Program Jabatan

03
Program Jabatan

PEMBUDAYAAN KONSEP ITQAN DAN PEKA BAGI MENJAYAKAN PELAN TRANSFORMASI AL-FALAH

KUALA LUMPUR| YAA Dato’ Hj Mohd. Amran Hj Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie beserta pegawai kanan dan warga kerja JKSM telah menghadiri Majlis Perhimpunan Agensi Agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan. Ketika menyampaikan amanat, YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj Mohd. Na’im Hj Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggesa warga agensi agar membudayakan konsep itqan (tekun dan komited) dalam menjalankan amanah. “Saya ingin mengingatkan ketua-ketua agensi dan warga kerja keseluruhannya agar lebih proaktif dalam memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan terutamanya apabila melibatkan keperluan masyarakat.” “Begitu juga ketika mendepani era globalisasi-dasar langit terbuka tanpa sempadan ini, setiap warga perlulah peka terutamanya apabila melibatkan tohmahan palsu, fitnah dan kitar ulang isu. Ini kerana, sekiranya perkara negatif ini dibiarkan, pihak yang tidak bertanggungjawab akan selesa mengulang-ulang dan akhirnya mempengaruhi masyarakat lainnya pula,” tegas Menteri berkenaan. Ketika majlis perhimpunan tersebut, Dato’ Setia Dr. Mohd. Na’im juga melancarkan Buku Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani (Al-Falah) yang akan menjadi dokumen panduan kerja bagi 14 agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). “Kita ada lima teras, 10 fokus gerak kerja dan lima nilai utama yang dibangunkan. Kita juga ada 21 strategi, 31 program, 11 keberhasilan yang hendak dicapai. Kefahaman, penghayatan kepada pelan ini bukan hanya kepada ketua agensi sahaja, namun perlu diserap oleh keseluruhan warga organisasi,” ujar beliau. Untuk rekod, Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan bangunan ‘Ilaj Home dari JAKIM kepada JAWI, Penyerahan Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) kepada JAKIM dan Penyerahan Sumbangan Wakaf kepada Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA Kebangsaan). Kurator Berita Unit Komunikasi Korporat, JKSM

1 1 1024x576
Program Jabatan

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KEMAHIRAN SULH-MEDIASI DAN PELANCARAN SKUAD SULH

, | Seksyen Sulh, Bahagian Pendaftaran Keurusetiaan dan Rekod , JKSM pada hari ini telah menganjurkan – dengan kerjasama Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia bertempat di Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA . Majlis ini telah dirasmi Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).Yang Berhormat Menteri dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang bertindak sebagai penganjur bersama majlis pada kali ini. Kaedah sulh dan mediasi yang ditunjangi prinsip-prinsip kerahsiaan, tidak berpihak dan sukarela semakin mendapat tempat dalam masyarakat hari ini. Umum mengetahui bahawa sulh dan mediasi memberikan kelebihan dan ruang kepada pihak-pihak berkonflik meneroka jalan penyelesaian bersama. Berbeza dengan kaedah adversarial di mahkamah, kaedah ini mengutamakan toleransi pihak- pihak dan disesuaikan dengan penyelesaian yang meraikan profiling pihak-pihak (personalized resolution) yang terlibat dalam suatu konflik. Sewaktu Majlis ini Yang Berhormat Menteri telah melancarkan . Inisiatif Skuad Sulh adalah inisiatif advokasi JKSM dalam menyebar luas literasi Sulh kepada masyarakat dengan merangka, merancang dan melaksanakan program2 kemasyarakatan dengan kolabrasi bersama institut pengajian tinggi awam(IPTA). Pendekatan literasi dan advokasi Sulh ini adalah sejajar dengan aspirasi kerajaan dalam membentuk masyarakat madani yang merangkumi aspek kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat menghormati membina masa hadapan. Untuk maklumat, Skuad Sulh ini juga akan berkolabrasi bersama institut pengajian tinggi awam(IPTA) dalam mempertingkatkan keupayaan rakyat dengan ilmu dan kemahiran menyelesaikan konflik agar perpaduan dikekalkan. Majlis ini juga diserikan juga dengan dengan Penyampaian Sijil Sulh-Mediasi kepada peserta dengan peruntukan geran dari KPT-Space USIM yang telah berjaya menamatkan Kursus Sulh-Mediasi bermula September sehingga Disember 2022. Modul Sulh-Mediasi ini dibangunkan sendiri oleh JKSM dan USIM yang diketua oleh Dr Hendun inti Abd Rahman Shah dari USIMdan Datin Siti Maszuriyati Bt Aziz dari Seksyen Sulh, BPKR JKSM dengan dibantu oleh beberapa orang Pensyarah Fakulti Syariah Undang-Undang.

01
Program Jabatan

SEMINAR PENGENDALIAN PERNIKAHAN BAWAH UMUR

11 Mei 2023 : Putrajaya – Bahagian Latihan JKSM (BL) telah menganjurkan Seminar Pengendalian Pernikahan Bawah Umur bertempat di Dewan Tan Sri Ibrahim Lembut, Aras 5, JKSM. Peserta seminar ini terdiri daripada kalangan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim Mahkamah Rendah Syariah dan Pegawai Penyelidik Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan Mahkamah Syariah Negeri (JKSN/MSN) yang terlibat secara langsung dengan prosedur permohonan Kebenaran Pernikahan Bawah Umur di negeri masing-masing. Turut serta ialah pegawai-pegawai dari JKSM. Seminar ini telah dirasmikan oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran Bin Mohd Zain (Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie) JKSM. Dalam ucapan perasmian, YAA Dato’ telah memaklumkan bahawa JKSM telah terlibat secara langsung untuk membantu menambahbaik peraturan dan undang-undang sedia ada berkaitan dengan penikahan bawah umur di Malaysia kerana pihak-pihak yang berhasrat untuk menjalankan akad nikah dan masih berada di bawah umur yang ditetapkan perlulah mendapatkan kebenarannya secara bertulis dari Hakim Syarie. Diharapkan dengan penganjuran seminar ini, para peserta dapat maklumat yang terperinci berkenaan Standard Operating Procedure (SOP) Permohonan Perkahwinan Bawah Umur selain penerangan mengenai pertimbangan daripada aspek kesihatan, psikologi, pertimbangan sosial dan kebajikan bagi pemohon yang memohon untuk mendapatkan kebenaran pernikahan bawah umur. Seramai lima (5) orang penceramah telah dijemput untuk menyampaikan perkongsian dalam seminar ini iaitu YA Tuan Samsuddin Bin Hussain (HMTS MSWP), Dr. Muhammad Firdaus Bin Ujang (Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia), Encik Khairul Amri Bin Ahmad (KPP Bahagian Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat), Tuan Mamat Haizan Bin Salleh (Pengarah BDP, JKSM) dan Tuan Salehan Bin Yatim (Ketua Pendaftar, JAKESS) Semoga para peserta mendapat manfaat dan pencambahan ilmu sepanjang kursus ini berlangsung yang dapat memberikan nilai tambah kepada para peserta dalam menjalankan amanah dan tugasan seharian

02
Program Jabatan

SULH OUTREACH PROGRAMME (OR SULH) ANJURAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) DENGAN KERJASAMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)TAHUN 2023

KUALA LUMPUR| Seksyen Sulh, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Sulh Outreach Programme dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 11 Julai 2023 bertempat di Dewan Tanjung, Wisma Transit Kuala Lumpur. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Program ini turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM, Panglima Angkatan Tentera, Yang Amat Arif Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Panglima panglima, Hakim Rayuan JKSM dan Anggota Angkatan Tentera Malaysia. Program OR pada kali ini bertemakan “Kemuliaan Syariah membina keluarga Madani” iaitu selaras dengan Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani atau dikenali dengan nama ringkasnya “AL-FALAH”. Pelan Transformasi Al-Falah ini mengandungi 5 Teras, 10 Fokus Gerak Kerja dan 5 Nilai yang merupakan inisiatif-inisiatif utama yang amat sesuai dan praktikal untuk menjayakan gagasan Malaysia Madani. Salah satu teras yang terkandung dalam pelan ini adalah Kemuliaan Syariah (Teras 3) yang mengandung 2 Fokus iaitu Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Islam (Fokus 5) dan Penghayatan Nilai Masyarakat Madani (Fokus 6). Program OR Sulh pada hari ini merupakan salah satu program yang disenaraikan dibawah Fokus 5 Pelan Al-Falah. Program ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti yang menarik iaitu forum yang akan disampaikan oleh Panel Jemputan yang hebat iaitu Imam Muda Mohd Hassan Adli bin Yahaya @ Yahuza, Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz dan YBrs Dr. Hendun bin Abdul Rahman Shah sebagai moderator forum. Selain itu program OR Sulh turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik yang turut diadakan iaitu Program Muhakat (simulasi) Sulh yang akan dikendalikan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP), Klinik nasihat guaman dari Bahagian ADR Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS), Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Bahagian Pusat Sumber dan Penerbitan (BPSMP) JKSM. Untuk rekod, Program ini merupakan tahun keempat yang dianjurkan oleh JKSM dengan kerjasama pelbagai agensi awam mahupun swasta, IPTA dan lain-lain bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik dan pencerahan undang-undang kepada masyarakat.Program ini juga telah dihadiri secara fizikal dan fb live.

Program Jabatan

RERUAI PAMERAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA DAN SULH SEMPENA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MATAHARI DAN PROGRAM IRIS ANJURAN JABATAN PEMBANGUNAN WANITA TAHUN 2023

2 Februari 2023 | Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) JKSM telah mengambil bahagian dengan membuka reruai pameran sempena Majlis Pelancaran Program MATAHARI (Meningkatkan Daya Tahan dan Psikologi Wanita) dan Program IRIS (Literasi Perundangan dan Hak Wanita) di Dewan Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) anjuran Jabatan Pembangunan Wanita. Turut terlibat dalam pameran ini ialah Bahagian Sokongan Keluarga Seksyen Wilayah Persekutuan dan Seksyen Sulh, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Reruai pameran ini telah menerima kunjungan yang sangat menggalakkan daripada peserta yang ingin mendapatkan khidmat nasihat berkaitan perkhidmatan BSK dan Sulh di Mahkamah Syariah. BSK dan Seksyen Sulh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan juga berbesar hati menerima lawatan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan YB Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke reruai BSK pada program hari ini.

01
Program Jabatan

MUZAKARAH PEGAWAI REKOD DAN PEMBANTU TADBIR REKOD JKSN/MSN TAHUN 2023

09 Februari 2023| Seksyen Rekod, BPKR telah mengadakan Muzakarah Pegawai Rekod dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) / Mahkamah Syariah Negeri (MSN) pada 7 hingga 9 Mac 2023 bertempat di Grand Continental Hotel Langkawi, Kedah. Muzakarah ini telah dirasmikan oleh Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz, Pengarah Bahagian Pendaftaran, Keurussetiaan dan Rekod (BPKR). Tuan Pengarah BPKR dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa muzakarah ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memantapkan pengurusan rekod, menerapkan bekerja secara kumpulan dan mengeratkan silaturrahim sert jalinan kerjasama antara satu sama lain. Selain itu, ianya sebagai platform kepada pegawai-pegawai rekod untuk bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman berkaitan pengurusan rekod di negeri masing-masing. Inisiatif program ini diadakan di luar pejabat dan memilih Langkawi, Kedah adalah kerana untuk membolehkan para peserta memberi tumpuan dan komitmen yang tinggi agar setiap perkongsian ilmu dapat dibuat sepenuh masa tanpa terikat dengan waktu pejabat yang terhad. Selain itu muzakarah ini juga menjemput penceramah yang berpengalaman di dalam pengurusan fail terperingkat iaitu Encik Mohd Azri bin Pramlee daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO). Manakala penceramah Puan Nor Azlina binti Kamarudin daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dijemput bagi memberikan ceramah berkenaan pelaksanaan DDMS kepada peserta muzakarah. Tuan Pengarah BPKR mengucapkan tahniah atas kejayaan aktiviti dan program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2022, antaranya Retreat Pegawai Sulh, Pegawai dan Pembantu Rekod seluruh Malaysia kali Pertama Tahun 2022 pada 21-23 Mei 2022, Bengkel Galeri Kehakiman Syariah secara dalam talian pada 21 Julai 2022 dan Inspektorat Pengurusan Rekod di JKSN/MSN di 7 buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Johor, Kelantan dan Sabah yang telah diadakan bermula Ogos hingga November 2022. Seksyen Rekod pada tahun ini telah merancang pelbagai program antaranya ialah Inspektorat Pengurusan Rekod JKSN/MSN di 7 buah negeri lagi iaitu Sarawak, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan, dan Pahang yang akan diadakan bermula Mac sehingga September 2023, yang bertujuan untuk memastikan pengurusan rekod dilaksanakan dengan teratur dan mematuhi dasar serta panduan pengurusan rekod yang telah ditetapkan. JKSM juga dalam persediaan akhir Galeri Kehakiman Syariah bagi sambutan 25 tahun penubuhan JKSM yang akan diadakan pada 6 Julai 2023 dan akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Selain itu, Bengkel Pemurnian Klasifikasi Fail Urusan Am dan Fungsian yang melibatkan PRJ/PTRJ bersama Arkib Negara Malaysia juga dalam perancangan untuk diadakan pada bulan September 2023. Tuan pengarah BPKR mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua PRJ/PTRJ atas gerak kerja yang penuh komited dalam melaksanakan pelupusan rekod dan pemindahan rekod yang bernilai kekal ke Arkib Negara Malaysia sepanjang tahun 2022. Diharapkan dengan program Muzakarah yang dilaksanakan ini membolehkan JKSN/MSN seluruh Malaysia dapat menggunakan sistem DDMS secara keseluruhannya dan dapat mempertingkatkan penyampaian dan ketelusan perkhidmatan kerajaan melalui capaian pengurusan rekod secara digital (elektronik). Manakala DDMS 2.0 bertujuan untuk membangunkan sistem pengurusan rekod yang menguruskan rekod rasmi dan rahsia rasmi kerajaan bagi keseluruhan kitaran hayatnya iaitu daripada proses pewujudan, penawanan, penyimpanan, penyelenggaraan, pengedaran dan pelupusan rekod secara digital dan sistematik.Penggunaan DDMS 2.0 dapat mempertingkatkan penyampaian dan ketelusan perkhidmatan kerajaan melalui capaian pengurusan rekod digital (elektronik) any where, any time and any device . Penggunaan DDMS 2.0 juga mewujudkan keseragaman pengurusan rekod elektronik di sektor awam.

WhatsApp Image 2023 05 16 at 16.18.20
Program Jabatan

PERSIDANGAN KETUA HAKIM SYARIE SELURUH MALAYSIA KALI KE-78 BIL.2 TAHUN 2023

16 ei 2023 (Selasa)- Bahagian Pendaftaran, Keurussetian & Rekod (BPKR), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Persidangan Ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia Kali Ke-78 Bil.2 Tahun 2023 pada 15 dan 16 Mei 2023 di Ideas Hotel, Kuala Lumpur. Persidangan ini telah dihadiri oleh YAA Ketua Hakim Syarie, Dato’ Haji Mohd Amran bin Mohd Zain, YA Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, YAA Ketua-ketua Hakim Syarie JKSN/MSN, YBrs. Tuan Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan Kehakiman serta Pengarah-pengarah Bahagian JKSM. Persidangan selama 2 hari ini telah dimulai dengan Persidangan Ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia yang dipengerusikan oleh YAA Ketua Hakim Syarie/ Ketua Pengarah JKSM sendiri dan diikuti dengan beberapa pembentangan kertas makluman/ cadangan. Antaranya pembentangan Had Bidangkuasa Jenayah Mahkamah Rendah Syariah Bersesuaian dengan RUU 355, Kod Etika dan Tatakelakuan Pegawai JKSM/JKSN dan MSN

02
Program Jabatan

MUZAKARAH HAKIM-HAKIM SYARIE BORNEO (SABAH, SARAWAK DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) TAHUN 2023

14 Jun 2023 (Rabu)- Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Muzakarah Hakim-hakim Syarie Borneo (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan) Tahun 2023 pada 14 Jun 2023 (Rabu) di Hotel Merdeka Palace, Kuching, Sarawak. Seramai 60 orang pegawai yang terdiri daripada YA Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Sarawak, YBrs. Tuan Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan Kehakiman, YA Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah dan Sarawak serta Hakim-hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri Sabah dan Sarawak telah menghadiri muzakarah pada kali ini. Muzakarah ini telah dipengerusikan oleh YA. Dato’ Haji Mohd Shukor bin Sabudin, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM. Antara pengisian dalam Muzakarah pada kali ini adalah perbincangan isu-isu perundangan dan pentadbiran kehakiman serta pembentangan 3 kertas makluman dari JKSN Negeri Sarawak. Antaranya ialah berkaitan perluasan bidang kuasa Sulh, kertas makluman dari BSK Sarawak dan kertas makluman berkaitan Arahan Amalan No. 10/2021. Sebagai sinergi kebersamaan antara JKSM & Zon Borneo, Muzakarah ini telah ditutup oleh YAA Datu’ Haji Awang Suhaili bin Ledi, Ketua Hakim Syarie Negeri Sarawak. Disediakan oleh: Urusetia Muzakarah Borneo, BPKR

JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Bahasa

Contact Us

Media Sosial Rasmi

© 2025. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Semua hakcipta terpelihara.