara Malaysia dan Wilayah Selatan Thailand mahupun negara Thailand akan terus berkekalan terutama yang membabitkan hal ehwal Islam di antara kedua-duanya. Disediakan oleh: Urusetia Lawatan Kerja & Diskusi, BPKR, JKSM

01
Program Jabatan

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA RASMI. NO. SEBUT HARGA QT240000000028715

| Pejabat Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah hari ini bertujuan untuk membincangkan usaha-usaha pemerkasaan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah serta mengeratkan hubungan antara agensi. Kunjungan hormat ini telah diketuai oleh Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM; YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain, yang telah disambut mesra oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP. Turut serta dalam kunjungan hormat ini ialah Datuk Hajah Nor Asiah binti Yusof; Penasihat Ketua Menteri Sabah. Sesi kunjungan hormat itu juga disertai Pengarah Kanan Pengurusan JKSM; Puan Azlina binti Abdul Aziz.

01
Program Jabatan

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PENGARAH JABATAN KERJA RAYA NEGERI SABAH

13 Februari 2023 | YA Dato’ Mohd Amran bin Mat Zain, Hakim Rayuan JKSM yang menjalankan tugas Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini berkesempatan mengadakan Kunjung Hormat ke atas Tuan Haji Arman bin Abdul Muin, Pengarah JKR Negeri Sabah. Antara perkara yang telah dibincangkan berkaitan isu pelaksanaan projek yang sedang dilaksanakan di Mahkamah Syariah Daerah Papar dan isu-isu yang belum selesai bagi projek Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah untuk tujuan penutupan akaun 2023 memandangkan tiada lagi butiran dan peruntukan pada tahun hadapan. Selain itu, JKSM turut menyampaikan hasrat dalam melaksanakan projek bagi Rolling Plan Keempat (RP4) RMKe-12 Tahun 2024 melibatkan daerah Kota Belud, Kudat dan Sandakan. Turut hadir dalam kunjungan ini ialah YAA Datuk Ahmad Din bin OKK Othman, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM, Puan Azlina binti Abdul Aziz, Pengarah Kanan (Pengurusan) JKSM, Puan Surayah binti Ramlee, Ketua Pendaftar, JKSN Sabah.

01
Program Jabatan

KURSUS PENGUATKUASAAN, PELAKSANAAN PERINTAH DAN PERINTAH BERSALING HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH ZON TIMUR DAN ZON SELATAN

PUTRAJAYA| Bahagian Latihan (BL), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Kursus Penguatkuasaan, Pelaksanaan Perintah dan Perintah Bersaling Hakim Mahkamah Rendah Syariah Zon Timur dan Zon Selatan kepada Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Zon Timur dan Zon Selatan bermula 20 Jun 2023 hingga 21 Jun 2023. Kursus ini dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu, Tuan Mohd Hirman bin Ab Raub, Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya, Klang Selangor. Kumpulan sasaran peserta wajib bagi kursus kali ini ialah seramai 52 orang Hakim Syarie MRS Zon Timur dan Zon Selatan yang bertugas di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) Pahang, JKSN Terengganu, JKSN Kelantan, JKSN Negeri Sembilan, Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan JKSN Johor. Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta berhubung kaedah-kaedah dan bentuk-bentuk penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah di Mahkamah Syariah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta/Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah. Kursus ini juga dapat memberi panduan kepada peserta dalam pendengaran serta penghakiman kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah Mahkamah Syariah dan pengendorsan Perintah Bersaling. Semua peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang kursus ini berlangsung selama dua hari. Semoga kecekapan para peserta dalam menjalankan tugasan hakiki sebagai Hakim Syarie di MRS akan dapat dipertingkatkan hasil daripada kursus ini.

01
Program Jabatan

LAWATAN KERJA KE INSTITUT LATIHAN DAN KEFAHAMAN ISLAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA – ILMI ATM, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN UNTUK KURSUS PROFESIONAL SULH MEDIASI {USIM-JKSM) DAN OUTREACH SULH

23 Mei 2023 | Delegasi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang diketuai oleh Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz Pengarah Bahagian Pendaftaran Keurussetiaan dan Rekod hari ini telah mengadakan Lawatan Kerja ke Institut Latihan dan Kefahaman Islam Angkatan Tentera Malaysia – ILMI ATM, Port Dickson, Negeri Sembilan. Ketibaan delegasi JKSM telah disambut sendiri oleh YBrs. Lt Kol Ismail bin Wahab (Komandan Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM) bersama YBrs. Lt Kol Mohd Nizar Zahrin bin Zakaria serta beberapa anggota KAGAT yang lain. Lawatan kerja ini diadakan bagi membincangkan dua Program Kerjasama yang antara JKSM dengan KAGAT yang akan diadakan pada tahun ini iaitu Outreach (OR) Sulh dan Kursus Kemahiran Profesional Sulh-Mediasi yang akan dibuat oleh JKSM dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan KAGAT. Sehubungan dengan itu lawatan dan perbincangan ini diharapkan dapat melancarkan program yang akan dilaksanakan. Delegasi JKSM telah dibawa meninjau fasiliti di sekitar Institut Latihan dan Kefahaman Islam Angkatan Tentera Malaysia – ILMI yang akan digunakan sepanjang program berlansung. Turut hadir sewaktu kunjungan tersebut adalah Puan Neney Shuhaidah binti Shamsuddin (Pengarah Bahagian Latihan JKSM), YBrs Dr Hendun binti Abd Rahman Shah (Fellow /Pensyarah Fakulti Syariah Undang-Undang USIM, Puan Norul Aina binti Bahari (Penolong Pengarah Kanan Seksyen Sulh JKSM) serta Pn Juhaida binti Omar (Penolong Pegawai Syariah Seksyen Sulh JKSM.

JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Bahasa

Hubungi Kami

Media Sosial Rasmi

© 2025. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Semua hakcipta terpelihara.