Author name: jksm_admin

syahirah
02
Program Jabatan

TEMU RAMAH BERSAMA RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM-JAKIM)

Satu sesi temu ramah bersama YAA Dato’ Hj. Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM bagi siaran berita RTM TV1 dengan wartawan Seksyen Berita Ehwal Semasa RTM telah diadakan pada hari ini bertempat di Pejabat Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Kompleks Islam Putrajaya. Dalam sesi tersebut, YAA Dato’ berkongsikan tentang langkah-langkah dan peranan JKSM sebagai agensi Persekutuan dalam memartabatkan Mahkamah Syariah. YAA Dato’ turut menjelaskan bahawa JKSM sentiasa prihatin dan mengambil maklum akan isu yang sentiasa dibangkitkan oleh masyarakat terutama kes-kes di Mahkamah Syariah serta isu-isu pentadbiran yang berkaitan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. YAA Dato’ juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada RTM-JAKIM dan berharap agar hubungan baik dengan para media seumpama ini dapat diteruskan dalam kerangka membantu menyebarluaskan peranan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKSM kepada masyarakat. 31 Mei 2023. JKSM, Putrajaya

01
Program Jabatan

YAA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM HADIRI MAJLIS QIAMULAIL PERDANA

15 April 2023| YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah menghadiri Majlis Qiamullail Perdana di Masjid Putra, Putrajaya awal pagi tadi. Seramai 2000 orang jemaah membanjiri masjid Putra seawal 4 pagi bersama-sama YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Turut hadir mengimarahkan majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Tuan Haji Nassir bin Abd Aziz, Ketua Pendaftar JKSM. Majlis ini dimulakan dengan solat sunat tahajud, solat sunat taubat dan solat hajat yang dipimpin oleh imam jemputan iaitu Hanif Azmir Hassim sebelum disusuli dengan sahur. Pengisian acara seterusnya ialah solat subuh berjemaah yang diimamkan oleh imam jemputan iaitu Ahmad Fairuz Nazaruddin dan tausiyah subuh yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Dasar dan Strategik Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional, Mohd Gunawan Che Ab Aziz. Majlis Qiamullail Perdana itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV AlHijrah dan laman Facebook JAKIM.

01
Program Jabatan

WEBINAR INTENSIF DAURAH MUKATTHAFAH NUSŪS FIQHIYYAH SYAR’IYYAH (MUGHNI AL-MUHTĀJ) LIL IMĀM KHATIB AL-SYIRBINĪ SIRI 1/2023

KHAMIS, 16 Februari 2023 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sentiasa istiqamah dalam rencananya memperkasakan kemahiran pembacaan dan pemahaman kitab-kitab turath dalam kalangan Pegawai Syariah melalui program-program yang dirangka dan dilaksanakan. Selari dengan aspirasi tersebut, Bahagian Latihan pada tahun ini, meneruskan siaran program Pengajian Turath Webinar Daurah Mukatthafah Nusūs Fiqhiyyah Syariyyah (Mughni al-Muhtāj) Lil Imām Khatib al-Syirbinī dengan sasaran peserta adalah terbuka kepada semua peringkat Pegawai Syariah seluruh Malaysia. Program yang diadakan ini bertujuan memenuhi matlamat Daurah iaitu pada memastikan kefahaman peserta terus diperteguhkan dengan prinsip fiqh mazhab syafie, perbahasan dan pandangan yang berpaksikan ulama mazhab tersebut yang terkandung dalam teks klasik Mughni al-Muhtaj. . Program dimulakan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang menyatakan komitmen di pihak bahagian untuk melaksanakan program latihan yang dapat melahirkan Pegawai-pegawai Syariah yang berkeupayaan membaca dan memahami turath Islami teruatamanya dalam parameter kehakiman dan perundangan Islam. . Daurah Siri 1 Tahun 2023 menampilkan panel penceramah pakar turath JKSM iaitu Al-Fadhil Tuan Haji Yusof bin Mohamad Al-Hafiz dengan Hibah dan Mutaah menjadi induk kupasan. Di bawah topik Hibah, penceramah telah memfokuskan tentang syarat dan rukun serta kupasan isu-isu berkaitan ijab dan qabul seperti kedudukan hukum pemberian hibah secara lafaz kinayah, pemberian kepada kanak-kanak, orang bisu dan lain-lain lagi. Dalam konteks Mutaah pula, diskusi tentang kadar pemberian Mutaah serta kedudukan hukum pemberian mutaah apabila pasangan bercerai dalam keadaan isteri belum disetubuhi turut disentuh, serta kupasan-kupasan menarik lain yang disesuaikan dengan konteks terkini. . Program Webinar Intensif Daurah Mukatthafah Nusūs Fiqhiyyah Syar’iyyah (Mughni al-Muhtāj) Lil Imām Khatib al-Syirbini Siri 1/2023 ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada 12.30 tengah hari serta dijangka akan bersiaran buat kali kedua pada tahun ini iaitu pada 14 April 2023 (Jumaat). Jumpa lagi di siri yang ke-2, insya Allah.

01
Program Jabatan

WACANA KEHAKIMAN SYARIAH TAHUN 2023

2 Mac 2023 (Khamis) – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Wacana Kehakiman Syariah Tahun 2023 bertempat di Auditorium JAKIM, Putrajaya. Wacana ini juga merupakan salah satu program yang telah dirancang sempena sambutan Jubli Perak JKSM. Wacana ini telah dihadiri oleh para Pegawai Syariah dari JKSM, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN), Mahkamah Syariah Negeri (MSN), Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri (JAPENS), Bahagian Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Jabatan Peguam Negara, Penolong Penasihat Undang-undang (Syariah) Negeri dan lain-lain pegawai seramai lebih kurang 300 orang. Mendahului Wacana ini, satu kertas kerja telah dibentang oleh YBhg. Dato’ Anas bin Ahmad Zakie, Ketua Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-undang, Jabatan Peguam Negara yang bertajuk “Halatuju Pemerkasaan Mahkamah Syariah Melalui Cadangan Pewujudan Mahkamah Utama Syariah”. Dalam pembentangannya, beliau telah menyingkap sejarah sistem perundangan Syariah, kedudukan Mahkamah Syariah dan juga perkembangan perubahan struktur organisasi Mahkamah Syariah. Beliau juga telah berkongsi pandangan berkaitan isu dan cabaran dalam pelaksanaan Undang-undang Syariah di Malaysia. Ucapan alu-aluan Wacana telah disampaikan oleh YA Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain. Beliau telah mengalu-ngalukan kehadiran semua peserta Wacana dan juga dif-dif jemputan. Beliau juga merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd. Na’im bin Haji Mokhtar, Mantan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM di atas pelantikan sebagai YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Beliau turut memaklumkan pengisian dalam Wacana Kehakiman Syariah 2023 ini akan menumpukan kepada hasrat dan hala tuju perundangan dan kehakiman Syariah di bawah kerajaan baharu yang akan disampaikan oleh YB Menteri. Wacana ini juga akan menjadi wadah dan medium utama dalam memastikan aspirasi, semangat dan hala tuju pentadbiran Mahkamah Syariah dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia selari dengan aspirasi nasional kerajaan. Buat julung-julung kalinya, Wacana ini telah dirasmikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan ucaptama yang bertajuk: Bersama Mencapai Kejayaan (Al Falah): Menggerak Transformasi Perkhidmatan Kehakiman Syariah”. Beliau menyatakan bahawa spektrum Kehakiman Syariah dan Mahkamah Syariah sentiasa akan menjadi keutamaan beliau di samping bidang-bidang lain di bawah pentadbiran hal ehwal agama Islam negara ini. Pengumuman visi dan kerangka dasar reformasi negara iaitu “Membangun Malaysia MADANI” oleh YAB Perdana Menteri bukanlah satu istilah yang asing dalam kamus perbendaharaan ilmu Islam. Ia hakikatnya bersumberkan falsafah kenegaraan yang telah dirumuskan di dalam Al-Quran. Dalam hubungan untuk menjayakan dasar Membangun Malaysia Madani ini, di peringkat JPM (Hal Ehwal Agama) telah memperkenalkan Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani atau dikenali dengan nama ringkasnya “AL-FALAH”. Pelan Transformasi Al-Falah ini mengandungi 5 Teras, 10 Fokus Gerak Kerja dan 5 Nilai yang merupakan inisiatif-inisiatif utama yang amat sesuai dan praktikal untuk menjayakan gagasan Malaysia Madani. Beliau turut menekankan 5 Nilai yang ditetapkan bagi menjayakan Pelan Transformasi Al-Falah ini adalah Ilmu, Integriti, Itqan, Istiqamah, dan Ikhlas. Nilai-nilai ini perlu dipunyai dan dihayati oleh penggerak-penggerak agensi termasuklah di JKSM, JKSN dan MSN bagi memastikan kejayaan pelan ini. Untuk membumikan Pelan Al-Falah ini, JKSM, JKSN dan MSN mempunyai peranan yang amat signifikan bagi melaksanakan Fokus Gerak Kerja dalam Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Islam. Wacana ini juga telah menyaksikan majlis menandatangani Payment Gateway Provider Agreement di antara JKSM dan Bank Islam Malaysia Berhad dengan disaksikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi meneruskan kesinambungan pembangunan sistem e-Syariah Versi 3. Perjanjian ini dimeterai atas persetujuan untuk melantik Bank Islam sebagai penyedia gerbang pembayaran atas talian (online payment) bagi semua transaksi dalam talian e-Syariah Versi 3 seperti pendaftaran kes secara e-Filling, pembelian Jurnal Hukum, pendaftaran serta pembaharuan Sijil Peguam Syarie dan pembayaran balik pendahuluan dana nafkah oleh Bahagian Sokongan Keluarga (BSK). Kemuncak Wacana telah menyaksikan Majlis Jambangan Budi Rimbunan Bakti yang dianjurkan oleh Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM). Dalam majlis ini, PPSM telah meraikan para Pegawai Syariah yang telah bersara, termasuklah YB Menteri. YB Menteri juga telah berkenan untuk menyempurnakan penyampaian cenderamata kepada para Pegawai Syariah yang telah bersara. Manutup tirai Wacana, Bank Islam Malaysia Berhad Bersama pihak Cyber Security Malaysia telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Kesedaran Kewangan: Cyber Crime bagi memberi kesedaran berkaitan penipuan-penipuan yang berleluasa khususnya dalam media sosial.

01
Program Jabatan

TEMU BUAL BAGI PENGESAHAN DAPATAN PENYELIDIKAN DOKTOR FALSAFAH (PHD)

PUTRAJAYA| YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM berkesempatan meluangkan masa untuk sesi temu bual pengesahan dapatan penyelidikan peringkat Doktor Falsafah (PhD) bertempat di pejabat beliau hari ini. Temu bual tersebut dijalankan oleh Tuan Hammad bin Mohamad Dahalan, pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang merupakan calon PhD di Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Calon Phd ini berada di peringkat akhir menyiapkan tesisnya yang bertajuk “Tadbir Urus Tata Tertib Peguam Syarie di Malaysia: Analisis di bawah Kaedah-Kaedah Peguam Syarie”. Semoga segala input dan pandangan yang disampaikan oleh YAA Dato’ dapat membantu dalam melengkapkan kajian ini dan diharapkan agar hasil kajian tersebut dapat dimanfaatkan oleh warga kerja JKSM/JKSN/MSN dan pihak-pihak yang terlibat dalam hal ehwal kepeguaman syarie di negara ini. Siiru ‘Ala Barakatillah. Selamat maju jaya Tuan Hammad!

1 1 1024x576
Program Jabatan

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KEMAHIRAN SULH-MEDIASI DAN PELANCARAN SKUAD SULH

, | Seksyen Sulh, Bahagian Pendaftaran Keurusetiaan dan Rekod , JKSM pada hari ini telah menganjurkan – dengan kerjasama Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia bertempat di Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA . Majlis ini telah dirasmi Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).Yang Berhormat Menteri dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang bertindak sebagai penganjur bersama majlis pada kali ini. Kaedah sulh dan mediasi yang ditunjangi prinsip-prinsip kerahsiaan, tidak berpihak dan sukarela semakin mendapat tempat dalam masyarakat hari ini. Umum mengetahui bahawa sulh dan mediasi memberikan kelebihan dan ruang kepada pihak-pihak berkonflik meneroka jalan penyelesaian bersama. Berbeza dengan kaedah adversarial di mahkamah, kaedah ini mengutamakan toleransi pihak- pihak dan disesuaikan dengan penyelesaian yang meraikan profiling pihak-pihak (personalized resolution) yang terlibat dalam suatu konflik. Sewaktu Majlis ini Yang Berhormat Menteri telah melancarkan . Inisiatif Skuad Sulh adalah inisiatif advokasi JKSM dalam menyebar luas literasi Sulh kepada masyarakat dengan merangka, merancang dan melaksanakan program2 kemasyarakatan dengan kolabrasi bersama institut pengajian tinggi awam(IPTA). Pendekatan literasi dan advokasi Sulh ini adalah sejajar dengan aspirasi kerajaan dalam membentuk masyarakat madani yang merangkumi aspek kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat menghormati membina masa hadapan. Untuk maklumat, Skuad Sulh ini juga akan berkolabrasi bersama institut pengajian tinggi awam(IPTA) dalam mempertingkatkan keupayaan rakyat dengan ilmu dan kemahiran menyelesaikan konflik agar perpaduan dikekalkan. Majlis ini juga diserikan juga dengan dengan Penyampaian Sijil Sulh-Mediasi kepada peserta dengan peruntukan geran dari KPT-Space USIM yang telah berjaya menamatkan Kursus Sulh-Mediasi bermula September sehingga Disember 2022. Modul Sulh-Mediasi ini dibangunkan sendiri oleh JKSM dan USIM yang diketua oleh Dr Hendun inti Abd Rahman Shah dari USIMdan Datin Siti Maszuriyati Bt Aziz dari Seksyen Sulh, BPKR JKSM dengan dibantu oleh beberapa orang Pensyarah Fakulti Syariah Undang-Undang.

01
Program Jabatan

SESI PEMBUKAAN AUDIT (ENTRANCE CONFERENCE) PENGAUDITAN PEMATUHAN PEROLEHAN STUDIO RAKAMAN MULTIMEDIA JKSM

Program/Aktiviti: Sesi Pembukaan Audit (Entrance Conference) Pengauditan Pematuhan Perolehan Studio Rakaman Multimedia JKSM Tarikh: 10 April 2023 (Isnin) Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, JKSM Masa: 9.30 pagi Penglibatan Pengerusi :En Mohd Amiruddin bin Hamzah, P(BKPSM) Kehadiran: P(BL), K(UKK), BTMK, BKPSM dan 5 orang pegawai Bhg Audit Dalam JPM yang diketuai oleh Pn. Nor Azira Mohd Arsnan Info Program/Aktiviti:Bhg. Audit Dalam JPM menjalankan Pengauditan Pematuhan Terhadap Perolehan Studio Rakaman Multimedia di JKSM bagi memastikan pengurusan perolehan studio rakaman ini dilaksanakan dengan cekap dan teratur serta mengikut peraturan yang ditetapkan. Pengauditan ini akan dijalankan selama lima (5) hari bermula 10 April 2023 hinga 14 April 2023.

01
Program Jabatan

MAJLIS PERASMIAN TILAWAH & HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA 2023

KUALA LUMPUR | YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM bersama isteri Datin Asmah binti Musa menghadiri Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-63 Tahun 1445H / 2023M yang bermula pada 19 – 24 Ogos 2023 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. . Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10 bertemakan “Perpaduan Teras Malaysia Madani”. . Seramai 72 orang peserta terpilih dari 110 orang peserta dengan penglibatan dari 51 buah negara menyertai MTHQA Ke-63 kali ini yang akan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bertarannum dan hafazan setelah melalui 2 kali saringan yang dibuat secara atas talian pada bulan Mei dan Julai yang lalu. . Seramai 20 orang panel jemaah hakim yang pakar dalam bidang masing-masing akan mengadili majlis tilawah dan hafazan al-Quran pada tahun ini. . Nabi Muhammad SAW bersabda: خَيرُكُم من تعلَّمَ القرآنَ وعلَّمَهُ (رواه البخاري). Siiru ‘Ala Barakatillah.

JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Bahasa

Hubungi Kami

Media Sosial Rasmi

© 2025. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Semua hakcipta terpelihara.