Program Jabatan

01
Program Jabatan

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA RASMI. NO. SEBUT HARGA QT240000000027143

| Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menyertai Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat Wilayah Persekutuan tahun 1446/2024 dengan menghantar kontinjen seramai 20 orang bagi memeriahkan acara yang penuh bermakna ini. Acara ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur seawal subuh. Majlis yang diadakan pada hari ini telah dirasmikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Mrnteri (Hal Ehwal Agama) yang turut memberikan ucapan perasmian dan telah mengingatkan berkenaan kepentingan memahami dan menghayati sirah Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian. Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, serta Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM. Kehadiran kedua-dua pemimpin tertinggi dan Kontinjen JKSM ini melambangkan komitmen jabatan dalam mendukung syiar Islam dan memupuk semangat kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Pada majlis terserbut, telah diumumkan tokoh Maulidur Rasul SAW peringkat Wilayah Persekutuan. Pemnganugerahan ini telah dibahagikan kepada kategori – kategoriii aitu Tokoh Utama, Tokoh Khas Individu dan Anugerah Khas Organisasi. Untuk rekod, Penerima Anugerah Tokoh Utama Maulidur Rasul SAW sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1446H/2024M adalah Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar menyandang beberapa jawatan penting antaranya Pengerusi Dura Mine Sdn Bhd, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Saidina Umar Al-Khattab Damansara, Canselor Universiti AeU, Pengasas dan Presiden HUMANITI Malaysia dan Duta Khas ke Myanmar, Organisation of Islamic Cooperation (OIC). Beliau merupakan mantan Presiden Mahkamah Sesyen, Bekas Ahli Parlimen (1990 – 2013), pernah menjawat jawatan penting dalam kerajaan seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Kehakiman, Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Luar Negeri, mantan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (2010 – 2017), Profesor Adjung di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, dan Universiti Melaka.

02
Program Jabatan

KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA JKSM KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU, 31 Mei 2023: Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang diketuai oleh Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Pengarah Kanan (Kehakiman) dan Puan Maria binti Jilani,Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga JKSM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAA Tuan Muhammad Khaldun bin Mohamad Sharif, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor bertempat di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor, Johor Bahru. Delegasi ini telah mengadakan perbincangan tentang perkara-perkara melibatkan perkembangan operasi BSK JKSM yang berperanan membantu golongan yang tidak berkemampuan menerusi tindakan khidmat nasihat, proses perbicaraan di Mahkamah dan juga penyaluran pendahuluan atau bantuan nafkah. Di samping itu, kunjungan hormat ini adalah bagi mengeratkan hubungan antara BSK JKSM dengan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor. Turut serta dalam kunjungan hormat ini ialah Tuan Mohd Yusof bin Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah BSK, Tuan Ahmad Faizal Tahiron, Penolong Pengarah BSK JKSM dan Puan Nurdiyana binti Aziz , Penolong Pengarah BSK Seksyen Negeri Johor. Usai perbincangan tersebut, delegasi yang diketuai oleh Pengarah Kanan (Kehakiman) menyampaikan penghargaan ucapan terima kasih di atas kesudian YAA Tuan meluangkan masa menerima kunjungan hormat ini.

01
Program Jabatan

KUNJUNGAN MAHABBAH KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM KEPADA KETUA HAKIM SYARIE KELANTAN

Kota Bharu | Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain telah mengadakan kunjungan mahabbah kepada YAA Tuan Hj. Ibrahim bin Deris bertempat di Kompleks Mahkamah Syariah, Kota Bharu, Kelantan. YAA Dato’ KP/KHS JKSM menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YAA KHS dan warga JKSN Kelantan atas kesudian meluangkan masa menerima kunjungan ini dan atas komitmen yang tinggi terhadap pelbagai program anjuran JKSM. Kunjungan ini mengetengahkan perancangan kerja dan perkembangan terkini JKSM dan JKSNK, di samping bertukar-tukar pandangan dan idea-idea baharu selain mengukuhkan hubungan silaturrahim antara JKSM dan JKSNK. Kunjungan ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati antara JKSM dan JKSNK. Turut serta dalam kunjungan mahabbah ini ialah Pengarah Kanan (Kehakiman) JKSM, Tuan Mohamad Zakian bin Dio dan pegawai-pegawai Syariah negeri Kelantan.

02
Program Jabatan

LAWATAN INSPEKTORAT SISTEM E-SYARIAH VERSI 3 (ESV3) DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH PASIR PUTIH, KELANTAN

| Seksyen Rekod, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Klasifikasi Fail Urusan Am dan Fungsian Tahun 2024 pada 21-23 Oktober 2024 bertempat di Dewan Tan Sri Ibrahim Lembut, Aras 5, JKSM. Penceramah dan Fasilitator jemputan adalah dari Arkib Negara Malaysia (ANM) iaitu Puan Hapiza binti Osman, Ketua Seksyen Pengurusan Rekod Elektronik (SPRE) dan Puan Fadzlette Azra binti Fesal, Pegawai Arkib Kanan (SPRE) Peserta Bengkel terdiri dari Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan Pengurusan, Pengarah Kanan Kehakiman, Pengarah-pengarah Bahagian, Ketua-ketua unit, Pegawai Rekod Jabatan dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan dari setiap bahagian. Objektif utama bengkel ini adalah untuk memurnikan klasifikasi fail tahun 2013 JKSM kepada template klasifikasi fail tahun 2018 yang telah disediakan oleh pihak ANM. ,

01
Program Jabatan

ANUGERAH KEMENTERIAN/AGENSI PALING PROAKTIF SEMPENA ANUGERAH MYGOVUC 2.0

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) atas Anugerah Kementerian/Agensi Paling Proaktif sempena Anugerah MyGovUC 2.0 0 Tahun 2023 yang berlangsung pada 28 Februari 2023 di INFRA, Bangi. Untuk makluman, anugerah ini adalah hasil usaha dan inisiatif Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi (BTMK) untuk menggalakkan penggunaan MyGovuc 2.0 secara optimum di kalangan warga JKSM melalui pelbagai mekanisme termasuk klinik-klinik MyGovUC 2.0 yang diadakan secara berkala dan berterusan. MyGovUC 2.0 adalah perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu Kerajaan yang memudahkan tugasan harian penjawat awam iaitu penggunaan e-mel menggunakan platform Google Workspace(GWS). Semoga dengan anugerah ini akan menyemarakkan lagi semangat dan memacu JKSM untuk terus cemerlang dalam usaha memberikan perkhidmatan kehakiman syariah di Malaysia.

01
Program Jabatan

KUNJUNG HORMAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JKSM KE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

GEORGETOWN, 02 Mei 2023 l YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain; Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bersama YAA Dato’ Muhamad Abdul Karim bin Wahab; Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Dato’ Mohd Sayuthi bin Bakar; Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUKPP) di pejabatnya pada pagi ini di sini. Kunjungan hormat ini merupakan kunjungan rasmi pertama YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain ke SUKPP sejak dilantik sebagai Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM pada 10 April 2023 yang lalu. Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik di antara dua agensi persekutuan dan negeri dalam memberikan perkhidmatan kehakiman syariah yang terbaik di negeri ini. Antara yang dibincangkan juga adalah melibatkan isu-isu penempatan pegawai dan kakitangan persekutuan di negeri ini termasuklah juga melibatkan kecukupan pegawai dan kakitangan di JKSNPP. Selain itu, pertemuan ini juga menjadi platform perkongsian pendapat serta pandangan antara JKSM, JKSNPP dan SUKPP dalam memperkasakan amalan tadbir urus yang baik selaras dengan Nilai Teras Keselamatan Negara yang terkandung dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025. Sejurus selepas itu, YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain; Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM telah berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut dan banjir yang melibatkan kakitangan JKSNPP.

01
Program Jabatan

KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA JKSM KE MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (MAINJ) BAGI PERBINCANGAN BERKAITAN HAD KIFAYAH NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU, 01 Jun 2023: Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang diketuai oleh Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Pengarah Kanan (Kehakiman) dan Puan Maria binti Jilani, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga JKSM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bertempat di Majlis Agama Islam Negeri Johor bagi membincangkan kaedah penentuan kadar had kifayah di negeri Johor. Perbincangan telah dipengerusikan oleh Y.B Dato’ (Dr.) Hj Nooh bin Gadut, Penasihat MAINJ dan turut dihadiri oleh Tuan Haji Ismail bin Abu, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ serta pegawai-pegawai kanan MAINJ. Perbincangan mengenai had kifayah ini adalah penting bagi menentukan kelayakan pemohon iaitu Pemiutang Penghakiman terhadap tuntutan BSK Transit yang meliputi tuntutan kos penginapan, makan minum dan pengangkutan bagi menghadiri prosiding berkaitan dengan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah di mana-mana Mahkamah Syariah seluruh Malaysia termasuk kehadiran ke sesi rundingcara BSK yang terhad kepada enam (6) kali sahaja bagi setiap tindakan penguatkuasaan untuk seorang pemohon. Delegasi telah dibentangkan berhubung pengiraan had kifayah negeri Johor oleh Ustaz Mohd Firdaus Bin Abd Hamid, Amin Baitulmal Daerah Johor Bahru dan hasil pembentangan tersebut boleh digunakan oleh BSK Seksyen Negeri Johor di dalam menentukan kelayakan pemohon atau Pemiutang Penghakiman terhadap tuntutan BSK Transit sebelum permohonan tersebut dipertimbangkan oleh BSK JKSM untuk kelulusan. Turut serta dalam kunjungan hormat ini ialah Tuan Mohd Yusof bin Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah BSK JKSM, Tuan Ahmad Faizal Tahiron, Penolong Pengarah BSK JKSM dan Puan Nurdiyana binti Aziz , Penolong Pengarah BSK Seksyen Negeri Johor. Usai perbincangan tersebut, delegasi yang diketuai oleh Pengarah Kanan (Kehakiman) menyampaikan penghargaan ucapan terima kasih di atas kesudian MAINJ meluangkan masa menerima kunjungan hormat ini.

01
Program Jabatan

JKSM MENYERTAI MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1446/2024

I Bahagian Latihan (BL), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan Bengkel Jawatankuasa Modul Perundangan dan Kehakiman pada 12 November 2024 di Hotel Everly, Putrajaya. Modul Kehakiman dan Perundangan merupakan antara modul terpenting dalam membangun kompetensi Pegawai Syariah khusus dalam empat teras kerjaya iaitu Hakim Syarie, Peguam Syarie, Pendaftar dan Penyelidik dan juga menjadi nilai tambah kepada keperluan stake holder agensi yang terlibat dengan bidang kerjaya ini. Percambahan idea dan sumbang saran yang silih berganti antara ahli jawatankuasa yang terlibat telah mengharmonikan kandungan modul kehakiman dan Syariah dengan amalan-amalan semasa pentadbiran institusi kehakiman sivil yang boleh dicontohi. Skop yang diperbincangkan termasuklah penulisan gaya bahasa dalam penghakiman, pengenalpastian prinsip, isu dan fakta dalam alasan penghakiman, kaedah speed reading, penghakiman segera yang efektif, pengurusan pengawasan, pengendalian kes penderaan dan keganasan rumahtangga serta cadangan mewujudkan mentor mentee kepada hakim mahkamah rendah dan hakim mahkamah tinggi. Tidak terhad dengan itu, bengkel hari kedua ini telah meransang kematangan ahli jawatankuasa yang bersemangat menzahirkan pandangan yang bernas sesuai dengan keperluan empat bidang tersebut yang mana setiap pandangan disertai dengan hujah yang diperkuat dengan situasi semasa dalam menyusun kompetensi modul umum, modul kepakaran utama dan modul kepakaran khusus. Perbincangan dua hala ini telah dipengerusikan oleh YA Tuan Hj Mohamad Taifor bin Ahmad Rushdi telah berjaya membawa semua ahli bengkel memberi tumpuan yang berfokus bagi setiap modul teras kerjaya sehinggalah kerangka modul tersebut diselesaikan dengan cepat lagi tuntas pada hari ini sebelum perbincangan mendalam bagi kurikulum yang akan dirangka pada tahun hadapan. Ucapan syabas, tahniah dan terima kasih kepada peserta bengkel yang terdiri daripada YA Tuan Mohamad Fouzi bin Mokhtar, YA Tuan Sheikh Zain Ali bin Abdul Ghani, Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Puan Rosedalliyaty binti Daud, Tuan Ahmad Bashir bin Yaacob, Tuan Mohamad Shahidan bin Abdul Ghapar dan Puan Salwani binti Khalid dalam kebersamaan menggariskan penambahbaikan modul sedia ada dan baharu. Untuk rekod, platform perbincangan secara hybrid menerusi aplikasi Webex turut dilaksanakan untuk memberi peluang kepada ahli jawatankuasa yang tidak dapat menyertai bengkel pada hari ini secara bersemuka. Semoga kompetensi Pegawai Syariah di institusi kehakiman Syariah sentiasa menjadi keutamaan terutama dalam penyaluran ilmu yang berterusan dengan mengambil kira keperluan semua teras kerjaya yang telah digariskan dalam modul latihan khususnya.

JKSM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Bahasa

Contact Us

Media Sosial Rasmi

© 2025. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Semua hakcipta terpelihara.